anak kecil sakit

Kalau dah tahu anak kecil sakit, sebaiknya mak ayah kena usahakan ambil cuti. Jangan sampai anak jadi mangsa keadaan sampai sakitnya makin teruk dan lagi malang berjangkit pada anak orang.

Haaa… bukan senang nak buat kalau dapat mak ayah bekerja dapat boss yang tak memahami situasi ini. Namun, anak tak nak memang kena cari jalan lain bagi selamatkan anak kecil dan elakkan dari awal situasi seperti yang Doktor Khairul Faizie kongsikan ini.

Cabaran Bila Anak Kecil Sakit

Besar cabaran bila anak kecil (umur kurang 5 tahun) terpaksa juga dihantar ke pusat jagaan atau nursery ketika mereka sedang sakit (parents tak dapat cuti). Antara cabaran atau masalah yang kerap dikongsikan oleh pesakit-pesakit aku ialah:

1) Bila anak cirit birit.

Memang aku nasihatkan parents supaya diapers anak ditukar kerap masa cirit birit, untuk elak rashes pada kelengkang baby / toddler. Namun luahan parents antaranya:

IKLAN

“Saya dah bagitau penjaganya, tolong tukar kan pampers kerap… tak apa saya sediakan pampers banyak. Tapi sedih bila petang ambil anak, kadangkala tahinya dah siap keras di pampers. Ruam kat kelengkang makin teruk.”

2) Bila anak perlu diberi ubat.

Antara masalah yang timbul ialah penjaga tak bagi ubat ikut aturan yang ditetapkan. Umpamanya 3 kali sehari, dibagi sekali sehari. Ubat antibiotik cecair ( syrup form) yang dipesan oleh parents supaya disimpan di dalam fridge, tak disimpan sepatutnya, rosak antibiotik tu.

IKLAN

3) Anak yang ada eczema / kulit sensitif.

Anak anak yang kulit sensitif atau ada eczema ni, besar kos jagaannya. Tak boleh berpanas, perlukan aircond. Bila dihantar ke nursery atau rumah penjaga, kadangkala tiada aircond atau atau terhad masa pengunaan aircond nya (kerana kos). Memang kasihan tengok luahan parents pada aku, bila mereka beritahu petang-petang ambil anak, kulit mereka merah, tergaru garu mereka.

4) Anak dapat jangkitan dari kanak kanak lain kerana sikap parents lain tu yang tak mahu kuarantin kan anak.

IKLAN

Bila anak kena HFMD, atau Scabies, atau Chicken Pox, atau apa jua penyakit berjangkit, mereka wajib dikuarantin dirumah. Jangan di hantar ke sekolah atau nursery. Namun ada parents yang abaikan nasihat kuarantin ini. Penyudahnya, habis anak orang lain terjangkit.

5) Anak diberi ubat tanpa pengetahuan parents

OK, yang ini amat serius ya. Tak tahu lah mengapa, mungkin terlebih caring ke apa, ada penjaga nursery bagi ubat tanpa pengetahuan parents. Kita faham kalau anak tu demam tinggi tiba-tiba semasa jagaan, penjaga bagi ubat demam Paracetamol (itu pun perlu telefon parents, kot la budak tu ada allergic paracetamol).

Bukan tak pernah terjadi, aku tahu terjadi sebab parents mengadu kat aku. Penjaganya bagi produk apa ntah kononnya kesian tengok baby yang dijaga ada eczema yang teruk. Sedangkan ubatan doktor pun tak boleh selamba dibagi macam tu je, ni pula bagi produk alternatif!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI