Biar RUMAH BERSEPAH SEKETIKA, Mak-Mak Kena Tahu ANAK PUN STRES

Share

Biarkan rumah bersepah seketika, mak-mak kena tahu anak pun stres macam kita. Mereka pun dah mati kutu dok berkurung dalam rumah.

Rumah bersepah bak tongkang pecah memang buat mak-mak bertukar jadi singa. Tak dinafikan, semua mak-mak nak rumah kemas dan bersih. Tapi ada kalanya mak-mak kena sporting, nak-nak time PKP ni.

Jadi, nasihat saya mak-mak jangan jadi kuku besi sangat. Beri ruang untuk anak-anak berkarya. Menyepahkan rumah umpama terapi stres bukan je untuk anak-anak tapi suami juga. Suami dan anak-anak kita memang sepakat bab sepahkan rumah. Kita redha je lah ye demi keharmonian rumah tangga.

Jangan SEMPURNA SANGAT Sampai Rumah Tak Boleh Bersepah

Isu mak-mak stres uruskan anak-anak di rumah mencuri perhatian Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani. Beliau mengatakan mak-mak yang ada anak kecil, jangan fikirkan kesempurnaan.

“Kesempurnaan itu memang baik tapi menjadi terlalu sempurna kadang kala punca tekanan pada diri sendiri dan ahli keluarga. Normal lah rumah bersepah seketika, biarkan anak-anak bermain selagi mereka tidak membahayakan diri.

“Bagi mak-mak yang bekerja dari rumah, pastikan anak-anak sentiasa sibuk dengan aktiviti mereka. Mak ayah rancang pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak supaya mereka tak ganggu kita bekerja. Contohnya mak ayah boleh membuat doh tepung untuk anak-anak bermain,”ujar beliau yang merupakan kakitangan akademik di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Baca sini

https://www.facebook.com/haliznum.rohani

https://www.mingguanwanita.my/anak-dah-lama-berkorban-kita-je-tak-sedar/

https://www.mingguanwanita.my/kerana-mulut-mak-ayah-anak-boleh-rosak/

Ajar Anak BERDIKARI

Tempoh PKP ni sangat sesuai ajar anak berdikari. Didik mereka sama-sama bantu buat kerja rumah mengikut kesesuaian umur. Misalnya untuk anak kecil berusia 4 tahun, ajar mereka kemas barang mainan.

“Anak yang berusia 7 tahun sudah boleh diajar melakukan kerja rumah yang lebih berat. Misalnya menyapu sampah dan menyidai pakaian. Walau sibuk dengan kerja, jangan abaikan pelajaran anak. Bergilir dengan suami mengajar anak melakukan kerja sekolah,”katanya.

Ajar anak berdikari untuk kurangkan kebergantungan mereka pada mak ayah.

Masak MENU SIMPLE Buat Stok Makanan

Mak-mak pun kenalah ada strategi nak urus anak-anak masa PKP. Bangun awal pagi, siapkan juadah simple untuk sarapan dan makan tengahari. Letakkan di atas meja dan sediakan pinggan mangkuk atau sudu sekali. Jadi mudah untuk anak-anak layan diri semasa kita menyiapkan tugasan.

Anak yang sudah besar boleh diajar menyediakan makanan simple sendiri seperti roti bakar atau roti bersama jem. Menu simple lain yang boleh dijadikan sarapan dan snek seperti bijirin dan susu. Cara ini dapat mengurangkan kebergantungan anak-anak pada kita. Anak-anak pun jadi lebih berdikari.

Pada sebelah malam, mak-mak boleh masak menu simple untuk dibuat stok. Misalnya kuah spageti. Simpan di dalam peti ais dalam bekas berasingan.  Jadi mudah nak panaskan makanan ini bila anak-anak lapar. Masa pun dapat dijimatkan.

Jadi kepada mak-mak, jangan stres. Setiap masalah ada penyelesaian. Selalulah didik diri melihat sesuatu dari sudut positif. Fikir yang baik-baik, itu doa untuk kita. Semoga dipermudah urusan semua.

Bebel sebab sayang.Bebel sebab amanah. Sayang semua.

Published by
intan rohaizat