
Isi Kandungan
ToggleBertuahnya Yana Samsudin apabila anak sulungnya Aisy Mateen kini semakin bijak. Akui Yana dia mendidik anaknya itu dengan caranya yang tersendiri.
Berkongsi mengenai perkembangan pembelajaran anaknya itu, Yana akui dia mendedahkan Mateen mempelajari tiga bahasa sejak kecil lagi.
Aisy Mateen Pandai 3 Bahasa, Yana Samsudin Didik Anak Cara Sendiri
Pelakon yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga akui anaknya seorang yang menangkap dengan baik setiap pelajaran yang diajar.
“Mateen paling suka subjek matematik.
“Tapi Mateen lebih suka kira dalam Inggeris, dia cepat tangkap. Kalau Bahasa Melayu dia agak lambat sikit,” dedah Yana seperti yang dikongsi menerusi entri di akaun Instagram Aisy Mateen.
Baca Disini Juga:
DIY Diaper Pant Mateen Yang Terkoyak, Cara Yana Samsudin Elak Pembaziran
Yana Samsudin Selamat Lahirkan Baby Gaming, Tahniah Dapat Anak Perempuan!
Sejak Bayi Dedahkan Tiga Bahasa
Yana juga menyambung, sejak bayi lagi dia dan suami mendedahkan anaknya mempelajari tiga bahasa.
“Sebab masa bayi lagi dah dedahkan tiga bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

“Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat Bahasa Arab dan Jawi.
“Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya..
Mommy Bukan Nak Berlumba Dengan Kepandaian Mateen
“Ingat Mateen, mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian Mateen dengan anak-anak yang lain. Mommy nak Mateen pandai ikut potensi Mateen sahaja.
“Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti. #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi,” tulisnya.
Mateen Anak Bijak
Sumber/Sumber Foto: Instagram Aisy Mateen
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Kahwin Lantang Bersuara, Jadi Isteri Sweet Jaga Aib Diri & Suami Tak Melulu Kongsi Masalah Di Sosial Media

Isi Kandungan
ToggleSebelum kahwin lantang bersuara, lepas jadi isteri Sweet jaga aib diri dan suami. Pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2022 Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersama pelakon, Adam Lee akui dirinya kini makin matang.
Selepas mendirikan rumahtangga dan bergelar isteri dia lebih berhati-hati terutama apabila meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di media sosial.
Sebelum Kahwin Lantang Bersuara
Jika dahulu sebelum mendirikan rumahtangga, Sweet memberitahu dia begitu lantang berkongsi segala masalah di media sosial. Namun kini dirinya makin matang dan sangat bersyukur dikurniakan suami yang turut banyak memberi nasihat.
“Sebelum kahwin memang saya memang lantang bersuara dan suka berkongsi di sosial media. Nak tunjukkan perasaan tak puas hati pada orang di luar sana. Bila orang tanya saya akan cakap saya general saja nak beritahu pada public bukan ada apa-apa pun,” kongsi Sweet.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini begitu ceria. Malah sewaktu ditemubual terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.
Duduk Berbincang Dengan Suami Jika Punya Masalah
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka lebih suka berbincang jika punya masalah berbanding berkongsi di media sosial.
“Adam bukanlah seseorang yang suka tunjukkan semua di sosial media. Suami mengajar saya menjaga aib keluarga dan diri sendiri pada orang di luar sana. Pada saya less is more, Jika ada masa keluarga atau apa-apa masalah kenalah duduk berbincang dengan suami,” kongsi mereka.
Adam Ringan Tulang
Mengusik tentang kehidupan mereka sebagai suami isteri, Sweet menerangkan Adam seorang suami yang ringan tulang bila di rumah.
“Alhamdulillah dapat suami yang bekerjasama dan bantu saya buat kerja rumah. Memang Adam ringan tulang dan kami sama-sama akan buat kerja rumah. Saya sangat bersyukur. Kami memahami cara masing-masing dan kami tahu patut atau tidak lakukan selepas berkahwin,” ujar Sweet.
Bergandingan Bersama
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka bersyukur apabila digandingkan bersama dalam drama Cik Misi 123.
“Alhamdulillah kami digandingkan bersama dalam drama ini. Kami tak tolak rezeki jika kami digandingkan bersama dalam sebuah drama.
“Kami suka pekerjaan kami. Tak ada istilah berkepit sebab produser yang nak dan kami bersyukur bila digandingkan,” kongsi mereka.

Menarik: Sering Ditanya Tentang Hamil, Sweet Qismina Tetap Positif & Cool!
Menarik Lagi : Selamat Pengantin Baru Sweet Qismina & Adam Lee “Semoga Hubungan Kami Diberkati & Kekal Hingga Ke Syurga”
Mingguan Wanita : Alahai bersemutlah tengok kemesraan pasangan ini. Bijak dan seronok dengar mereka berdua berbicara tentang rumah tangga.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antara Barang Kemas Atau Gold Bar Untuk Simpanan, Mana Lebih Baik

Isi Kandungan
ToggleHarga emas ini ada turun naiknya. Macam sekarang ini, harganya sedang menurun. Sebaiknya, mak ayah boleh beli emas jadikan simpanan. Ada juga persoalanan antara barang kemas dan gold bar, mana satu lebih baik untuk simpanan?
BroOhsem, Akhtar Syamir yang begitu sinonim dengan info-info dan perkongsian emasnya, memberikan pandangan. Jadi, mak ayah bolehlah buat pilihan untuk beli yang mana satu pada harga emas mudah untuk dimiliki ketika ini.
Gold Bar Atau Barang Kemas, Masa Satu Patut Dibeli
Gold Bar atau Barang Kemas? Yang mana saya patut beli?
Ini soalan yang sering saya dapat.
Selalunya soalan begini saya akan balas dengan soalan pula.
Soalan pertama, nak beli emas untuk apa?
Jika untuk simpanan, kedua-duanya bagus. Beli emas tak pernah salah. Yang salah ialah ada duit tapi tak beli emas.
Jika untuk pelaburan, kedua-duanya juga bagus tetapi di dalam jangka masa yang panjang. Tidak semestinya 1 tahun. Kadang-kala 2 atau 3 tahun baru ada perbezaan. Sebagai contoh sekarang apabila harga emas kembali turun. Ini bermakna, jika anda beli emas pada beberapa bulan yang lalu, anda masih belum untung dari segi nilai duit.
Jika untuk perhiasan, orang yang senget sahaja akan pakai gold bar letak kat jari atau cuping telinga. Kalau nak buat loket mungkin tiada masalah, tapi macam takde erti. Jadi, untuk perhiasan terutamanya wanita, belilah barang kemas.
Tip penting mak-mak kena hadam sebelum beli gelang emas pandora.
Soalan kedua, adakah anda lelaki atau wanita?
Jika anda seorang lelaki, satu soalan susulan saya perlu tanya. Adakah anda ada isteri atau tiada?
Jika anda seorang suami, saya nasihatkan anda beli barang kemas. Bagi sahaja isteri pakai. Kenapa tidak beli gold bar? Kerana barang kemas boleh beri apa yang gold bar beri, tetapi gold bar tidak boleh beri apa yang barang kemas boleh beri pada isteri iaitu kegembiraan, rasa dihargai, rasa cantik, rasa yakin dan segala rasa yang membuatkan senyuman dia meleret.
Ini bagi saya satu nilai bonus yang anda dapat apabila anda membeli barang kemas. Selain dapat menyimpan, anda juga dapat tengok pelaburan anda tergantung-gantung di sebelah sewaktu keluar atau di dalam rumah.
Jika anda beli gold bar sahaja, bagi saya anda sangat rugi kerana anda terlepas peluang percuma untuk menggembirakan isteri. Gold bar akan disimpan di dalam album dan diletakkan di suatu sudut. Mungkin sebulan sekali anda belek dan rasa puas hati kerana berjaya ada simpanan emas.
Tetapi apabila membeli barang kemas, kesannya setiap masa, setiap hari dan setiap ketika. Bayangkan masa isteri hulur nasi pun anda nampak pelaburan dan simpanan anda. Berkilau-kilau nasik lauk singgang ikan dengan budu anda.
Hebatkan?
Takkan nak beli barang kemas je?
Berapa banyak nak beli, jari ada 5 je, leher ada 1, pergelangan tangan ada 2, cuping telinga ada 2, pergelangan kaki ada 2 je. Kalau semua dah penuh, nak pakai kat mana?
Tak perlu risau bab tu, pandailah si isteri sesuaikan nak pakai yang mana, di mana dan masa bila. Tak salah pun ada pelbagai jenis dan rekaan. Belikan je kotak simpan barang kemas dan tengok simpanan anda semakin lama semakin memenuhi kotak.
Namun, ada para isteri yang “saya tak suka pakai emas“. Manusia kan diciptakan berbeza-beza? Tak salah pun kalau tak suka pakai emas.
Kalau di kategori ini, selalunya orang sebegini tidak suka rekaan yang besar atau terlalu terperinci. Jadi, nasihat saya beli barang kemas yang padu. Selalunya rekaan yang padu ini sangat ringkas tetapi berat. Contohnya rantai Gajah atau Dunhill yang padu. Beli sahaja satu yang 50 gram ke atas. Tak perlu dah nak beli yang cincin 20 bentuk untuk sampai ke 50 gram.
Ada juga yang gatal-gatal bila pakai barang kemas atau risau nak pakai emas. Ini ada dua pilihan. Sama ada beli juga barang kemas dan simpan, hanya pakai sekali sekala atau beli sahaja gold bar. Selesai masalah.
Mengenai soalan tentang jantina tadi. Jika anda seorang wanita pula, ada juga satu soalan susulan. Minat pakai barang kemas atau tidak? Jika ya, belilah barang kemas semampu yang boleh. Jika tidak, belilah gold bar dan simpan. Nak simpan dua-dua pun tiada masalah.
Soalan seterusnya, adakah anda seorang isteri.
Jika ya, belilah barang kemas sebanyak yang boleh. Pakailah supaya anda sentiasa cantik, menarik dan gembira. Barang kemas juga boleh digunakan apabila keadaan memaksa.
Sama ada di masa yang memerlukan untuk membeli barang keperluan atau untuk membeli benda lain yang lebih penting.
Ingatlah, emas sangat berguna dan sangat mudah dicairkan tak kira barang kemas atau gold bar.

