Seronoknya bila tengok keluarga yang mempunyai anak ramai. Mungkin masa mereka kecil, mak ayah agak ‘struggle’ maklum saja macam-macam karenah dan perangai masing-masing.
Tak kurang juga yang mengatakan anak ramai susahnya masa kecil. Tapi bila mereka dah besar tentu seronok sebab masing-masing tugas dan fungsi. Boleh membantu mak ayah.
Kita tak tahu rezeki keluarga. Anak ramai pun satu rezeki yang Allah berikan. Mungkin orang luar atau tak mustahil juga adik beradik rasa kasihan bila tengok mak ayah tak tentu arah menjaga anak.
Jangan terkejut, ada keluarga yang mempunyai anak ramai dan tak kisah minta tolong ahli keluarga lain jaga. Bukan hanya anak ramai, anak seorang dua pun ada yang minta ahli keluarga tolong jaga.
Sampaikan boleh dengar orang mengata ‘buat anak pandai tapi bab menjaga tak pandai’. Wow..makan dalam dibuatnya.
Sebagai mak ayah yang diberikan anak ramai, jangan mengeluh atau minta ahli keluarga jaga untuk meringankan beban. Sebaliknya, jagalah sendiri anak-anak itu mengikut kemampuan kita, mereka itulah rezeki yang Allah beri.
Ikuti perkongsian daripada Juriah H Mazlan yang mempunyai 9 orang anak dan cabaran dia serta suami didik anak. Moga dijadikan panduan untuk mak ayah di luar sana
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Anak Lancar ‘Speaking’ Macam Anak Hanis Zalikha, Buat Macam Ini
Isteri Seronok Anak Rapat-Rapat Kalau Pasangan MEMBANTU Bukannya Pandai ‘Buat Anak’ Saja
Info Lebih Menarik DI SINI
Ada beberapa orang yang pernah berkata, terinspirasi melihat keluarga mama fatim, suka tengok ahli keluarga yang ramai. Anak-anak yang kalau diikutkan pada zaman ini, agak ramai ahli-ahlinya.
Cuma untuk peringatan mama fatim dan kawan-kawan. Siapa yang ada anak-anak, tidak kira ramai atau sedikit.
Tidak perlulah kita menyusahkan ahli keluarga yang lain seperti mak ayah kita, mak ayah mertua, ipar duai dan sebagainya. Pinjam duit, minta jagakan anak-anak. Buatlah dan jagalah keluarga kita mengikut kemampuan dan seadanya.
Begitulah, ini hanya sebahagian sahaja perkongsian untuk mama fatim dan kita semua. Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak ni ye. Nak pula zaman sekarang ni. Sesiapa yang ada, tahulah bagaimana.
~ Mama fatim
Pernah 11 kali pregnant, 9 je anak yang membesar, itu pun cukup dah alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Masa anak-anak kecil memang buat mak ayah kalut. Tapi, percayalah rezeki yang Allah bagi ini akan menyenangkan kemudian hari. Jagalah amanah Allah ini dengan sebaiknya.
Sumber: Juriah H Mazlan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita