Setiap orang pernah ada amalan buruk yang dilakukan sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja. Baik sesama manusia ataupun mengingkari apa yang tuhan tetapkan baginya.
Jika berbuat salah pada tuhan, mohonlah keampunan padaNya. Dan jika berbuat salah pada manusia, maka permohonan maaf dari manusia jualah yang perlu anda cari.
Pesanan yang dikongsikan Siti Suryani Yaakop ini ringkas saja coretannya. Namun, memberi kesan yang begitu mendalam buat siapa pun yang sememangnya tidak lepas daripada berbuat kesalahan.
Baca sini : Amalan ini perlu dijaga secara istiqamah dari sehari ke sehari
Semalam ofis suami saya ada jemput penceramah lagi. Ustaz Wadi Anuar. Tajuk dia ‘Hari Pertama di Syurga dan Neraka’.
Saya minta suami tolong tanya satu soalan. Bila kita bertaubat, semua kejahatan yang kita buat itu akan terpadam ke dari kitab amalan kita?
Ustaz jawab begini.
“Bila kita bertaubat nasuha, semua amalan buruk kita akan terpadam dari kitab amalan. Lebih seronoknya ia tidak lagi dipapar ketika di mahsyar.
Kecuali…
Dosa kita pada sesama manusia. Dosa ini tidak diampunkan kecuali orang itu mengampunkan kita dulu.
Ambik hak orang. Menipu orang. Fitnah. Mengata. Mengadu domba. Buat orang lain buruk sangka. Buat orang bergaduh. Meruntukan rumah tangga orang. Kita hutang orang. Apa saja dosa kita pada manusia lainnya.
Tunggu lah kita di situ untuk cari dan tunaikan hak orang tu di sana. Bukan kejap. Bukan sikit-sikit manusia.
Makanya…
Kalau saya ada buat salah pada sesiapa, tolong maafkan saya ye.
Begini tertib solat taubat yang boleh anda buat.
Mingguan Wanita : Taubat nasuha itu adalah memohon kemaafan dariNya dengan sebenar-benar keinsafan. Tetapi tidak bermakna, anda boleh lakukan kesilapan yang sama berulang. Begitu jugalah ketika memohan keampunan daripada manusia, usah lagi disakiti hatinya. Dan tekadlah untuk terus berbuat kebaikan.
Semoga ada sesuatu yang terkesan di hati kita.
Sumber/Foto : Siti Suryani Yaakop
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW