Dalam kemeriahan orang ramai sibuk membuat persiapan Hari Raya, aktres dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, memanfaatkan rezeki yang Allah beri dengan membantu sebuah keluarga yang ditemuinya secara tidak sengaja di hadapan Maybank, di Taman Melawati baru-baru ini.

“Biar Saya Yang Beli Kuih Raya Mereka” – Anzalna Kongsi Rezeki, Terkejut RM10 Ribu Berjaya Dikumpul Hasil Sumbangan Orang Ramai!

Keluarga tersebut, ditemani anak kecil, sedang gigih menjual kuih raya demi mencari rezeki untuk menjaga ibu yang sakit.

Terpanggil dengan kesungguhan mereka, Anzalna yang juga merupakan duta jenama Jakel mengambil langkah spontan namun penuh makna — membawa mereka membeli baju raya di Jakel.

“Biar Saya Yang Beli Kuih Raya Mereka” – Anzalna Kongsi Rezeki, Terkejut RM10 Ribu Berjaya Dikumpul Hasil Sumbangan Orang Ramai!

“Alhamdulillah, diberi rezeki untuk berkongsi dengan mereka. Terima kasih Encik Shah, Kak Rani dan Abang Aziz kerana bantu kami sepanjang sesi membeli-belah,” tulis Anzalna di Instagram miliknya.

Ads

Namun kisah ini tidak berhenti di situ. Selepas selesai membeli-belah, keluarga ini masih mahu menyambung berniaga di lokasi sama. Tapi Anzalna menasihatkan agar mereka berehat, memandangkan waktu hampir Maghrib.

“Saya cakap, biar saya yang beli semua kuih mereka. Saya ajak mereka balik ke rumah sementara tunggu suami datang jemput,” kongsi Anzalna lagi.

Sungguhpun dijemput duduk di sofa rumahnya, si ibu enggan — terlalu segan katanya. Dalam video dikongsikan Anzalna, kelihatan kedua-dua puteranya, Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan dilihat tidak kekok melayan tetamu ibunya itu.

“Biar Saya Yang Beli Kuih Raya Mereka” – Anzalna Kongsi Rezeki, Terkejut RM10 Ribu Berjaya Dikumpul Hasil Sumbangan Orang Ramai!

Namun ibu kepada dua cahayamata ini agak terkilan kerana meskipun juadah berbuka telah terhidang, keluarga ini terpaksa pulang sebelum sempat menjamah hidangan bersama.  Anzalna membungkuskan makanan untuk mereka bawa pulang.

Ads

Tolak Tawaran Di Hantar Pulang

Lebih menyentuh hati, walau sudah diberikan barang-barang raya dalam beg besar, si ibu menolak tawaran Anzalna untuk menghantar mereka pulang dengan kereta atau menggunakan perkhidmatan Grab.

“Saya risau tengok mereka bawa anak-anak kecil dan beg penuh barang naik motor. Saya cuba pujuk, tapi dia tetap menolak. Katanya dah biasa,” luah Anzalna dengan nada sebak.

Akhirnya, setelah mereka selamat sampai di rumah, Anzalna tidak dapat menahan air mata.

“Menangis saya masuk rumah. Kecewa tak dapat bantu lebih daripada itu. Tapi saya dah cuba sebaik mungkin,” tulisnya sambil menitipkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan insan berhati mulia seperti mereka.

Ads

“Biar Saya Yang Beli Kuih Raya Mereka” – Anzalna Kongsi Rezeki, Terkejut RM10 Ribu Berjaya Dikumpul Hasil Sumbangan Orang Ramai!

Satu tindakan kecil namun besar maknanya, keikhlasan yang menjadi inspirasi buat ramai. Untuk rekod, pasangan suami isteri ini sering menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan dan berkongsi rezeki sebagai salah satu amalan dan contoh tauladan yang baik untuk kedua putera mereka.

Semoga keprihatinan Anzalna menjadi asbab kebaikan berpanjangan untuk kita semua.

PENANGAN ANZALNA, RM10 RIBU BERJAYA DIKUMPUL!

Dalam masa yang sama Anzalna berkongsi paparan WhatsApp bersama wanita tersebut yang menyatakan bahawa sumbangan orang ramai mencecah RM10 ribu dalam jangka masa yang singkat.

“Biar Saya Yang Beli Kuih Raya Mereka” – Anzalna Kongsi Rezeki, Terkejut RM10 Ribu Berjaya Dikumpul Hasil Sumbangan Orang Ramai!

“Älhamdulilah, syukur ya Allah. Rezeki dia kak,”ujar Anzalna ketika dihubungi Mingguan Wanita.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI