Wanita ini, Siti Suryani Yaakop belajar sesuatu dari adik yang bekerja di kedai menjual Corndog. Biarpun gaji tak ribu riban, tetap wajahnya ceria melayan pelanggan.
Malah, ingatannya terkenang pula pekerja pembersih yang pernah ditemui. Setiap hari bekerja dengan penuh keseronokan. Malah, perasaan gembira itu terpancar pada lantai tandas yang sentiasa bersih memukau pandangan.
Ternyata, setiap orang bila sampai bab pekerjaan, perlunya ada prinsip bahagia yang menjadi pegangan masing-masing.
Tadi pergi beli corndog. Aku tak tau kenapa nama dia seram macam tu. Tapi serius, makanan tu halal. Boleh sentuh. Dan boleh makan.
Lepas dah order tu, adik tu kata, “Kereta akak yang mana
?”.Aku tunjuk la kereta aku dekat gerai depan sikit tu. Dia kata, “Takpa, akak boleh tunggu dalam kereta. Nanti saya hantar.”
Tak tau la dalam berapa lama aku tunggu bila sedar-sedar ada orang ketuk cermin tingkap tu.
“Maaf kak sebab menunggu. Ni corndog akak.”
Wow! Macam kagum benar rasa hati aku. Aku beli cordog je. Harga dia RM 3.50 sen je pun. Tapi bukan biasa-biasa layanan budak ni. Siap minta maaf. Padahal aku tunggu dalam kereta. Ada aircond. Bukan kena berdiri dekat kedai dia.
Adik ni mengingatkan aku pada bibik ofis aku. Kadang aku yang naik letih tengok dia menyapu. Entah berapa kali. Cuci tandas pun gitu. Padahal yang membuang dalam tu kami 10 orang ni je. Lantai toilet ofis aku boleh buat tempat baring dia punya bersih.
Ada dia tunjuk kat aku pewangi dia buat sendiri. Campur Softlan dengan air. Modal sendiri. Belum kira beli pewangi yang jenis letak dekat lantai tu lagi. Bau lemon. Tu pun guna duit sendiri.
Takda la kata kalau buat gitu dapat bonus. Markah lebih. Boss puji. Takda. Tapi bila aku tanya kenapa sanggup berhabis dan tak penat bersihkan ofis aku, katanya “Iya, saya suka kerja bersih-bersih ni puan.”
Aku kira begitu adik kedai corndog tu juga. Dia suka dengan kerja dia. Dia bahagia. Biar gaji tak ribu riban pun. Biar tak kerja dalam tempat hawa dingin pun. Biar tidaknya kalau hantar corndog tu esok tauke terus wasiat gerai tu kat dia pun.
Dia buat sebab dia suka.
Aku belajar sesuatu dari depa. Kerja ni kita kena suka. Kena rasa bahagia buat kerja tu. Baru rasa ikhlas nak buat extra. Lantaklah takda siapa nampak. Bila suka, hasilnya cemerlang. Bila cemerlang, rezekinya berkat. Bila berkat, kita jadi suka kerja. Bila suka, hasilnya cemerlang. Bila cemerlang, rezekinya berkat. Bila berkat….
Pusinglah sendiri.
Kadang kita pergi mana-mana kita jumpa orang yang ceria sungguh duduk di tempat dia bekerja. Sengih je muka. Soal satu, explainnya berjela. Dan ada orang kita baru tengok muka pun dah seram sungguh nak tanya apa-apa.
Tapi takpa. Yang ceria kita ikut. Yang mencuka jangan takut.
Anggaplah saja dia sedang senggugut…
Mingguan Wanita : Begitulah, apabila dia suka dengan pekerjaannya. Hatinya jadi ikhlas, perasaannya lapang dan bahagia. Rezekinya pun bertambah berkat. Biarpun gaji tak ribu riban, tetap bahagia melaksanakan pekerjaannya itu.
Sumber/Foto : Siti Suryani Yaakop
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW