Mak ayah kena didik anak-anak bab najis dan kebersihan diri sejak kecil. Terutamanya dalam bab hadas kecil, buang air kecil mahupun besar. Jangan ambil mudah, lepaskan anak-anak sendirian dalam membersihkan diri dari najis ini.Sebagai peringatan, kena tengok, perhati, ajar anak-anak cara kencing yang betul kerana ia berkaitan dengan kesucian diri dan sahnya ibadah solat.
Saya masih ingat pesan Tuan Mudir sekolah menengah saya dulu (Almarhum Ustaz Haji Nawawi bin Haji Salleh) dalam satu kuliah Subuh.
“Kencing orang lelaki ni dia macam air dalam gelas. Bila kita minum air tu sampai habis, kita ingat memang air tu dah habis.Tapi bila kita letak gelas tu sekejap, kemudian kita ambil dan terbalikkan gelas tu, kita akan nampak ada lagi baki air beberapa titik.”
“Itulah air kencing yang masih berbaki”.
Nampak? Faham?
Sebab tu kena ajar anak lelaki kita (anak perempuan pun sama kot) buat beberapa perkara lepas kencing.
- Bertenang sekejap beberapa saat.
- Urut kemaluan beberapa kali.
- Berdehem beberapa kali.
- Pastikan betul-betul puas dan habis kencingnya.
- Basuh kencing dengan cermat dan teliti.
Kalau tak, sia-sia je nanti air kencing masih terkeluar dan kena pada seluar, kain pelikat atau seluar dalam. Pakai masa solat pun, solat jadi tak sah.
Didik Anak Bab Thoharah
Itu baru cerita kencingnya dan apa perlu dibuat lepas kencing. Belum lagi kita cerita cara kencing. Ini pun ada isu dan masalah besar jugak.Semuanya bermula dari kesedaran ibu bapa tu sendiri. Cakna tak caknanya ibu bapa dalam mendidik anak bab bab thoharah ni.
Ingat tak, apa bab mula-mula yang kita belajar di sekolah agama? Atau dalam mata pelajaran Agama Islam?
Bab thoharah la. Bab kebersihan.Kita belajar jenis-jenis air. Kita belajar jenis-jenis najis. Kita belajar cara angkat hadas kecil dan hadas besar.
Kenapa semua tu sangat penting, sampai kena letak kat awal bab?
Sebab ia jadi kayu pengukur sah dan batal ibadah kita. Buat la banyak mana pun ibadah, kalau bab thoharah ni fail, maka ibadah tu sia-sia belaka. Takde nilai satu sen pun!
Saya selalu ingatkan anak-anak saya, lelaki dan perempuan bila kencing. Selagi tak lulus didikan dan ajaran saya, saya tak akan biarkan diorang kencing sendiri. Saya akan pantau.
Mak Ayah Ambil Mudah
Tapi saya tengok sesetengah mak ayah ni, ambil mudah je anak-anak kencing.Budak tu baru umur tak berapa tahun, dah dilepaskannya kencing sendirian dari awal di tandas. Takde la rasa nak tengok ke, nak perhati ke, nak ajar ke.
Tak boleh macam tu. Kena tengok, kena perhati, kena ajar cara kencing yang betul.
Saya pernah tengok anak-anak saudara saya kencing sendiri di tandas. Kencing dah la berdiri, main pancut je merata.Sama je.. yang lelaki sama, yang perempuan pun sama. Allah…
Lepas tu, zass zass zass… basuh lebih kurang. Dah, siap!
Astaghfirullahal azim..
Lepas tu kita ni mak bapak, duduk keluar masuk tandas tu jugak. Ambil wudhu’ nak solat. Macamana agaknya kaki kita tu nanti bila keluar dari tandas tu?
Walaupun wudhu’ kita sempurna, tapi kat atas lantai, kat atas kain lap kaki depan pintu tandas tu macamana pula? Takde ke kesan najis anak-anak yang tak sempurna cara kencing dan basuhnya tu?
Tak merecik ke air yang diorang basuh kemaluan sambil berdiri tu tadi?
Inilah bendanya. Nampak kecil, tapi besar kesannya.
Ajar Anak-Anak Bila Kencing Dalam Bilik Mandi Di Rumah
Saya selalu ajar anak-anak bila kencing. Especially bila kencing dalam bilik mandi di rumah.
- Jangan buka seluar separuh-separuh gitu-gitu je dalam tandas. Buka semua, sangkut kat pintu ke, apa ke.
- Kencing kena duduk elok-elok. Sebab air kencing tu, lagi rendah, lagi kurang percikannya.
- Air kalau guna getah (kita panggil apa ntah benda tu, yang sambung kat kepala paip tu, nak buat basuh tu), bila basuh kemaluan, pastikan rendah juga. Kalau tinggi nanti terpercik merata-rata.
- Bila basuh kemaluan, basuh sekali paha dan kakinya. Sebab kita tak tahu percikan air kencing tadi sangat halus. Kalau main zass zass zass dah siap, alamatnya ada la bahagian yang tak suci betul lepas kencing tu.
- Jangan lupa jirus dan alirkan air di sekitar tempat kita basuh kencing tu jugak. Kalau dekat dengan dinding, jangan lupa dinding tu sekali. Lebih lagi la kalau yang suka kencing pancut ke dinding. Bukan saja najis, tapi hancing bau air kencing tu memang kita boleh bau bila kita masuk bilik air lepas tu.
- Basuh sekali lagi kaki bila nak keluar dari bilik air. Jangan kedekut sangat untuk pastikan kebersihan ni.
Itulah antara beberapa panduan yang kita nak kena ajar dan pastikan anak-anak kita mahir sejak umurnya masih kecil. Barulah mereka akan tahu dan faham, pentingnya kebersihan ni.
Tambah lagi kalau ia berkait dengan najis dan sebagainya kan? Ibu bapa kena ambil berat. Barulah nanti anak-anak kita pun akan ambil berat.
Kalau ibu bapa pun jenis tak kisah, itu yang jadi anak-anak pun tak kisah tu. Sebab tu agaknya, kita boleh tengok orang dewasa pun kadang-kadang kencingnya pun tak lulus. Pakaiannya tu nanti nak guna buat solat pulak.
Macamana la solatnya tu? Sah ke tak sah ke, ada dia kesah?
Harapnya, ada benda bermanfaat dari tulisan saya ni.
Jangan lupa #share untuk ingatkan semua orang yang kita sayang tentang benda ni. Ia sangat sangat sangat penting.
#KAB
-Kebersihan itu sebahagian dari iman –
Baca Lagi Disini: Ada Sebab Antara Adab Masuk Tandas Kena Alirkan Air Paip Pada Dinding!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah kena didik dan tekankan bab kebersihan dan najis pada anak-anak sejak dari kecil. Ajar mereka cara kencing dan membersihkannya dengan sepatutnya. Jangan ambil mudah kerana ia bersangkut paut dengan sahnya ibadat solat yang kita lakukan.
Sumber:Khairul Anuar Basri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI