Bila Ada Rezeki, Impian Ziela Jalil Buatkan Mak Bilik Cantik Tak Kesampaian

Share

Masuk seminggu Allahyarham Fatimah Binti Othman, 70 ibu kesayangan pelakon Datuk Ziela Jalil dijemput Ilahi. Kenangan bersama arwah ibu sewaktu hayatnya, jadi ingatan terindah buat Ziela. Teringat akan hasrat hatinya mahu menyiapkan sebuah bilik cantik untuk arwah ibu yang tak kesampaian.

Kongsi Ziela, bilik arwah ibu yang diimpikan itu sepatutnya dilaksanakan pada 2018. Namun, waktu itu rezekinya belum ada. Bila mana ibunya keluar dari hospital sekitar November lalu, Datuk Ziela pun berhajat nak tunaikan apa yang belum terlaksana untuk ibunya.

Kebetulan ada rezeki lebih. Sayangnya, belum pun sempat nak buat, ibunya sudah pergi untuk selamanya pada 11 Disember lalu jam 1.15 pm.

Nak Buat Bilik Mak, Tapi Tak Kesampaian

@laureahomefurnishing 2018 sepatutnya nak buat bilik mak tapi rezeki belum ada, bila mak keluar dari hospital pada 26 November 2020 tu message saya pada Siti.

Saya hubungi Siti semula, nak buat bilik mak dengan duit yang dapat dari Filem Jebat. Tapi tak kesampaian. Saya cukup yakin mak berada di tempat paling cantik dalam taman-taman syurga Allah. Dalam limpahan Rahmat dan kasih sayang Allah sekarang ni, Aamiin Aamiin Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib.”

Ibu Ziela Jalil meninggal dunia, ‘Assalammualaikum nek.. semoha husnul khotimah buatmu’ – Dr Puteri Julia

MashaAllah.. Begitu Tertib, Penuh Kasih Sayang Jenazah Ibu Diurus

Ziela begitu terharu dengan rakan-rakan yang menyantuni perjalanan akhir arwah ibunya dengan baik. Begitu juga dengan sokongan dari keluarga dan sahabat handai yang sedikit sebanyak memberi kekuatan untuknya menghadapi ujian hebat ini.

Tq so much @jaydeesm @beritaharian and ziela nak mengambil kesempatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada aunty nab @datozainab, Dato @rozzanarahmat, Dato Ustaz Nor Mohammad, orang terawal yang saya call untuk minta tolong sehingga teratur dan sempurna perjalanan Ibu saya.

“Kakak-kakak dari Masjid Al Taqwa TTDI yang sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah Ibu saya. MashaAllah, begitu tertib dan penuh kasih sayang dan adab kesopanan cara mereka menguruskan jenazah Ibu saya.

Begitu juga mereka yang menyiapkan kubur tempat persemadian jasad Ibu saya, terima kasih. Alhamdulillah Yaa Rabb, Allah kirim kan hamba nya yang baik-baik untuk menolong saya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya, kaum keluarga saya, keluarga besan. Yang tak henti-henti memberi sokongan dan kekuatan buat saya dan keluarga during our difficult time.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung sepanjang pengurusan jenazah Ibu saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kalian, Aamiin… mohon maaf dari saya dan keluarga jika tertinggal sesiapa yg saya patut sebut kan… Terima kasih juga kepada Datin Seri @latifahhaddad atas semua gambar dan video sepanjang pengkebumian Ibu saya.”

Doa Datuk Ziela Untuk Arwah Ibunya

Allahu Akbar!

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un “We surely belong to Allah and to Him we shall return.” 

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.
“Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.
“Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.
“Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
“Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia

.”
Telah kembali ke Rahmatullah Ibu kesayangan Ku, Allahyarhama Fatimah Binti Othman.

Allahummagh firlaha warhamha wa’aafihi wa’fu anha.

Yaa Allah rezeki Mak dijemput Allah pada hari jumaat yang penuh Barakah, semoga berbahagia lah mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib… Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedih nya hati ini, Allah saja yang tau, doa ziela akan sentiasa bersama mak Allahyarhama Fatimah Binti Othman #11December2020 #harijumaatpenuhbarakah

Ibu Ziela meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman penerbit ini. Allahyarham menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Sebulan sebelum pemergiannya, arwah pernah diserang angin ahmar.

Arwah ibunya ini tinggal bersama-sama keluarga Ziela dan disifatkan anak perempuannya, Dr Puteri Julia, keduanya bagaikan sukar dipisahkan. “Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya.”

MW : Semoga roh Allahyarham Fatimah Binti Othman di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Ziela Jalil, Berita Harian

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer