Anak-anak sering dikatakan tidak pandai menipu, insan paling jujur. Tetapi tanpa kita sedar anak-anak menipu mak ayah atas sebab tertentu dan mereka ingin rasa selamat dan disayangi.
Sebaiknya bila anak menipu, mak ayah jangan terus marah… Sebaliknya ambil masa dan ceritakan keburukan berbohong. Barulah anak cepat terima dan teguran daripada mak, ayah.
Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami penjelasan yang cuba dia sampaikan:
Selama ni saya ingat kanak-kanak tak pandai menipu.
Ya. Mereka ni jujur. Hati bersih. Tapi kita jangan mudah tertipu. Ada antara mereka yang hebat berlakon seolah-olah benda yang mereka cakap tu betul-betul berlaku.
3 sebab anak menipu :
1) Untuk diri dilihat hebat
Anak yang kurang self esteem mereka-reka cerita supaya mereka dilihat hebat di mata orang lain. Bila menipu begitu, barulah mereka dapat perhatian yang mereka perlukan.
2) Takut kena marah
Fakta mengejutkan! Ramai yang sangka fungsi otak yang terbesar adalah untuk berfikir. Rupanya tak. Otak lebih banyak bekerja untuk survival.
Dan menipu adalah salah satu bentuk survival. Anak menipu untuk elak diri dari dihukum, dimarahi dan dipaksa buat perkara yang mereka tak suka. Lagi mudah kita marah bila anak buat silap, lagi kreatif mereka belajar menipu.
3) Bercakap sebelum berfikir
Boleh jadi mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.
Sebab Itu kita kena hati-hati menapis cerita yang diterima dari anak. Selagi kita tak nampak depan mata, kita beri respon sekadarnya sahaja. Lagi over react kita respon, lagi galak mereka menipu.
Dan elakkan dari memarahi mereka. Sebaliknya cari masa yang sesuai untuk sit down dan brief kat anak tentang keburukan menipu. Bawa mereka ke taman atau tawan hati mereka sebelum kita mula korek cerita.
Baca Juga Di sini:
Perhatikan Tanda Anak Ada FEAR PLOP. Puncanya Sebab Mak Ayah Kerap Marah
Mak Saya Pesan.. Biar Hidup Tak Kaya Tapi Jangan Sesekali Menipu
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Contoh dialog yang boleh kita guna :
“Hari ini mama nak cerita tentang tipu. Abang tau tak tipu itu apa? Tipu itu bila kita cakap sesuatu yang tak betul. Mama pun pernah menipu. Lepas tu, mama rasa tak tenang saja hati.
Rupanya tahu sebab apa? Sebab, Allah tahu kita tipu. Dan Allah marah. Kalau kita nak jadi anak soleh dan solehah, kita tak boleh menipu. Siapa yang tak bertaubat, nanti dekat akhirat Allah hukum orang yang menipu.
Dan masuk dalam neraka. Jadi, mama nak minta maaf dekat anak-anak mama kalau mama pernah tipu korang.”
Kalau kita nak selidik sesuatu dari anak, boleh tanyakan mereka,
“Boleh mama tau tak, anak mama pernah tipu mama tak? Mama faham, kadang-kadang kita menipu sebab takut kena marah. Tapi hari ni mama decide tak nak marah. Malah mama tabik kalau anak mama boleh mengaku.”
Dan yang paling penting, kita mak ayah ni tunjuk teladan yang baik. Kalau tak betul, mengaku aje. Jangan pusing ke laut sebab takut kantoi.
Biasakan meminta maaf. Tak jatuh martabat kita sebagai mak ayah bila kita meminta maaf. Sebaliknya, ia buat anak lebih hormat kat kita. Malah mengajar anak, tak mengapa buat silap. Asalkan mengaku kemudian usaha betulkan kesilapan.
MW: Mak ayah pun tak lari daripada menipu kan, namun jangan biasakan diri menipu kerana anak-anak sentiasa memerhati tingkah laku kalian dan akhirnya menganggap menipu itu biasa. Sebelum mendidik anak, mak ayah harus berubah terlebih dahulu. Betul tak?
Sumber: Puan Wawa Shauqi