Cabaran mak ayah dalam membesarkan anak-anak pasti pernah berhadapan dengan situasi anak tantrum atau mengaamuk apabila kehendak mereka tidak dipenuhi. Bila dalam keadaan ini, jangan terus pujuk anak, sebaliknya penting untuk kira dulu dari belakang 10 sampai 1. Ada sebabnya bila buat begini.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian tip daripada Mohd Fhais Salim ini.
Kalau anak mengamuk, jangan terus pujuk!
Aduh, serabut kepala kalau anak mengamuk. Lebih lebih lagi kalau dia mengamuk di tempat umum atau tengah ramai orang. Silap jika kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukan dia tu boleh makin parah.
Sebaliknya bila anak mengamuk jangan pujuk terus tapi kira dulu ke belakang 10 sampai 1.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1
Kira kuat-kuat pun tak apa, dah habis kira tu baru kita slow talk dengan anak.
Hujahnya :
Kira ke belakang ni dapat menurunkan kadar stress dalam badan dan beri rasa tenang.
Bukan pada anak sahaja, tapi pada kita juga yang sedang berhadapan dengan ragam anak.
Selain dari itu, cara ini juga memberi satu mesej pada anak bahawa,
– Ini cara yang betul untuk urus emosi.
Kadang masa mula-mula praktik teknik ni memang sukar anak nak terima, maklum la emosi dia masih liar lagi.
Tapi jika kita konsisten dan istiqomah praktik setiap kali anak mengamuk lama kelamaan anak akan dapat ibrahnya.
Jangan terkejut, anak sendiri pandai kira 10 sampai 1 untuk tenangkan diri dia sendiri.
Ads
Emosi membentuk tingkahlaku. Baik emosi dia, dengan sendiri tingkahlaku dia pun akan baik-baik saja.
Mingguan Wanita: Ada benarnya tip yang dikongsikan ini. Bila anak merajuk jangan terus pujuk, sebaiknya ambil tempoh tenangkan diri dengan teknik kira
kira dulu dari belakang 10 sampai 1. Semoga ia dapat mengurus emosi anak dengan lebih baik. Boleh cuba amalkan dalam mendidik anak-anak nanti.
Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
1. Makanan tak terbazir 2. Anak-anak berselera 3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak. 4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam. 5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam. 6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai. 7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat. 8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini. 9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula. 10. Pahala pun dapat. 11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Bagi mak ayah yang telah membuat permohonan anak ke Tahun Satu dan Prasekolah bagi ambilan 2019 pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 lalu, kini bolehlah menyemak keputusan status penempatan bagi sekolah atau prasekolah yang dimohon tersebut bermula 1 Ogos 2018.
Semakan keputusan penempatan ini, hanya untuk anak berusia 6 tahun bagi sesi persekolahan tahun 1 tahun 2019 atau anak berusia 4 dan 5 tahun untuk sesi prasekolah 2019 sahaja.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2019
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
Semak status pendaftaran selepas berjaya log in.
Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan yang dilampirkan sama semasa membuat urusan pengesahan.
Cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah untuk proses perakuan.
Sekiranya tidak berjaya memohon sekolah yang diminta atau ingin menukar pilihan sekolah, ibu bapa boleh membuat rayuan penempatan boleh mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018.
Ibu bapa diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/08/2018 hingga 30/09/2018 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
NOTA TAMBAHAN BAGI PEMOHON DI PUTRAJAYA
* Keputusan penempatan murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Putrajaya buat masa ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Bagi sebarang pertanyaan, hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8899 0000.
** Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, permohonan Tuan/Puan perlu disemak kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. – Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2019
Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun bagi sesi prasekolah secara online, semakan status penempatan prasekolah sesi 2019 boleh disemak mulai 5 Ogos 2018 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke sekolah bagi proses perakuan.
Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin diubah, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon.
Semoga Bermanfaat!
Kongsikan juga buat mak ayah yang bakal mempunyai anak ke darjah satu dan prasekolah pada tahun 2019 sebagai panduan!
Tanda lahir pada anak ada perkaitannya dengan sawan. Tapi mak ayah perlu jelas tak semua tanda lahir itu berisiko menyebabkan sawan. Tanda lahir itu sendiri pelbagai bentuk, warna dan ada jenis-jenisnya yang dikaitkan dengan sawan. Pengalaman yang dilalui Puan Rohafiza Abdullah, 35 semasa menjaga anak keduanya, Adam El Rais, 3 yang diwadkan boleh dijadikan panduan.
“Anak saya mula-mula masuk hospital kerana sawan. Bila dah discaj, esoknya masuk pula KTS untuk diagnos Influenza A.”
Dan inilah yang dikongsikan semasa menjaga anak bongsunya Adam di wad selepas diserang sawan pada 13 April 2018 kira-kira jam 2.30 pagi.
“Sangat menakutkan mami. Sampai hari ini, bila teringat keadaan Adam waktu itu, terasa panik kami sekeluarga. Laju je air mata ini mengalir.” ujar ibu 2 anak, Rania Eryna Anas Hazizul, 8 dan Adam El Rais
Ibu ini tak dapat melupakan pengalaman waktu mula-mula sampai di hospital sampailah diwadkan, doktor bertanyakan soalan yang sama beberapa kali.
“Dari waktu di Kecemasan, Ward 6EF, dan dipindahkan ke ward 2A, semua doktor yang merawat Adam pasti akan bertanya tentang tanda lahir di kaki Adam. Soalan seterusnya mereka bertanya ada lagi tak tanda lahir kat bahagian lain.”
Ini Pula Soalan Ibu Dekat Doktor
“Apakah benar bayi atau kanak-kanak yang mempunyai tanda lahir lebih mudah unyuk mendapat sawan?”
Jawapan Doktor, secara kajian IYA. Tapi tak semua boleh dapat sawan. Bagaimanapun, bayi yang lahir dengan tanda lahir lebih berisiko mendapat sawan dan perlu lebih berhati-hati.
Tanda lahir besar atau kecil sama sahaja risikonya.
Mereka berisiko mendapat Sawan Demam lebih tinggi.
Biasanya, sawan ini boleh terjadi kepada kanak-kanak sehingga berusia 6 tahun. Secara amnya, selepas 6 tahun masih lagi mendapat sawan, mereka akan dirawat sebagai pesakit “Penyakit Sawan” dan perlu ubat serta rawatan yang betul.
Anak Diserang Sawan, Mak Ayah Cepat Lakukan Ini
Sekiranya berlaku lagi sawan di rumah, jangan panik ( agak susah untuk tidak panik sekiranya langsung tak tahu pasal sawan macam kami). Ini yang ibu perlu lakukan :
√ Mengiringkan anak ( supaya semua yang ada dalam mulut termasuk air liur akan meleleh keluar).
√ Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut seperti sudu kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan lebih serius.
√ Lihat jam dan ingat berapa minit waktu kejang (penting untuk rawatan seterusnya)
√ Sekiranya badan terlalu panas, jerlum dan boleh masukkan ubat punggung. Sekiranya kejadian kejang adalah lebih dari 5 minit, call ambulans atau terus ke hospital.
Semoga info ini bermanfaat juga untuk ibu-bapa sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Lengkapkan diri juga dengan ilmu kecemasan.
Kami bernasib baik kerana jarak hospital dan rumah dekat, dan kejadian berlaku tengah malam. Keadaan lalu lintas sangat tenang. Kami mengambil masa 10 minit untuk bersiap dan sampai ke hospital HSNZ dan terus dirawat di bahagian semi kritikal.
“Semoga Anak mami Adam EL Rais akan semakin sihat dan sawan tidak akan berulang lagi. Amin” Mingguan Wanita juga mendoakan si comel Adam sihat dari sebarang serangan sawan.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...