Bila Anak Perempuan Akil Baligh, DOSAnya Terkait Dengan Ayah, Berpesanlah Mak Ayah Padanya!

Share

Akil baligh anak perempuan dengan anak lelaki berbeza. Ada mak ayah cukup malu untuk bercakap tentang ini. Sementelah dengan anak-anak.

Bila mereka akil baligh mesti ada perasaan malu. Malah, mak ayah tidak pula berpesan atau bercerita. Kononnya, anak lelaki dan perempuan sudah belajar dan tahu di sekolah.

Semua ini silap. Sepatutnya mak ayahlah orang yang paling dekat untuk bercerita dan berpesan kepada anak-anak bila sudah akil baligh. Jangan serahkan 100% kepada guru dan kawan-kawan di sekolah. Tidak sama.

Anak-anak bakal melalui dunia dewasa dan inilah yang boleh dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar tentang pesanan yang boleh mak ayah berikan pada anak perempuan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Menjaga Anak Perempuan Lebih Sukar, Mana Dia Pergi Bawa Maruah Keluarga

Anak Perempuan RAPAT Dengan AYAH Bukan MENGADA, Dialah Lelaki Pertama Diingati Bila-Bila

Info Lebih Menarik DI SINI

Akil Baligh, Pesanan Untuk Anak Perempuan

Anak perempuan sulung, datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.

Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.

Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;

1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia

Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia. Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.

2. Dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.

Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa. Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.

3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.

Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.

4. Batas aurat sangat penting.

Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan. Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.

4. Sifat malu, ini ada dalam Islam.

Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain. Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat. Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.

5. Menjaga kebersihan.

Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia. Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul. Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.

6. Teliti tentang kiraan tarikh.

Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting. Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.

Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki.

7. Tentang mandi wajib.

Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu. Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.

Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini.

Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.

Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.

Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?

Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.

Mingguan Wanita : Moga ia bermanfaat untuk mak ayah agar inilah pesanan yang harus anak perempuan tahu.

Sumber: Firdaus Mokhtar,

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora