Biar Topik Remeh Sekalipun, Suami Kena Jadi Pendengar Yang Baik

Share

Dalam kebanyakan rumah tangga, kaum mak-mak memang mendambakan seorang pendengar yang baik. Setiap hari, cukup banyak cerita kaum isteri yang dia nak kongsi dengan suami.

Buka hanya soal anak-anak, tetapi macam-macam. Dan itu salah satu cara mak-mak hilangkan penatnya seharian. Maka, janganlah malas sangat nak melayan kaum isteri meluah.

Seperti yang Puan Nieza Termizi kongsikan kali ini, isteri memerlukan pendengar yang baik walau suami buat-buat dengar.

Jadilah Pendengar Yang Baik

Suatu waktu dulu, saya pernah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Dalam kesibukan hari-hari yang berlalu, waktu yg paling saya nanti-nantikan adalah kepulangan suami ke rumah dari tempat kerja.

Banyak topik yang saya akan bualkan. Dari cerita tentang perkembangan, perangai dan pencapaian anak sepanjang ketiadaannya (anak masih kecil masa tu), berkongsi berita yang saya dengar dan baca dari TV dan internet, bercerita tentang aktiviti seharian, maklumat baru yang dapat dr program TV, sampailah kepada gossip artis Jepun.

Dia hanya sekadar dengar, angguk dan respon sekali-sekala sahaja.

Ya begitulah..

Hakikatnya dalam rumahtangga kita perlu teman berbicara. Biar topik itu remeh sekalipun. Yang penting KOMUNIKASI. Memang benar ada suami yang tak minat nak berbual. Alasannya penat baru balik kerja. Nak berehat, nak tenangkan fikiran, nak tidur, nak main game dan nak ‘me time’.

Ketahuilah, isteri yang menghabiskan hampir kebanyakkan masa di rumah ada TERLALU banyak cerita yang mahu dikongsi bersama. Kadangkala bukan kerana ada banyak hal, tetapi kerana seharian tiada teman berbicara. Saya pernah ‘duduk’ dalam keadaan itu.

Biarlah Rumah Tangga Meriah Dengan Cerita Isteri

Jangan jadikan kebisuan mengisi ruang dalam rumahtangga kita. Jadilah pendengar yang baik. Isteri cerita kisah anak bukan kerana mahu mengadu anak nakal dan buat perangai. Isteri cerita tentang berita dunia bukan kerana dia nak jadi informer. Isteri sembang pasal artis bukan sebab nak jadi kaki gossip. Tapi, hanya nakkan seseorang pendengar yang dapat mendengarkannya.

Hebatkan Allah ciptakan lelaki dan perempuan

Seorang suka bercakap.
Seorang lagi suka mendengar.

Tapi kalau salah satunya tak ada kecenderungan ini, mungkin kita perlu perbaiki lagi hubungan kita.

Terima kasih kerana jadi pendengar yang baik.

Published by
Nadia