Dah Pakai Emas, Bayarlah Zakat
Kemudian kita masuk pula bab Zakat Emas. Zakat Emas wajib dibayar apabila sudah sampai kadar uruf yang ditetapkan mengikut negeri. Ada dua kategori iaitu,
emas perhiasan (yang dipakai) dan,
emas bukan perhiasan (yang disimpan atau tidak dipakai).
Kadar uruf emas bukan perhiasan untuk seluruh negeri dalam Malaysia ialah 85 gram. Gold bar secara automatiknya masuk di dalam kategori emas bukan perhiasan. Jadi, jika anda ada gold bar seberat 100g, kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab 2.5%. Dapatlah amaun zakat emas bukan perhiasan yang anda wajib bayar.
Untuk kadar uruf emas perhiasan pula berbeza mengikut negeri. Jika anda tanya mengapa, ini ada kena mengena dengan maksud uruf itu sendiri iaitu “adat kebiasaan”. Mungkin ada negeri-negeri yang sangat sinonim dengan emas, jadi kadar urufnya lebih tinggi berbanding negeri yang lain.

Untuk negeri Selangor contohnya, kadar uruf emas perhiasan ialah 800 gram. Jadi, apa yang lebih dari 800 gram itulah yang wajib dibayar zakatnya. Sebagai contoh emas perhiasan anda ada 900 gram, jadi 900 – 800 akan jadi 100 gram. Kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab dengan 2.5%. Dapatlah nilai zakat emas perhiasan yang wajib dibayar.
Senarai uruf mengikut negeri
Mudah bukan? Di sini saya senaraikan kadar uruf mengikut negeri. Ada kebarangkalian kadar ini ada pindaan, sila dapatkan kepastikan di pusat zakat negeri anda.
Selangor, Kuala Lumpur = 800g
Johor, Terengganu = 850g
Perak, Pahang = 500g
Negeri Sembilan = 200g
Melaka = 180g
Kedah = 170g
Pulau Pinang = 165g
Sabah = 152g
Sarawak = 90g
Perlis = 85g
Kelantan = Tiada uruf
Nak Simpan Mana Satu
Kemudian masuk bahagian kepelbagaian. Dari segi mudah untuk menyimpan dan kepelbagaian pemakaian. Jika untuk perhiasan memang barang kemas paling mudah dipelbagaikan. Untuk kepelbagaian cara menyimpan, kedua-duanya mudah.
Untuk gold bar, boleh sahaja beli yang 1 gram. Harganya pun ikut harga semasa. Untuk barang kemas, ada sahaja cincin, subang atau charm yang beratnya kurang dari 1 gram.
Ada juga skim simpanan emas dari bank ternama yang boleh tambah ikut kemampuan dan anda tak perlu pegang emas pun. Ini pun boleh beli bawah 1 gram.
Jadi, yang mana satu patut beli?
Tepuk dada tanya selera. Kedua-duanya tak salah jika anda mampu. Namun, saya secara peribadi lebih berminat untuk membeli barang kemas berbanding gold bar buat masa ini kerana ia memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat isteri saya di samping dapat buat simpanan.
Yang penting, beli dan simpan emas. Bagus untuk simpanan, baik untuk pelaburan dan salah satu medium yang menggembirakan.
Seperti yang saya kata sebelum ini. Beli emas tak salah, yang salah adalah apabila ada duit tapi tak beli emas.
1 tip untuk kumpul barang kemas dengan nilai yang kecil. Beli cincin. Belilah banyak-banyak bentuk pun. Asalkan cincin emas dan beli di kedai yang tiada upah seperti
Gull Jewellery, Wangsa Maju dan GULL Jewellery, SHAH ALAM
Semoga dapat membantu anda membuat keputusan. Kongsikan penulisan ini jika anda rasa ianya bermanfaat.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ampunkan Saya Jika Sakitkan Hati Kamu..” Papa Fattah Anas Dipercayai Kena Buatan Orang

