Baru beberapa tahun berkahwin tapi sudah rasa ketidakserasian dalam rumah tangga dan akhirnya hubungan laki bini tetap tak bahagia. Ada sahaja benda yang jadi topik untuk anda berdua gaduhkan.
Lebih teruk lagi, masing-masing tidak mahu mengalah. Akhirnya, perang besar berlaku. Nak tahu punca percakaran itu, ini hal yang perlu diperhati. Bila dah tahu, selesaikanlah baik-baik dengan pasangan anda.
Sebelum kahwin tak fikir pun semua tu. Tapi bila sudah kahwin, mulalah pening kepala, mana nak bayar duit rumah, duit kereta, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Boleh bergaduh kalau bercakap fasal duit nie.
Solusi: Bahagikan siapa perlu bayang rumah, kereta, belanja dapur dan persekolahan anak serta bil-bil lain. Sebaiknya sediakan simpanan kecemasan dari poket suami mahupun isteri. Gunakan apabila perlu saja.
Bila ada masalah, bukannya ingin selesaikan sebaliknya diam seribu bahasa tanpa keputusan. Bila diam, lama-lama boleh meletup juga. Habislah hal yang kecil pun diungkit.
Solusi: Cari waktu untuk menyatakan apa yang anda rasai. Sama ada melalui WhatsApp atau nota-nota kecil di ruang kegemaran pasangan. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang anda rasai.
Susah sangat ker nak cerita pada pasangan. Kalau pasangan tak tanya, tak adalah dia nak bagitau. Sedangkan perkahwinan bukan sahaja berkongsi satu bantal dan satu katil tetapi meliputi perkongsian segala-galanya, Di situlah kita tahu kejujuran pasangan masing-masing.
Solusi: Pasangan yang berahsia pasti ada sejarah silam yang dia tidak mahu anda ketahui. Bimbang anda tergores hati jika tahu kebenaran. Jika dia masih berkeras tidak mahu beritahu, tenang-tenang saja, beri masa. Biarlah lama manapun suatu hari nanti bila dia sudah bersedia, dia akan beritahu. Belajarlah berlapang dada dengan pasangan anda.
Tak kira pangkat atau gaji siapa yang tinggi, semuanya adalah sama. Baik isteri atau suami, memang sudah diberi tanggungjawab masing-masing. Jangan mengongkong atau kontrol apa yang dilakukan oleh suami atau isteri. Mengongkong atau kontrol pun kena tengok pada gayanya.
Solusi: Pasangan yang suka mengawal ini sebenarnya dia ada habit atau keinginan mahu menguasai. Bak kata coach eHati, Diyana Tahir. Jika pasangan kita suka mengawal, berikan saja kuasa itu padanya. Biar dia take control baik soal keselamatan mahupun kewangan. Tapi biar apa pun ia perlulah berpada-pada.
Ini pun boleh jadi salah satu penyebab. Bila suami isteri jarang berjumpa, mulalah pasang yang lain. Kononnya untuk mengisi kekosongan. Sedangkan semua ini adalah bergantung pada hati dan perasaan.
Solusi: Perketatkan prinsip jujur, setia dan redha dalam perhubungan. Sekarang inikan kita dikelilingi gajet. Gunakannya sebagai pengerat kasih sayang. Bukan memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Jadi, janganlah cepat goyah dengan masalah-masalah ini. Semuanya boleh diselesaikan. Hanya kesabaran, komunikasi dan ikatan kasih sayang yang mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.