Ads
Home Kekeluargaan Bila Anak Exam, Mak Ayah Janganlah Panik Tapi Bantu!

Bila Anak Exam, Mak Ayah Janganlah Panik Tapi Bantu!

Ads
anak exam

Minggu ini anak-anak akan duduki peperiksaan besar, UPSR. Confirm ramai mak ayah yang tak senang duduk. Apa taknya exam ini bukan sahaja menentukan kedudukan anak tapi lebih penting kita akan tahu sejauh mana kemampuan anak.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba ramai mak ayah yang bertukar ‘kerjaya’ menjadi guru. Masing-masing dok push anak-anak mengulang kaji pelajaran. Kita fikir dah betullah tu cara kita membantu anak menghadapi peperiksaan. Tapi sebenarnya memaksa anak-anak belajar dengan kekerasan bukanlah tindakan yang bijak. Anak-anak akan jadi tertekan dan hilang fokus .

Kepada mak ayah, jom semak tip ini. Nak didik anak mesti berilmu supaya kaedah yang kita gunakan berkesan dan membantu anak mendapat keputusan yang baik dalam exam.

1.    Fahami Tekanan Yang Dihadapi Anak

Bukan mak ayah je risau tapi anak-anak pun sama. Mereka juga tertekan nak ambil exam. Anak-anak akan tunjukkan perubahan sikap bila mereka tertekan. Contohnya jadi pendiam atau tak lalu makan.

Jadi jangan push anak-anak mengulang kaji terlalu kuat sehingga mereka tak cukup rehat. Tak payahlah nak paksa anak-anak jawab soalan sampai sebeban. Mahu jam otak anak-anak tu. Redakan tekanan yang dihadapi anak-anak. Nyatakan dengan jelas hasrat kita. Minta mereka melakukan yang terbaik dan fokus ketika menjawab soalan.

2.    Elakkan Aktiviti Luar

Ada mak ayah yang membawa anak bercuti atau melakukan aktiviti luar menjelang peperiksaan. Kononnya nak bagi anak release tension. Tapi mak ayah tak sedar perbuatan ini akan buat anak-anak keletihan dan hilang fokus. Biar mereka mengisi masa di rumah untuk membaca nota ringkas dan membuat latih tubi.

3.    Bagi Sokongan Sepenuhnya

Ramai antara kita yang buat kesilapan ini, sama ada kita sedar ataupun tidak. Kita suruh anak ulang kaji tapi kita tak sediakan persekitaran yang tepat. Misalnya kita sibuk menonton tv atau melakukan aktiviti yang bising seperti bertukang.

Ads

Anak-anak perlukan sokongan kita sepenuhnya. Jangan hanya bagi kata-kata semangat tapi tunjukkan dengan perbuatan. Teman mereka ulang kaji, buatkan minuman dan bantu mereka memahami soalan latih tubi. Pesan juga pada anak-anak yang lain agar tidak bising. Sokongan seisi keluarga ini akan buat anak rasa dihargai dan dapat fokus dengan lebih baik.

4.    Jangan Bagi Anak Tidur Lewat

Dek kerana takut anak-anak lupa, ada juga mak ayah yang paksa anak belajar sehingga ke saat akhir. Sampai ke tengah malam, anak masih dipaksa belajar sedangkan esok dah exam. Perbuatan ini akan buat anak-anak panik, letih dan merosakkan mood anak-anak. Silap-silap anak boleh jatuh sakit. Sepatutnya kita galakkan anak tidur awal agar mereka dapat rehat dan tidur yang mencukupi, insya-Allah esoknya anak-anak bangun dengan tubuh dan minda yang segar.

5.    Umpan Hadiah/ Ganjaran

Manusia akan lebih bekerja keras jika mereka tahu ganjaran yang menanti. Begitulah juga anak-anak kita. Tanya apa hadiah yang mereka mahu. Katakan kepada anak-anak, jika mereka berjaya mendapat target yang disasarkan, mereka akan mendapat hadiah tersebut. Ganjaran ini menjadi motivasi kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, mereka sendiri yang akan mencabar diri mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

6.    Ambil Cuti

Sangat digalakkan untuk mak ayah mengambil cuti ketika anak-anak exam terutama pada hari pertama. Siapkan makanan kegemaran anak-anak sebagai sarapan sebelum mereka melangkah ke sekolah. Jika boleh hantar mereka ke sekolah, peluk anak-anak dan berikan kata-kata semangat.

Ads

7.    Doa & Solat Hajat

Selepas berusaha, kita kena tawakal kepada Allah. Berdoa dengan sepenuh hati agar anak kita berjaya dalam peperiksaan. Sebaik-baiknya ajak anak solat berjemaah dan berdoa agar anak dengar apa yang kita mohon kepada Allah untuk dirinya. Jangan lupa lakukan solat hajat.

Doa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan, Mak Ayah Kena Amalkan

Bila Anak Exam, Mak Ayah Janganlah Panik Tapi Bantu!

Al-Fatihah – 7 kali

Selawat – 7 kali

Ads

Subhanallah – 44 kali

Alhamdulillah – 44 kali

Allah Hu Akbar – 44 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum – 21 kali

Selepas selesai semua bacaan ini, ibu dan ayah mintalah doa kepada Allah. Sebutkan dengan jelas nama penuh anak dan keputusan peperiksaan anak yang kita mahukan. Insya-Allah usaha kita akan membuahkan kemanisan.

Penulis: Intan Rohaizat Zakariya via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI