Jika sudah tertulis ketetapan jodoh, tiada siapa mampu menolaknya. Jurang berbeza usia yang jauh juga bukan penghalang bahagia dan perkahwinan kekal harmoni.
Sepasang suami isteri dengan jurang umur berbeza 40 tahun mengaku usia tidak menjadi penghalang bagi mereka mendirikan rumah tangga bahagia seperti pasangan lain.
Lapor Daily Mail, Edna Martin, 87, dan Simon Martin, 47, dari Weston-Super-Mare, Somerset meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17, baru-baru ini.
Berkongsi kisah cinta pasangan itu, Edna dan Simon bertemu ketika masing-masing berusia 68 dan 28 tahun di sebuah konsert pada tahun 2003.
Sejak itu, mereka terus jatuh cinta pandang pertama dan tidak dapat menjauhkan diri antara satu sama lain.
Menurut pasangan itu, mereka berasa syukur perkahwinan mereka kini menginjak hampir dua dekad.
Katanya, perkahwinan mereka kekal bahagia kerana sentiasa mesra dan sama-sama melakukan perkara baharu setiap hari.
Jelasnya, hubungan mereka bertahan begitu lama sehingga pasangan itu tidak lagi dipandang pelik atau dikritik dalam kalangan komuniti setempat mereka.
“Kami masih keluar bersama-sama dan memegang tangan semasa bergerak dengan kerusi roda kami.
“Kami sebenarnya mahu memberi inspirasi kepada individu lain seperti kami untuk mengambil langkah seterusnya dengan berkahwin.
“Rakan dan kenalan sentiasa mendoakan terbaik untuk kami. Selepas berkahwin, kami saling melengkapi dan sering membantu antara satu sama lain dan kini kami bahagia,” jelas pasangan ini yang berkahwin pada 2005.
Mesti Baca:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:(VIDEO)”REZEKI Jodoh Jiran Sebelah Rumah, Dating Di Tembok Pagar”
Artikel Menarik:Jarak Usia 25 Tahun Bukan Penghalang, Takdir Bertemu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri!
Mingguan Wanita:Kalau dah jodoh, beza usia 40 bukan halangan untuk bahagia. Janji setia dan saling memahami dalam perkahwinan.
Sumber: Utusan, Daily Mail
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.