Isi Kandungan
ToggleJika masih ingat dengan adik Fattah Anas,4 yang video spontan keletah comelnya dulu VIRAL duduk dalam sangkar kucing. Menjadi selebriti media sosial yang telah mencecah 1.2 juta followers di Instagram, populariti si cilik yang lebih dikenali sebagai Anas bagaimanapun dicemburui segelintir pihak. Termasuk ada juga yang mengkritik ayahnya mengambil kesempatan ke atas anaknya.Terkini dikhabarkan ayah Anas, Mohamad Firdaus sedang menanggung sakit dipercayai akibat terkena buatan orang.
Perkara tersebut dikongsikan di Instagram fattahanas_boyyeah sendiri beserta kapsyen serta beberapa keping gambar jarum karat beserta darah.
Berikut perkongsian tersebut;
Allah Maha Kuasa..Demi Allah, yang baik-baik hanya untuk Dia. Yang hina tu saya.Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu.. penat aku tanggung, penat aku bawa.
Tutup penat ni dengan senyuman untuk orang lain. HINAnya lagi. Ye takpe memang hina. Saya terima. Macam-macam dah kena, sakit.. memang sakit.
Habis? banyak dah habis..habis daaa. Jadi cukup lah tu. Mohon, merayu demi ANAS DAN ANEESA.
Kesian Anas , Kesian Aneesa.
Depa kena tempias tu.. depa nampak tempias ni. Kesiankanlah kat depa.
Ni kite rehat pejam mata, jap lagi bukak mate, kita senyum macam biasa.
Anas Sedar Perubahan
Sementara itu, di dalam posting lain, Mohamad Firdaus juga memberitahu bahawa Anas sedar perubahan yang berlaku setelah dirinya di sihir.
Sedar tak sedar sebenarnya dia macam paham perubahan yang ketara berlaku.Dia nampak mak ayah dia bergaduh teruk. Dia nampak ayah dia sentiasa nak sibukkan diri sebab nak sorang sorang. Dia nampak ayah dia jadi panas baran. Dia nampak macam macam. sampai pernah dia mengadu , nampak kelibat ‘hantu’.
Kalau ingat, ade video yang dia cerita dia mimpi ular hitam.
Tapi kami gitu-gitu je. Tak terpikir akan ada manusia yang sanggup buat perkara syirik walaupun macam-macam tanda Allah tunjuk kebesaran Dia.
Tapi takpe. Sakit yang ayah budak ni kena, dia pun tak pikir selama ni. Tak layan pun sebab banyak lagi hal lain yang positif nak kena pikir. Bukan tak sakit..sakit. Bukan tak terseksa, seksa. Ntah lah..
yang tahu jer tahu.
Pergi berubat sane sini duk main kot kot kot jer dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, semalam pergi nak check mak, skali scan semua yang lain tak de ape, eh ayahnya kena.
Takpe.. tak de hal. Memang awak dah berjaya dah. Memang jatuh teruk dan nak rebuild balik semuanya memang makan masa dalam keadaan aku ni lembik. Adoi la.. Nak tak nak, dah kena baring macam orang sakit.Itu pun bangun lagi buat itu buat ini.
Takpelah.. saya REDHA, tapi please.. cukup lah tu.Bagilah peluang saya jaga anak saya sampai besar, sampai buat dia BERJAYA. Please..
Rezeki milik Allah. Dulu saya doa, saya dapat.Saya doakan semua kita yang ada masalah termasuk lah dari saya sendiri untuk dipermudahkan segala urusan di dunia, dilimpahkan dengan rezeki yang banyak.

Amin.. InshaAllah.
Baca Lagi Di Sini:
Ikhtiar Minyak Bawang Putih-Lada Hitam, Buang ‘Gangguan’ Angin Dalam Badan
MW: Jika betul semoga terbuka hati orang yang hantar untuk insaf dan memaafkan ayah adik Anas atas apa juga perbuatannya yang mengguris hati. Maafkanlah dia. Semoga keluarga adik Anas akan terus tabah dan kuat dan ayahnya kembali sihat dan sembuh.
Sumber: Muhammad Fattah Anaz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI