Biarkan Tandas Dalam Bilik Tidur TERBUKA, Punca Hubungan Suami Isteri Tak Tenang

Share

Perasan tak? Tiap kali waktu maghrib, mesti mak ayah pesan supaya tutup pintu. Begitu juga dengan bilik air, kena sentiasa tutup. Kata orang tua-tua, tak elok biarkan pintu bilik air terbuka sebabnya tempat itulah berkumpulnya syaitan dan jin.

Jangan terkejut, kadang-kadang bila berlaku satu-satu pergaduhan atau pertengkaran dalam rumah, baik anak-anak mahu pun suami isteri, kena tengok balik apa yang tak kena dalam rumah.

Mungkin salah satunya sebab pintu tandas bilik air sentiasa terbuka. Kadang-kadang bila fikir, betul jugak, syaitan dan jin keluar dan menghasut sehingga boleh jadi tak tenang dalam rumah.

Jadi, pasangan suami isteri kena tengok sebab apa kehidupan keluarga tidak tenang dan mungkin salah satunya kerana pintu bilik air dibiarkan terbuka. Perkongsian daripada Ana Mahabu ada benarnya.

Bilik Terbuka – Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur

Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.

Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.

*Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*

Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jika 5 Ciri Ini Ada Dalam Rumahtangga Kena Hati-Hati, Ia Petanda Hubungan Suami Isteri Dalam Fasa Bahaya

Suami Isteri Yang Suka MERAJUK, Sebenarnya Jadikan Hubungan Bertambah Romantik

Info Lebih Menarik DI SINI

 

TUTUP PINTU TU CEPAT

Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.

Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”

Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”

Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.

Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

*1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”*
(HR. Bukhori 5624).
*2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah SWT.*

Tandas Patuh Syariah

Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumah tangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Tempoh hari saya sempat bertanya orang bijak pandai masa untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “saya nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”

Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.

“Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab saya rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat”.

“Boleh. Kena kreatif sikitlah. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”

Seronok rasanya bila ada bagi idea.

Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.

MW: Orang tua dulu-dulu cukup pantang bila time maghrib pintu rumah masih terbuka. Sekarang, baru tahu sebabnya kan!

Kredit : Ana Mahabu

Published by
Nora