Biarkan Berbuih Macam Panadol, Hasilnya Periuk Dan Kuali Berkerak Terus Cuci Bersih

Share

Ada lagi ke mak-mak yang gigih sental periuk dan kuali berkerak dengan berus tertentu? Tambah pula kalau masak dan tetiba terlupa, akhirnya masakan hangit sampai periuk dan kuali hitam.

Alahaaiii… kenapa nak buang masa kalau cara yang lebih mudah macam Puan Rusmida Rusdi

ini cukup membantu untuk buat kerja dapur lebih laju!

Oh Periuk Berkerak

Senang aishhh nak hilang. Tak payah sental sakit tangan. Takyah biar semalaman.

Bahan Yang Perlu:

❤️Cuka Letak agak kena
❤️Soda bikarbonat 2 sudu

1. Biarkan dia berbuih macam panadol soluble.
2. Goncang-goncang sikit.
3. Cuci macam biasa.

Tip ni kasi kilat kan juga kuali berkerak di rumah, jadi kenapa tak nak cuba? Ada yang terus buang tapi kalau tahu caranya periuk dan kuali itu boleh jadi macam baru balik tau. Moga kerja mak-mak jadi lebih mudah dan jimat masa!

Published by
Nadia