Tak salah mak, ayah nak bermanja dengan pasangan, merajuk dan mengamuk bila berdepan dengan satu-satu masalah. Tetapi berpada-padalah, jangan sampai pasangan merasa penat.
Bila asyik kena pujuk saja, lama-lama pasangan mula tawar hati sebab terlalu kerap. Padahal banyak masalah lain nak fokus. Betul tak?
Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal ini dan hadam baik-baik:
Saya merajuk, mengamuk dan muncung sikit terus dia pujuk Kak Kay. Settle terus masalah, tak payah nak guna cadangan Kak Kay ini pun boleh settle!”.
Maaflah Kak Kay terpaksa tulis isu ni. Bukan hanya suami alami konflik ini, isteri pun sama.
Bila pasangan insecure, dia akan mudah jealous.
Bila tiada ilmu, tak faham kenapa sesuatu terjadi dan bagaimana nak overcome sesuatu hal, dia akan mula sedih, overthinking dan di zahirkan dengan tindakan seperti: – Merajuk – Muncung – Marah – Mengamuk – Silent treatment – Mengata pasangan di belakang
Ini semua tanda pasangan tersebut tiada ilmu.
Penat Bila Selalu Kena Pujuk
Baik, sekarang Kak Kay nak tulis on behalf mereka yang memujuk pula.
Sangat ramai para suami secara senyap direct message (dm) dan private message (pm) Kak Kay setiap hari di instagram, facebook dan Whatapps.
Bukan isteri saja, suami pun ada. Kak Kay bukan kaunselor, jadi cadangan Kak Kay adalah berdasarkan apa klien sebelum ini buat pada pasangannya.
Bila ada satu isu, mereka dm, Kak Kay beri solution dan kes resolve,
“Ok Kak Kay, cun! Isteri/suami saya dah senyum balik”.
Tak lama kemudian, mereka datang pula dengan isu yang baru. Eh, tak penat ke?
Kak Kay boleh sekolahkan pasangan tadi, cuma Kak Kay nak sharekan pada kita semua dan diri ini yang manusia ini ada limit sabarnya.
Kita merajuk, muncung dan mengamuk,
Dia pujuk,
Ads
Kita rasa macam menang,
Dia berubah,
Itu yang kita nak,
Kita senyum,
Esok dia buat hal lain pula,
Kita letih,
Kembali merajuk, muncung, mengamuk,
Tak sedar kita tak menang pun, malah sedang jemput kalah masuk rumah rupanya.
Maaflah ayat ni agak berterabur, Kak Kay tulis sambil jogging (dah tahu kenapa aku tak kurus-kurus sekarang ini)
So, pasangan cuba dan cuba dan cuba lagi, dia juga hampir kalah dalam pertarungan ini. Lalu dia penat.
Penat Memujuk, Banyak Masalah Lain Nak Fokus
Point Kak Kay adalah,
Tak layak ke pasangan kita burn out bila asyik nak kena pujuk? Bila kita tak faham, insecure dan overthinking, lalu pasangan tu kena comfort kan kita. Takkan dia tak penat?
Tak ada masalah lain ke dia dekat tempat kerja? Dengan bos? Kawan-kawan? Atau dengan financial? Juga dengan emosi sendiri?
Ads
Tak drain ke dia?
Dan kita? Perfect sangat ke kita sebagai suami? Sebagai isteri? Dah habis buat yang terbaik ke? Kalau kita kata dah buat yang terbaik, kenapa pasangan masih begitu? Memang tiada apa ke bahagian kita yang perlu diperbaiki?
Atau kita dah terlalu selesa merasakan kita sudah menang bila dia keep on datang memujuk?
Tak terfikir ke kita yang drain/tawar hati/benci/emptiness sedang diasah dalam hati dia dan kita secara unconsciously tanpa kita sedar?
Jangan Asyik Merajuk Hingga Bercerai
Hal ni nampak jelas waktu mereka datang audit relationship yang dulu dengan Kak Kay.
Gais, kita tak nak sampai hal cerai berai berlaku hanya sebab kita tak nak tambah ilmu dalam perkahwinan.
Mereka yang divorce, datang pada Kak Kay untuk check out pasangan yang baru, Kak Kay tak akan proceed sembang kecuali dia audit semula relationship yang lama. And now im sharing to you dari real kes yang ada dalam lipatan file Kak Kay.
Jemput share moga manfaat.
Follow Kamalia Kamal, kak kay menulis hal relationship & kehidupan setiap hari.
MW: Sesekali merajuk dan dipujuk itu tak salah, malah akan mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Tetapi bila dibiarkan terlalu kerap dan menjadi Kebiasaan setiap masa, sudah tentu pasangan mula muak dan penat.
Untunglah jika pasangan kita adalah kekasih pertama dan kekal hingga ke jinjang pelamin. Dialah kekasih awal dan akhir yang ada dalam hati. bagaimana pula, jika pasangan anda bukanlah orang yang pertama pernah bertakhta di hati.
Kalau kisah cinta lama dilupakan tidak mengapalah dan fokus pada keluarga yang ada sekaranya. Sebaliknya, kalau ada perselisihan faham, mulalah hati berkata-kata ‘jika aku bersama dengan si dia, tentu akan lebih bahagia’.
Walau bagaimanapun semua itu tidak akan mungkin terjadi. Jodoh telah ditentukan olehNya. Namun, bagaimana untuk melupakan kekasih lama. Mampukah bayangan kosong ini akan menggugat hubungan suami isteri. Mengupas lebih lanjut topik ini bersama Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).
Kenangkan Kembali
Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan pasangan mula terkenanag kembali nostalgia kekasih lama. Mungkin disebabkan bertemu tanpa sengaja di mana-mana majlis atau boleh juga dengan sengaja pasngan menjejak semula bekas kekasih yang sememangnya masih menyimpan kenangan hubungan lama. Cara menjejak ini dengan harapan boleh disuburkan kembali.
Walau bagaimanapun, keadaan ini akan mudah berlaku apabila ada rasa kekosongan dengan pasangan sekarang dan ditambah pula pertemuan dengan kekasih lama. Jika hubungan suami isteri dalam keadaan bahagia, agak susah untuk pasangan terpaut kembali. Tetapi, jika pasangan mempunyai masalah suami isteri tanpa penyelesaian, nostalgia dengan kekasih lama akan mudah diisi.
Tanda Tingkah Laku
Ada beberapa petunjuk yang boleh pasangan sedari dan ambil langkah penyelesaian sebelum berlanjutan.
1. Hubungan berubah lebih dingin dan tidak semesra dahulu apabila bersama.
2. Leka dengan memori-memori lama seperti gambar kenangan, hadiah lama dan sebagainya.
3. Pasangan lebih banyak bersendirian berbanding bersama-sama atau lebih banyak masa dihabiskan di luar rumah berbanding rumah.
4. Berminat dengan aktiviti-aktiviti alumni atau aktiviti luar bersama kawan-kawan.
Kadang-kadang dirahsiakan daripada kita.
5.Lebih banyak berahsia berbanding sebelum ini. Mula berubah dari segi bercakap di telefon, bermesej secara sembunyi atau keluar rumah tanpa memberitahu.
Jangan Dikenang
Tidak dinafikan, pasangan mungkin pernah bahagia bersama kekasih lama tetapi jodoh tidak kesampaian hingga ke jinjang pelamin. Tetapi, apabila kita dipilih menjadi pasangan bermakna, kita mempunyai kelebihan berbanding orang lain. Jika perasan bahagia ada pada kita, mana mungkin pasangan akan memilih atau tertarik pada beka kekasih.
Jadi, elakkan sikap-sikap yang tidak disukai pasangan dan sentiasa menambahbaik aspek yang disukai pasangan. Kadang kala, ada banyak permintan yang kita anggap remeh oleh pasangan tetapi sebenarnya itu adalah penting dan membahagikan hidupnya.
Tindakan Suami (Isteri Teringat Kekasih Lama)
* Suami perlu tambah baik diri untuk menjadi lelaki yang selalu ada di sisi isteri.
* Suburkan sifat penyayang, mengambil berat, romantik, pemurah, setia dan sebagainya.
* Elakkan daripada mengambil tindakan menghukum atau memarahi, sebaliknya, dekatkan diri dan mengaku kelemahan yang ada, bernaji untuk berubah, memperbetulkan dan membahagiakan.
Tindakan Isteri (Suami Teringat Kekasih Lama)
* Elakkan suami hanyut dengan nostalgia kekasih lama, cipta nostalgia baru dengan cara yang membahagiakan.
* Suburkan rasa hormat pada suami, sentiasa cantik, menarik dan seksi.
* Elakkan bertanya tentang kisah-kisah silam.
* Elak menyerang suami atau bekas kekasih. Sebaiknya, ambil tindakan memhon kemaafan atas kelemahan diri sebagai isteri dan bernaji untuk berubah.
Tip Untuk Pasangan Suami Isteri
1.Keharmonian hubungan rumah tangga bermula dengan kasih sayang suami dan penghormatan isteri. Rasa bahagia ini akan mengelakkan daripada timbulnya gangguan orang ketiga atau kenangan lama.
2.Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama kerana ia bukan milik kita. Utamakan kebahagiaan yang ada dan jangan fikirkan kebahagian kekasih lama, bimbang akan kehilangan kebahagiaan yang ada.
3. Elakkan hadir ke majlis-majlis reunion sekolah atau universiti secara sendirian.
Pertemuan begini mudah membuka semula pintu nostalgia lama yang akan mengganggu kehidupan sekarang.
4. Elakkan berjauhan engan pasangan terlalu lama kerana ia boleh membuka ruang untuk mengimbau kembali nostalgia lama.
5. Elakkan daripada memulakan hubungan semula kecuali dalam bentuk hubungan kekeluargaan. Perkenalan kekeluargaan adalah lebih bersih atas alasan menyambung silaturrahim.
6. Ciptalah kehidupan bersama pasangan kita secara bersama dan nikmati hidup secara positif yang membahagiakan satu sama lain. Kebahagiaan biasanya mudah menutup pintu kecurangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
1. Makanan tak terbazir 2. Anak-anak berselera 3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak. 4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam. 5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam. 6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai. 7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat. 8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini. 9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula. 10. Pahala pun dapat. 11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...