Sewaktu berpantang lazimnya wanita akan melakukan pelbagai amalan dan rawatan pemulihan sepanjang tempoh ini seperti berurut, berpilis, memakai param, bertungku, mandi herba dan tidak terkecuali BERBENGKUNG. Banyak manfaat yang diperolehi hasil berbengkung ni, lebih-lebih lagi dalam mengembalikan semula bentuk badan yang diidamkan seperti sebelum mengandung dan mengelakkan perut gelebeh mahupun buncit!
Perkongsian oleh Kak Engku Bidan Bersalin ini mengenai kelebihan amalan berbengkung wajar diambil perhatian oleh mak-mak yang lepas bersalin. Sebagai wanita,jangan sesekali rasa malas mahupun rimas nak berbengkung selepas bersalin.
Berikut antara perkara yang dikongsikan oleh beliau;
Iya Betul, bukan Kak Engku Je kata, malah ramai yang menyokong amalan berbengkung ni. Meh Kak Engku kongsikan sedikit pasal berbengkung ni. Nak info lebih detail, pi singgah blog ataupun pages Kak Engku iya.
Ibu dalam pantang bersalin perlu mempraktikkan rawatan berbengkung. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin. Lagi cepat lagi bagus, supaya perut tak masuk angin. Kalau perut masuk angin, memang tak sedap badan dibuatnya Huhuhu.
Mula-mula sapu Minyak Urut Herba, Krim ataupun Losyen Panas di bahagian perut. Kemudian, alaskan perut dengan Kain. So taklah kesan minyak atau krim tu melekat atau terkena pada bengkung. Jadi, takyah lah kita nak kena basuh bengkung tu selalu.
Pakai ikut keselesaan diri. Lagi lama kita pakai lagi bagus. Lagi cepat nampak hasil kebaikkan berbengkung tersebut.
Tujuan Berbengkung adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik.
Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, mama akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau berasa tidak selesa dalam perut.iaitu ketegangan pada bahagian Pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.
Tanpa amalan ini, ibu-ibu bersalin mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul. Ia juga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit.Lazimnya penyakit tersebut tidak habis pada waktu tu sahaja tetapi akan berulang kembali kemudian hari.
Amalan tidak berbengkung ini akan mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan celahan paha.
Tu yang ramai ibu-ibu mengadu bisa-bisa pada badan walapun sudah lama habis berpantang. Puncanya, sebab tak suka berbengkung.
So, Kak Engku nak kasi nasihat sikit.
“Rajin-rajinkan lah diri untuk berbengkung. Ingat tau! Badan ni nak pakai lama tau” Hihihi.
Ok Selamat Berbengkung. Cai Yuk Cai Yuk.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Kak Engku Bidan Bersalin