Setiap pasangan yang berkahwin, tentu inginkan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Bukan hanya dengan pasangan tapi bila bahagia, seluruh keluarga, baik lelaki mahupun perempuan turut rasainya.
Begitu juga bila berkahwin, isteri sudah tentu akan terikat dengan suami, bak kata, syurga isteri di kaki suami. Tetapi, bahagia macam mana suami, syurganya tetap di kaki ibu.
Siapa yang tidak mahu bila bahagia kan? Setiap rumah tangga yang dibina pastinya bahagia dengan kehadiran anak sebagai penyeri dengan rezeki yang melimpah ruah, diberi kekayaan dan kesenangan.
Namun, bahagia itu mungkin tidak akan berkekalan, jika kita mula sombong dan angkuh dengan ibu bapa mahu pun adik beradik. Maklum sahaja, keluarga sudah senang sehingga lupa dengan mak ayah dan adik beradik.
Kena ingat, taat dan bahagia atau pun diberi rezeki melimpah ruah bersama pasangan, jangan sesekali buang keluarga terutamanya mak ayah dan adik beradik. Sebaliknya, bantu dan sentias menjaga hubungan dengan darah sedaging itu.
Antara perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang perkara ini apabila anak perempuan sudah mula dimiliki orang. Jangan fikir, hidup ini semuanya perlu patuh dan taat pada suami sahaja, sebaliknya kena fikirkan juga tentang keluarga dan jagalah silaturrahim dengan mereka.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Ads
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Kembali Pada Keluarga
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya?
Malahan, siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Ingat Bila Bahagia, Jangan Buang Keluarga
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Ads
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga Silaturrahim
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++
Malah, hubungan sesama manusia juga kena A++
Ads
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Di Beri Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah dan sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Ummu Amir,
Be kind. Always.
MW: Kalau tidak jaga silaturrahim dengan mak ayah dan adik beradik, kita belum tentu bahagia pada zahirnya. Moga kita sentiasa saling mengingati.
“Perkahwinan pertama gagal dapat zuriat.’ Syukur selepas 10 tahun, kini menanti hari bergelar ayah. Reaksi lelaki ini menerusi video yang dikongsikan isterinya menerusi akaun TikTok, giftboxbabycayang meraih perhatian ramai.
Reaksi terharunya apabila mendapat kejutan tentang berita kehamilannya isterinya membuatkan ramai tersentuh. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang disampaikan kerana terlalu gembira.
Luah pemilik video ini, sebenarnya ramai yang salah faham tentang video tersebut dan beranggapan bahawa dia dan suami telah menunggu kehadiran cahaya mata sejak 10 tahun yang lalu.
Sebaliknya bukan begitu, sebenarnya suaminya yang sudah lama menanti saat bahagia ini kerana sebelum ini pernah berkahwin, tetapi tidak mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat.
Gagal Dapat Zuriat
Disebabkan sebelum ini suaminya tidak memiliki anak, sedari awal wanita ini membuat persiapan rapi termasuklah mengambil pil agar impian suaminya untuk menjadi seorang “ayah” termakbul.
“Saya kahwin dengan suami pada bulan Febuari yang lalu, syukur saya bunting pelamin. Video yang saya share itu adalah reaction suami saya yang menunggu zuriat selama dia pernah jadi suami.
“Masa nikah dia pernah cakap, semoga saya dapat beri dia zuriat pada dia sebab dia pernah gagal dapat zuriat ketika perkahwinan dulu.
“Ketika awal-awal dulu masa kahwin dengan saya, dia takut saya tak boleh pregnant juga. Jadi saya sebagai isteri, memang saya berusaha untuk tunaikan harapan dia.
“Sebab saya pun risau juga saya pun lambat dapat zuriat sebab saya ada endometriosis semasa awal perkahwinan. Malah triple risau tentang kehamilan sebab doktor beritahu endometriosis akan buat wanita susah hamil,” katanya.
Syukur Selepas 10 Tahun
Jelasnya lagi, setelah sebulan bernikah dia hamil dan bunting pelamin. Sudah semestinya dia cukup gembira kerana penantian suami untuk bergelar bapa akan berakhir tak lama lagi.
Oleh sebab itu, wanita ini mengatur kejutan buat suami tercinta dan reaksinya sangat mahal.
“Alhamdulillah dia sangat seronok sebab dia tahu dia tidak ada problem dan dia juga akui Allah akan beri zuriat bila tiba masanya. Asalkan dengan usaha doa dan tawakal.
“Saya memang berharap dapat beri dia zuriat,sebab dia teringin sangat nak anak sebab umur dia sudah 35 tahun. Kakak, abang dan adik-adik dia semua sudah ada anak. Semestinya saya pun gembira dapat tunaikan harapan besar suami,” luahnya sebak di ruangan komen.
Kini Menanti Hari Bergelar Ayah
Jelas wanita ini, sekarang dirinya sudah hamil hampir tujuh dan telah mengetahui jantina bayi iaitu anak lelaki setelah melakukan scan di klinik.
Dalam masa dirinya berkongsi bahawa dia mengalami endometriosis ketika kehamilan kali ini. Malahan menurutnya, dia sering melakukan pemeriksaan dan setiap bulan untuk memantau endometriosis yang dialami. Setakat ini ianya tidak menggangu tumbesaran bayi.
Wanita ini turut berkongsi amalan dan tip agar cepat hamil, iaitu enam bulan sebelum berkahwin, dirinya amalkan makan asid folic, multivitamin dan dalam masa yang sama membuat pemeriksaan kesuburan.
Disamping itu, dirinya juga mendoakan semoga pasangan yang menunggu zuriat agar Allah berikan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb.
Mingguan Wanita : Semoga pasangan di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata tidak akan pernah putus asa. Semoga urusan kalian dipermudahkan.
Bagi seorang isteri, bila sudah terbiasa menghantar dan menyambut suami dengan salaman dan ciuman, begitu juga dengan suami turut sama membalas perlakuan isteri, pastinya akan merasa sedikit ralat bila hari tersebut tidak dilakukan.
Sudah menjadi kebiasaan buat isteri bersalaman baik ketika suami ingin ke tempat kerja, mahupun semasa pulang kerja. Tapi tidak pasti, mesti ada juga yang tidak biasa dan rasa kekok bila ia tidak dijadikan rutin harian buat suami isteri.
Sebenarnya banyak rahsia pada isteri yang mencium tangan suami dan suami mencium kening isteri. Bukan hanya satu tanda hormat pada suami tetapi boleh memberi kekuatan dan semangat untuk hari itu.
Ikuti perkongsian daripada Ana Sya tentang rahsia kekuatan cium tangan dan cium kening. Cukup menarik.
Kenapa lelaki mesti mencium kening isteri & istri mesti mencium tangan suaminya?
Bahwa semangat & ketenangan lelaki itu terletak pada kening istrinya.
Lalu sumber ketenangan & kekuatan perempuan itu ada di punggung tangan suaminya.
Mengecup kening istri atau mencium tangan suami, hakikatnya sebuah simbol dari satu hal paling mahal dlm hubungan suami isteri.
“Apa itu?”
“Saling percaya”.
Jangan menilai bahawa yang mendorong suami mengecup kening istrinya itu kerana berahi.
Seorang suami mengecup kening isteri adalah cara dirinya mendapat ketenangan.
Dan perempuan mencium tangan lelaki bukan semata tentang siapa yang lebih tinggi darjatnya, Tapi itu adalah tanda bahawa keikhlasan yang menuntunnya. Kerana perempuan juga tahu, di tangan suaminya ada redha Rabbnya.
Sumber Ketenangan
Kenapa mesti kening atau tangan?
Kening perempuan adalah sumber ketenangan & semangat bagi suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Allah.
Keninglah, perantaraan tunduk makhluk pada Penciptanya.
Ia bagian tubuh pertama yang mengaku, bahawa Allah adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.
malah, keninglah yang bersujud.
Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahwa tiada yang lebih tinggi daripada Allah.
Padahal kening adalah bagian tubuh kita yang paling tinggi.
Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan.
Maka tak heran jika suami bisa merasakan ketenangan setelah mengecup kening istrinya.
Doa Untuk Suami
Apakah sama kondisinya dengan tangan suami yang dicium isteri?
Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya.
Ada doa yang ia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai & disayanginya.
Lewat ciuman di tangan suami, seorang isteri sedang memohon pada Rabbnya, agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-NYA.
Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Allah menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya & tak mengambil yang bukan haknya.
Tangan suami adalah kekuatan untuk berlindung, ya Allah jaga lah suami dari rezeki yang Haram
Dan untuk selalu sayang pada ku atas Robb nya.
MW: Bersalam dengan suami bukan sahaja tanda hormat tetapi di tangan suamilah redhanya.
Pasangan OKU selamat berkahwin, hidap Cerebral Palsy bukan halangan cipta bahagia. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Pasangan OKU Selamat Berkahwin
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“Alhamdulilah kalau dah jodoh tak kemana.. terima kasih kawan-kawan kerana meriahkan majlis perkahwinan kami berdua”- tulisnya dirungan kapsyen.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...