Biasakan Anak Kita Dengan 4 Makanan Tinggi PROBIOTIK Ini, Banyak Manfaatnya

Share

Sebagai mak ayah menjadi tanggungjawab kita memberikan makanan yang terbaik untuk kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Biasakan mereka dengan makanan yang tinggi dengan probiotik seperti budu, tempe yogurt dan cencalok. Makanan ini boleh meningkatkan IQ, menguatkan sistem imun sekaligus mampu menyihatkan usus anak.

Berikut perkongsian Dr Taufik Razif sebagai panduan buat mak ayah untuk memberikan makanan terbaik untuk anak-anak.

Tak perlu makanan yang mahal-mahal pun untuk tingkatkan IQ, kuatkan sistem imun dan sihatkan usus anak kita.

Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:

1. Budu
2. Yogurt asli tanpa perisa
3. Tempe
4. Cencalok

Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ni adalah ‘kuman baik’. Dalam tubuh anak kita ada ‘kuman jahat’ dan ‘kuman baik’. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni.
Antaranya :

– Mengurangkan cirit birit anak
– Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
– Menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
– Menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak

Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya.

p/s : Banyak lagi saya kongsi teknik menjaga anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah, biasakan lah anak-anak dengan makanan yang tinggi probiotik seperti ini. Masukkan sebagai salah satu rutin dalam makanan seharian, semoga anak-anak mendapat segala manfaat kebaikan daripada makanan tersebut.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Published by
Suhaidah Abd Wahab