Memang cukup meletihkan bila anak menangis tanpa henti dan meragam sepanjang hari. Lebih-lebih lagi jika masih dalam tempoh berpantang yang sepatutnya mendapat rehat secukupnya untuk ‘memulihkan’ diri. Sebaliknya bila situasi ini terjadi, mak-mak pula ‘terpaksa’ bersengkang mata, tidur pun tak lena untuk ‘menenangkan’ bayi yang meragam dan menangis tak berhenti ni.
Bayi menangis selalunya bila disebabkan perut lapar, lampin basah mahupun badannya penat. Namun demikian ada juga punca-punca lain juga yang boleh menjadi penyebab anak kecil ni meragam.
Sebenarnya ada beberapa cara tertentu yang mak ayah boleh cuba praktikkan untuk menenangkan anak kecil yang tak mahu henti menangis.Antaranya;
1. Kaedah “Kangaroo Care”
“Kangaroo Care” merupakan teknik pelukan bayi ke dada secara langsung dari kulit ke kulit. Terutamanya buat bayi yang baru lahir. Ia mampu menenangkan bayi sekaligus membuatkannya mudah tidur. Tidur jadi lebih lena dan tak menangis lagi.
2. Teknik Bunyi ‘Shhhh’
Salah satu cara lain yang mudah dan berkesan untuk membuatkan bayi tidak menangis dan mudah terlena adalah dengan menggunakan teknik ‘Shushing Sounds’. Iaitu menyebut bunyi ‘shhh..’ secara berulang kali pada bayi, lakukan hingga bayi terlelap.
3. Urutan Lembut
Jika bayi mengalami kembung perut juga boleh menyebabkan dia meragam dan menangis tanpa henti. Penting bagi ibu menyusu, menjaga pemakanan yang diambil, yang menyebabkan bayi boleh mengalami kembung menerusi susu ibu. Selain itu boleh juga menyapu minyak bayi serta melakukan urutan lembut pada perut bayi bagi menghilangkan kembung.
4. Pastikan Baju & Lampin Pakai Buang Selesa
Paling penting kena periksa baju dan lampin yang dipakai. Adakah baju dan lampin yang dipakai fabriknya benar-benar selesa baik ketika bayi berjaga mahupun dalam tidur. Keadaan lampin basah boleh membuatkan bayi tak selesa, malah lampin yang tak mesra kulit bayi boleh mengakibatkan ruam dan mudah melecet.
Ads
Genki!
Oleh itu, adalah penting bagi mak ayah memilih jenis lampin pakai buang yang berkualiti seperti Genki!. Bukan apa lampin yang selesa dapat membantu anak tidur dengan lebih lena dan kurang meragam sepanjang hari.
Genki! membawa maksud gembira, ceria,cergas, sihat dan aktif dalam bahasa Jepun. Lampin pakai buang Genki! Tape (jenis pelekat) ini direka khas dengan teknologi dari Jepun dan ia selembut awan. Ia dapat menjamin keselesaan bayi sentiasa, terutamanya buat bayi yang baru lahir. Malah Genki! Tape cukup lembut dan mampu melindungi kulit bayi baru lahir.
Dengan memilih Genki! Tape ia membuatkan bayi kekal kering dan selesa apabila ia menekankan ciri-ciri utama;
1. Teras Serapan Ultra 3D
Kadar serapan yang tinggi, ultra 3D yang terdiri daripada pulpa halus yang cepat menyerap air kencing bayi dengan pantas agar kulitnya sentiasa kering dan selesa.
Ads
2. Lapisan Selembut Kusyen
Dihasilkan daripada ciri inovatif lapisan fiber selembut kusyen, agar dapat melindungi kulit bayi dengan material yang tebal namun lembut.
3. 100% Pelapik Luar Berliang Udara
Pelapik luar dilengkapi dengan aliran pengudaraan sempurna untuk mengoptimumkan ketelusan agar si manja selesa sepanjang hari.
4. Pita Pinggang Yang Lembut Dan Berelastik
Bahagian pinggangnya pula dilindungi dengan pita (tape) pinggang yang lembut dan berelastik, membuatkan si manja lebih selesa serta kemas.
5. Pelindung Tahan Bocor Yang Lembut
Lampin ini juga mempunyai pelindung tahan bocor yang lembut di mana ia mendakap peha bayi dengan kemas agar mencegah kebocoran.
Ads
6. Pita Dan Gelung Yang Lembut
Berbanding jenama biasa, pita dan gelung dimiliki pula amat lembut untuk memudahkan penggunaan. Malah, ia boleh dilekat semula berulang kali agar bayi sentiasa berasa selesa.
Genki! Tape boleh didapati dalam pelbagai saiz seperti S,M,L dan XL bagi memenuhi keperluan dan keselesaan bayi.
Tambah menarik, mak ayah boleh berjimat apabila menggunakan Genki! Tape Saiz S kerana ia mengandungi 87 keping lampin pakai buang dalam satu pek, menjadikannya jumlah paling banyak bagi kategori itu di dalam pasaran.
Sementara itu, lampin pakai buang Genki! yang mula memasuki pasaran pada 2016 muncul sebagai jenama paling pesat berkembang dan mendapat pengiktirafan ‘Fastest Growing Brand’ oleh Giant Malaysia (Giant) pada 2017.
Pada tahun sama, Genki! turut dianugerahkan ‘Excellence in Brand Awareness’ dalam Anugerah Kecemerlangan Pemasaran.
Rupanya nafkah anak-anak selepas kematian ayah mereka bukanlah jatuh pada tanggungjawab mak semata-mata.Tidak dinafikan,ramai ibu tunggal yang hilang tempat bergantung serta mengalami kepayahan dalam membesarkan anak-anak selepas kematian suami.Ini kerana ramai mak-mak yang beranggapan bahawa tanggungjawab menyara anak-anak ini harus digalas sepenuhnya tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa.
Mungkin atas faktor tidak tahu menahu mengenai perkara ini atau tidak mahu ‘menyusahkan’ sesiapa, ia mengakibatkan pihak yang sepatutnya menggalas tangungjawab ini ambil sikap ‘lepas tangan’.
Sebenarnya, selepas kematian suami, jika tidak berkemampuan dalam menyara anak-anak dan memerlukan bantuan dalam membesarkan mereka, mak-mak boleh menuntut hak bagi pihak anak-anak mengikut akta Undang-Undang Keluarga Islam. Atas sebab ini jugalah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Mohon hadam perkongsian soal jawab ini yang dipetik daripada page Info Syariah Ini.
Soal jawab 01: NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA
Soalan:
“Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak setelah kematian suami setahun yang lalu. Saya berusaha keras menyara keluarga demi membesarkan anak-anak. Soalan saya, adakah boleh saya menuntut supaya keluarga belah arwah suami saya membantu menyara nafkah anak-anak saya?”
Jawapan:
Tanggungjawab menyara nafkah anak-anak yang kematian ayahnya jatuh kepada datuk (ayah arwah bapa si anak). Jika datuk telah meninggal dunia atau kurang berkemampuan, tanggungjawab tersebut boleh dipikul oleh bapa saudara (adik beradik lelaki arwah bapa si anak) yang berkemampuan.
Failkan kes tuntutan nafkah anak dan masukkan nama mereka (datuk atau bapa saudara) sebagai defendan di mahkamah rendah syariah terdekat.
Mahkamah kemudiannya akan menentukan kadar bayaran nafkah mengikut keperluan si anak dan kemampuan defendan.
Akta undang2 Keluarga Islam WP memperuntukkan;
Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang teramat besar. Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang serba canggih ini.
Jangan ingat, dengan mengawal anak-anak untuk berada di rumah sepanjang masa, mereka ‘terselamat’ daripada segala perkara negatif yang kita rasa hanya berada di luar rumah saja.
Gadjet
Mak ayah zaman sekarang kena tahu, di dalam bilik pun macam hal boleh jadi selagi di tangan ada telefon bimbit atau gajet yang membolehkan mereka melayari internet! Kalau tak, takkan terjadi kes anak lari dari rumah ikut teman lelaki yang dikenali di laman sembang online sedangkan sepanjang masa berkurung dalam bilik!
Tanyakan kepada mak ayah, pasti rata-rata bersetuju, terlalu sukar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Sebab itu, ada masanya perlu bersikap tegas dan garang dengan anak-anak. Tak bermakna kalau kita garang, kita tak sayang anak.
Tapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik dan membimbing anak-anak di landasan yang betul. Pukul anak, bukan nak menyakiti, tapi untuk bagi pengajaran. Marah anak bukan benci, tapi nak menasihati!
Siapa Lebih Garang?
Siapa lebih garang dalam mendidik anak-anak? Selalunya orang cakap, ayah yang lebih garang. Kalau depan ayah, anak tak berani nak membantah. Baru berdehem, anak dah kecut. Berbeza kalau dengan mak. 10 kali suruh solat pun belum tentu angkat punggung! Namun ada juga si ibu yang lebih garang dalam mendidik berbanding si ayah yang lebih ‘cool’ dan tenang.
Walau bagaimana pun, ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju mendidik anak dengan sifat garang kerana kata mereka zaman sudah berubah. Nak didik anak-anak perlu gunakan pendekatan psikologi, lebih berkesan kata mereka. Dah tak relevan corak corak didikan garang dan tegas dengan anak-anak sekarang. Betul ke?
Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik “Ibu Atau Ayah, Siapa Yang Garang” di dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 esok, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim, serta tetamu-tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.
Sekiranya ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan berhubung topik ini, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!
“Saya nak anak-anak rasa mereka ada abah walaupun tak sama macam orang lain” Shu Sukri. Itu antara luahan Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dipanggil Shu Shukri yang juga bekas isteri Hafidz Roshdi tentang anak-anaknya yang sangat merindu ayah mereka.
“Saya Nak Anak-Anak Rasa Mereka Ada Abah”
Hati ibu mana juga yang tidak sedih apabila melihat anak-anak rindukan kehadiran seorang bapa. Malah anak kedua mereka juga meminta membeli robot pengganti abah.
“Ibu, belilah abah robot di Shopee,” ungkap Umar.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online, sebagai ibu dirinya tidak sampai hati melihat anak-anak merasai kekurangan kasih sayang dan berharap agar Hafidz dapat berikan komitmen dan tanggungjawabnya.
“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.
“Umar asyik cakap suruh beli roboh abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu,” ungkap Shu yang juga sangat sedih apabila anak lelakinya itu pernah meminta ‘pinjam’ ayah daripada sepupunya.
Anak Sulung Tak Kisah, Umar Masih Kecil
Shu juga mahu Hafidz mengasihani anak-anak.
“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah.
“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kasihanlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” tambahnya lagi.
Ingatkan Anak-Anak Hormat Bapa
Walaupun antara dirinya dan Hafidz sudah tiada hubungan namun Shu sentiasa mengingatkan anak-anak agar menghormati dan menyayangi bapa mereka.
“Saya beritahu dia, saya dan Hafidz dah bercerai. Humairah dengan abah, tak boleh ubah. Kena hormat dan sayang Hafidz itu. Jadi, saya selalu ingatkan dia bahawa tak boleh ubah hakikat itu.
“Mereka berdua dah faham walaupun agak mencabar juga untuk saya jelaskan. Sebab itulah saya perlukan bantuan kaunselor sebab mereka lebih profesional untuk uruskan situasi ini,” katanya.
Kesal Hafidz Tidak Hadir
Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kesal apabila Hafidz tidak hadir sesi tuntutan hadanah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.
Untuk rekod Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua anak, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...