Bila anak tinggi suara pada ibunya, itu bermakna ayah tak cukup tegas dalam mendidik anak. Sesungguhnya untuk seorang anak menghormati ibunya adalah bermula dari ayahnya.
Seorang ayah bertanggungjawab mendidik anak agar beradab dengan sesiapa pun terutamanya sekali pada ibunya. Kepada ibunya yang melahirkannya.
Bila Anak Tinggi Suara Pada Ibunya
Kongsi Mohd Fhais Salim, bila seseorang anak itu bertindak tinggikan suara pada ibunya, itu bermakna ayah tak cukup tegas pada anak.
Anak ni sifatnya memang lebih takut dan patuh pada cakap ayah berbanding ibu.
Bila ayah kurang tegas, anak pun akan acuh tak acuh tentang adab pada ibu.
Kita tak boleh gelak atau buat tak tahu bila nampak anak jadi begini.
– lawan cakap
– tinggi suara
– kurang ajar
– memukul
– membuli atau
– tak hormat
Pada ibunya. Kena ambil serius tentang adab ketika anak masih kecil lagi.
Itu Bermakna Ayah Tak Cukup Tegas
Kecil atau besar, adab tetap adab.
Kena tegas, kena terus instant remove kelakuan yang tidak hormat ibu sebegini sejurus pertama kali kita melihatnya.
Tak boleh tangguh dan jangan tunggu besar. Tak boleh kata “alah budak kecil apa tahu”.
Silap besar tunggu anak dah besar, sudah pandai fikir dan sudah pandai auta baru kita nak didik tentang adab. Nasi dah jadi bubur masa itu, telan sahajalah.
Ads
Lakukan Tindakan Segera
Instant remove terus :
– marah bila anak tinggi suara
– tahan tangan bila anak memukul
– tegur bila anak melawan cakap
– didik anak meminta tolong dengan betul
– ajar anak diam bila ibu berbicara
Yakin la wahai ayah sekalian.
Anak yang beradab pada ibunya, akan lebih bijak menjaga adabnya pada orang lain.
Berbanding anak yang biadab pada ibu sendiri, maka dengan orang lain pun sangat lemah adabnya. Termasuklah pada ayahnya sendiri.
Mingguan Wanita : Sememangnya mendidik anak menjadi seorang yang beradab bukan sesuatu yang mudah apatah lagi bila anak sudah besar. Sebaiknya mulakan sedari kecil, melentur biarlah dari rebungnya.
Makin menjadi-jadi penangan gajet dalam rumah tangga pasangan suami isteri ini. Semuanya gara-gara ‘games’ mahupun media sosial yang suami rasanya, lebih menarik dari layan isteri sendiri.
Sudahnya, suami lebih rela pegang gajet lama-lama, berbanding pegang isteri sendiri. Makan hati sungguh isteri yang terpaksa isytihar perang saudara dengan gajet suami ini.
Kalau boleh nak sorok diam-diam, lepas itu buat tak reti. Tapi nanti jangankan perang saudara, mahu perang dunia ketiga meletus. Jadi, sebelum melarat hadamkan nasihat daripada Ariff Ismailini.
“Bang…tolong sayang beli roti kat bawah jap”
Rayu bini.
“Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah.”
Jawapan Suami.
Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan “handphone “. Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat “rasukan ablasa”.
Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gajet, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada “QUALITY TIME” dengan bini.
Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gajet kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.
Dalam rumah tangga ni kena saling memahami,
jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gajet. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.
Saya pun sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan “QUALITY TIME ” dengan ayah saya.
Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.
Jangan Tanya Kenapa Bini Layan Tak Layan Je Kita
Bila masa saya ambil anak, gajet pun saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.
Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan berleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gajet kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.
Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gajet dari dia.
Nak guna gajet ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gajet melebihi dari keutamaan kita yang lain.
Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gajet, sampai nak tido pon dengan gajet, ni tidur dengan bini ke dengan gajet?
Jom kita ubah…mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gajet. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gajet.
Mendisiplinkan anak-anak agar mematuhi peraturan dan tugasan harian bukan tugas mudah. Adakalanya anak-anak sukar untuk mematuhi jadual hrian yang mak ayah sendiri aturkan.
Memandangkan beberapa negeri sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah ditutup dan kebanyakan mak ayah pula bekerja dari rumah, pelaksaan jadual ini sangatlah penting. Agar anak dapat mengatur masa,buat kerja sekolah, belajar, berehat, bermain dan sebagainya.
Sebenarnya, menyuruh anak buat jadual sendiri merupakan teknik komitmen didik anak-anak dan mampu memberi kesan berbeza.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ibrahim M Hasan ini.
TEKNIK KOMITMEN DIDIK ANAK-ANAK
Apa khabar anak-anak hari kedua PKPB? Semalam survive ke?
Mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk anak-anak mengikuti jadual yang kita sediakan. Kenapa sukar? Sebab kita yang sediakan, bukan dia sendiri.
Dalam menyediakan jadual, saya menyuruh anak-anak sendiri yang buat jadual tersebut dan saya hanya ‘guide’ sikit sahaja. Bukan kerana saya malas nak buat tapi jika anak buat sendiri, ini akan memberi kesan berbeza kepada mereka.
Kerana mereka yang menulis sendiri, mereka akan lebih rasa ‘punya’ dan memiliki. Ini menjadikan mereka akan lebih komit dan buat apa yang mereka sendiri telah persetujui. Bahkan jika ingin ubah jadual, saya akan suruh mereka ubah sendiri.
Dengan pantauan yang minima, saya hanya akan tanya “jadual sekarang apa?” lalu mereka sendiri akan jawab dan terus buat. Almaklumlah saya juga ‘work from home’ jadi tiada masa sepenuhnya untuk memantau anak-anak.
Dalam teknik persuasion, ini dipanggil ‘komitmen’ bermaksud mereka akan lebih terikat dengan apa yang mereka telah lebih awal persetujui.
Tapi bila dah tengok betul-betul rupanya banyak jugak masa freetime.
Jika teknik tidak berjaya, mungkin akan cuba guna teknik ‘rotan’ pula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi nak mendisiplinkan dan mendidik ana-anak boleh cuba teknik komitmen ini. Suruh anak buat jadual harian mereka sendiri dan ia dapat beri kesan berbeza berbanding bila mak ayah yang sediakan.
Andai kita terlalu menyayangi seseorang, suatu masa nanti cukup berat untuk kita menerima ujian bila Allah pisahkan dengan orang tersayang. Namun apa hak kita?
Kena beringat, apa yang kita miliki hari ini semuanya sebuah pinjaman. Tiada yang kekal abadi, termasuklah pasangan dan anak-anak.
Apa lagi yang berkira sangat nak berkongsi rezeki dan harta yang kadang jadi sebab manusia bermusuh sesama darah daging.
Nauzubillah…
Sebagai renungan bersama, jemput berlapang dada dengan perkongsian hati daripada Puan Hajjah Rohana Saad sejenak.
ALLAH TEMUKAN KITA BERSEBAB
DAN ALLAH PISAHKAN KITA PUN BERSEBAB
Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?! Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.
Kenapa ALLAH pisahkan kita dengan dia?
Kenapa ALLAH tidak satukan kita dengan dia?
Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakanlah, Aku yang terpilih!
Ketahuilah aturan ALLAH itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudiannya kita kembali mengejar cinta ALLAH. Atau mungkin ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita.
Mungkin juga ada ‘kesilapan’ semasa kita bersama dengannya. Mungkin juga apabila bersama dengannya telah membuatkan kita lalai daripada rasa cinta kepada yang Maha Pengurnia Cinta. Mana satu pilihan kita? Mahu bersama hanya sementara di Dunia? Ataupun bersama selamanya di Akhirat kekal abadi?
Jika kita mahu bersama nya di dunia dan akhirat jagalah batas-batas pergaulan kita dengan nya selagi dia belum menjadi milik kita. Jika rasa cinta kita terhadap seseorang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita kepada ALLAH, maka BERPISAHlah. Dan berdoa lah agar kita akan berjumpa dengannya di Akhirat kelak. Jadi usahlah mengeluh.
Yakinlah Perancangan Allah Lebih Indah
Kadang-kadang ALLAH PISAHKAN kita dengan seseorang yang kita KENAL untuk SEMENTARA WAKTU. Beberapa tahun kemudian, ALLAH TEMU dan TAUTKAN HATI kita kembali dengan IKATAN yang SUCI. PERANCANGAN ALLAH itu INDAH andai kita MELIHAT sesuatu yang MENIMPA kita dengan MENERIMANYA dengan TERBUKA.
Mengeluh hanya akan meletihkan dan menyakitkan hati. Tetapi BERDOA mampu menguatkan dan mengubati kedukaan. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap bukannya simpati dari manusia.
ALLAH temukan kita bersebab dan ALLAH pisahkan kita pun bersebab. Mungkin DIA nak kita belajar menghargai, tahu apa itu kesabaran dan ketabahan, yang penting, kita redha atau tidak dengan takdirNYA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!