Sesetengah pasangan, bila ada masalah atau berselisih faham, mulalah mengadu pada mak ayah. Biasanya bila pasangan ini ‘anak mak atau kesayangan.
Tapi, ada juga psangan yang lebih selesa selesaikan sendiri atau pendamkan saja. Tak perlu pun mengadu pada mak ayah. Malu pula bila orang lain tahu, walaupun keluarga sendiri.
Tak salah pun nak mengadu pada mak ayah atau keluarga sendiri. Mungkin ia boleh membantu kalau masalah itu sukar untuk diselesaikan.
Apa yang menakutkan apabila ada pasangan mengadu pada mak ayah hanya kerana perkara kecil dan ia ditokok tambah pula oleh ahli keluarga lain. Inilah yang boleh membawa kepada masalah penceraian.
Bila sudah hidup berumahtangga, berselisihan faham dan bertikam lidah itu adalah asam garam kehidupan. Inilah yang membuatkan pasangan bertambah matang. Tapi ia akan jadi sebaliknya bila pasangan tak reti nak selesaikan masalah rumahtangga sehingga sanggup melibatkan ahli keluarga dan mengadu pada mereka.
Inilah yang dikatakan oleh Normaliza Mahadi dalam perkongsian tentang pasangan yang suka mengadu pada mak ayah.Ada benarnya. Kenalah matang dan bertanggungjawab.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Suami Dengar Cakap Isteri Bukan Sebab Tiada Ego, Tetapi Untuk Kebaikan Bersama
Tak Guna KAYA Kalau TAK MAMPU Bantu Adik Beradik Sendiri, Dahulukan Ahli Keluarga
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Bila dapat pasangan suka mengadu hal rumahtangga dekat mak ayah ni memang sulit. Semua benda nak diadukan. Hal kecil mengadu dan hal besar pun mengadu.
Lepas tu mak ayah pula tak melepaskan peluang untuk menambah cili api yang kalau gigit memang tersingai. Bertambahlah masalah. Elok hanya bersengketa dengan pasangan, sekarang tambah pula sengketa dengan ibu bapa pasangan.
Ibu bapa pun tak terhenti di situ, dihubungnya pulak masalah ni dengan besan. Dah besan tak bertegur sapa sebab masalah anak-anak.
Lepas tu ipar duai pun sama. Robohlah ikatan dua keluarga.
Tapi yang anehnya si kuat mengadu tu masih pulak dengan pasangan. Tidak pulak ditinggalnya orang yang dia sendiri buruk-burukkan.
Lepas habis satu aduan, dia akan tambah lagi beberapa aduan.
Beginilah,
Sebenarnya, kalau nak kahwin kan, kahwinlah dengan pasangan yang sudah bersedia nak jadi suami dan isteri. Pasangan yang tahu tanggungjawab hidup dan mati dan pasangan sudah tahu makna berdikari. Jadilah pasangan yang matang dalam menjaga keharmonian rumahtangga dan pasangan yang dah ready nak jadi ibu dan bapa.
Pasangan yang dari awalnya tahu apa nak bagitahu pada ibubapa dan apa yang kena settle dalam rumahtangga. Bila pasangan yang tahu bila nak merajuk dan tahu bila nak memujuk dan pasangan yang nak jaga diri sama ada dalam baik dan buruk.
Yang dari awal pengenalan dan nampak bingai dalam segala hal, kau tinggalkan ajelah dik. Tunggulah yang lain. Kalau tak datang yang lain, maknanya jodoh belum lagi tertakdir.
Kau teruskan ajelah hidup single.
by NM
Mingguan Wanita : Jadilah pasangan yang matang.
Sumber: Normaliza Mahadi
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita