Bila Anak Disahkan Influenza Ibunya Tak Panik, Pantau Sama Anak Lain

Pesan ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani, Influenza ini virus bermusim. Jadi, janganlah berasa terlalu risau mahupun panik. “Mungkin yang menyebabkan kematian itu ada penyakit lain yang memberi kesan yang sama.”

Sebab itulah, bila anaknya disahkan positif Influenza ketika berada di Jepun, dia rawat anaknya dengan tenang. Malah, ambil langkah berjaga-jaga pantau sama anak-anaknya yang lain. Supaya tak berjangkit.

Baca sini : Cara ibu ini jaga anak Influenza, hingga sembuh

Pengalaman menjaga anak yang alami Influenza ini dicatatkan kronologinya. Sebagai panduan untuk mak ayah yang lain, sekiranya berdepan situasi yang sama sepertinya.

Bila Maryam Positif Influenza A, Rawatan Susulan Hingga Sihat

Kronologi cerita bila Maryam Positive Influenza A dan rawatan susulan hingga sihat.

1. Malam lepas Isyak lebih kurang, nampak Maryam tak bermaya, mata sayup dan tak bersinar serta Maryam tak aktif macam biasa. Check suhu 39.4c, sedangkan pagi tu sihat ja pergi hoikuen dan lepas Maghrib elok aja mengaji dengan ummi.

2. Ke esokkan harinya cuti pergi hoikuen (tadika), call hoikuen bagitau Maryam cuti. Sensei hoikuen suruh berjaga-jaga takut demam Influenza sebab ada dah budak yang sama hoikuen kena infleunza juga dan sensei pesan kalau dah positive Influenza kena call balik hoikuen maklumkan.
– Next tunggu 12 jam baru pergi klinik sebab doktor kata kena tunggu sekurang-kurangnya 12 atau 24 jam baru senang nak kesan Influenza virus ni bila buat test tu.

3. Call clinic untuk set appointment dan bila sampai ditempatkan di bilik khas. Di situ sekali lagi ukur suhu dan jawab questionaire mengenai kondisi anak.

4. Masa ni ibu dan anak pakai mask.

IKLAN

5. Jumpa doktor lepas tu buat test masukkan cotton buds panjang kat hidung Maryam. Tunggu 10 minit dapat result positive Influenza A. Masa ni kesian kat Maryam sebab masa masukkan cotton buds tu menangis dia, sakit katanya. Dua nurse gak tolong pegang kepala dan tangan Maryam.

6. Kena timbang berat anak supaya dos ubat sesuai dengan berat badan nya.

Ibu Pantau Sama Anak Yang Lain

7. Doktor bagi ubat tamiflu jenis serbuk, ubat batuk dan selsema jenis syrup. Semua bekalan ubat untuk 5 hari. Ada juga ubat masuk bontot (suppository). Guna hanya bila suhu cecah 38.5c. Kalau suhu tak capai 38.5c jangan guna, dan penggunaan hanya boleh 2 kali sehari.

8. Dapat form doktor suruh catat suhu anak; pagi, tengah hari dan malam.

9. Kena datang balik jumpa doktor hari ke 6 untuk check balik kondisi Maryam serta untuk dapatkan surat pengesahan untuk pergi semula ke hoikuen.

10. Kuaratin seminggu tak keluar rumah.

IKLAN

11. Kena habiskan semua ubat yang diberi.

12. Ubat masuk bontot dan ubat batuk + selsema tu kena simpan dalam peti ais.

13. Ubat tamiflu tu kena bancuh sikit dengan air supaya anak senang nak minum, (bancuh dalam sudu ja).

14. Hari ke-7 dah boleh pergi hoikuen balik.

15. Next kena pantau anak-anak lain pula jika ada yang tanda-tanda. Demam Influenza ni berjangkit, sebab satu rumah kan, keberangkalian berjangkit tu sangat-sangat tinggi.

IKLAN

16. Kekalkan rutin bila masuk rumah pergi basuh tangan dulu dan kumur-kumur dalam mulut 2 kali.

Insya Allah virus Influenza ni virus bermusim, jangan panik atau terlalu risau sangat, maybe yang menyebabkan kematian tu ada penyakit lain yang memberi effect sama.

.

Jangan Panik, Jaga Kebersihan Dan Pakailah Mask

Di Jepun kalau kena Influenza tak perlu masuk wad, tapi kena kuaratin kat rumah. Namun kalau suhu tinggi berterusan kemungkinan perlu water drip (intravenous drip) beberapa jam dan kemudian boleh balik rumah dan terus kuaratin dan makan ubat sahaja.

Cuma Influenza ni virus nya memang akan menyerang sendi-sendi, mengakibatkan loya dan muntah serta demam dengan suhu yang tinggi dan membuatkan badan tak bermaya.

Pada kes Maryam suhu tinggi hanya dicatat pada hari pertama dan kedua sahaja, lepas tu suhu mula dah turun. Ini bermakna ubat tamiflu itu sangat berkesan untuk merawat virus Influenza ini.

Ros agak risau sebab Ros ada baby umur 3 bulan, Umar. Takut dia berjangkit sama, tapi Alhamdulillah setakat minggu ni Umar dan anak-anak yang lain masih sihat dan masih bersekolah seperti biasa. Namun setiap pagi Ros akan sukat suhu Wazhif, Anas dan Umar untuk pastikan mereka sihat.

Pada yang masih sihat, jaga kebersihan dan pakailah mask walaupun hanya batuk dan selsema. Jaga kesihatan sendiri dan pentingkan kesihatan orang lain juga.

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI