Sumber / Sumber Foto: Facebook Imam Muda Hassan & Foto Hiasan Canva

Ada suami yang mengimpikan isteri persis ratu cantik namun sebenarnya keikhlasan seseorang itu bukanlah bersandarkan pada paras rupa.Hargailah jodoh yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa dan semailah ia agar bahtera perkahwinan kekal di dunia hingga akhirat.

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik 

Dalam melayari bahtera rumahtangga sikap toleransi antara pasangan sangatlah diperlukan. Malah kebahagiaan itu sebenarnya datangnya dari Allah melalui pasangan kita. Suami dan isteri saling melengkapi dan mereka yang perlu mencorak dan mewarnainya.

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik, Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami
Foto: Canva

Bahagia Datang Daripada Allah, Hargailah Isteri

“Bahagia datang daripada Allah, dan ianya ‘melalui’ pasangan kita. Bahagia bukan datang directly daripada pasangan kita,” begitulah ungkapan daripada perkongsian pendakwah, Imam Muda Hassan menerusi laman sosial Facebook.

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik, Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami
Imam Muda Hassan

Malah pendakwah ini juga menerangkan isteri yang cantik bukanlah ukuran kepada kebahagiaan. Paling penting dalam rumah tangga kebahagiaan merupakan kunci utama.

“Banyak yang tidak capai maksud bahagia kerana mengharapkan bahagia datang daripada pasangan kita, sedangkan suami atau isteri hanyalah sekadar makhluk yang dikurniakan hati, namun ianya tetaplah milik Pencipta Rabb Al Jalil.

“Ada suami yang terigau-igau mahukan pasangan persis seperti ratu cantik dunia, suami sanggup buat apa sahaja untuk mencantikkan isterinya.

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik, Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami
Foto: Canva

“Namun akhirnya memang sungguh isterinya ramping bagaikan semut, putih melepak, sehingga menarik perhatian lelaki lain melihat isterinya. Akhirnya masih tidak beroleh kebahagiaan, kerana isterinya curang terhadap suaminya.

“Ada isteri yang terlalu menjaga keterampilan diri, sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan tubuh badan dan rupa yang cantik. Ia suatu kepuasan bagi dirinya.

“Namun dibiarkan suami terabai, masa untuk suaminya pun tiada kerana asyik berzumba, akhirnya suami mula curang terhadap isterinya sehingga membawa kepada keretakan rumahtangga.

IKLAN

Betulkan Niat

“Apalah yang dicari? Kecantikan atau kebahagiaan? Kalau boleh kita nak kedua-duanya, biarlah cantik dan bahagia.

“Kedua-duanya boleh diperoleh bilamana niatnya betul. Niat berhias untuk suami, bukan untuk dipertontonkan pada lelaki lain.

“Nak sihat supaya dapat bahagia sama-sama hidup dengan suami dan keluarga, bukan untuk kepentingan diri semata-mata.

“Biarlah isteri tak solid macam ratu cantik, asalkan isteri sihat dan dapat membahagiakan hati suami, itu lebih bermakna,” tulis Imam Muda Hassan.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Disebalik Kejayaan Fedtri Yahya “Isteri, Anak-Anak Tercinta Sentiasa Menjadi Sumber Kekuatan, Inspirasi”

Hijrah Betty “Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu, Isteri Dengan Baik, Tapi Ada Tak Cukup Iaitu Aurat”

Pesanan Buat Wanita, JAUHI Sikap Ini Sebab Dikatakan Tak Layak Dijadikan ISTERI

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik, Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami
Foto: Canva

Tip Beroleh Kebahagiaan

Imam Muda Hassan turut berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga.

Insya Allah suami atau isteri akan beroleh kebahagiaan bila mana:

IKLAN

1. Tahu dan sedar bahawa Allah SWT adalah sumber kebahagiaan.
2. Niat yang betul dalam amalan seharian.
3. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang wajib.
4. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
5. Menjalankan amanah sebagai suami atau isteri dengan baik.

Sumber / Sumber Foto: Facebook Imam Muda Hassan & Canva

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI