Beza Rumah Bersepah Dan Kotor, Tapi Kalau Dapur Pun Berkeladak Tolonglah Berubah!

Share

Ada mak-mak tak kisah pun hidup dalam keadaan rumah bersepah, janji anak puas bermain. Tetapi tak pandai kemas rumah dan ada anak kecil yang suka sepahkan mainan itu bukan tanda dia pengotor ya.

Habis, keadaan rumah macam mana yang dikatakan pengotor? Haaa… nak semak balik ciri-ciri golongan orang yang suka biarkan rumah kotor, jemput baca pandangan daripada Puan Nurulbadiah Lai, lebih padu dan confirm rasa nak berubah!

Bezakan Rumah Bersepah Dan Rumah Kotor

Rumah bersepah kalu ada anak-anak kecil atau budak-budak itu normal. Bersepah maksudnya mainan anak-anak dalam rumah berterabur, kerusi duduk lintang pukang, baju berbakul-nakul tak sempat nak lipat, cadar katil kemas ala kadar, bantal berterabur sana sini. Itu adalah rumah bersepah, normal bila ada anak-anak kecil kat rumah sebab memang tak larat nak kemas. Tak normal bila kat rumah tak ada anak-anak kecil tapi masih bersepah.

Rumah kotor pula pinggan kat sinki tak berbasuh, sisa makanan tak dibuang, dapur berkeladak.

Dalam rumah lantai kotor, berhabuk dan penuh dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Bilik air penuh dengan pampers situ sini. Kat sinki seluar dalam tak berbasuh, atas lantai pampers, dalam lubang toilet berkeladak keruh, baju tak berbasuh, berterabur situ sini bau busuk dan hapak.

Haaaa… itu rumah yg kotor!

BGK6GA Brother and sister in their bedroom

Biarkan Anak Bahagia Dengan Dunianya

Rumah yang bersepah boleh diterima lagi nak guna alasan anak-anak kecil, sebab memang tak larat buat benda yang sama 10 kali sehari. Jadi biarkan diorang sepahkan nanti dah tidur baru kemas.

Rumah yang kotor tak payah guna apa-apa alasan, anak ramai ke, miskin ke sebagainya sebab orang yang pemalas je biarkan rumah kotor. Jangan berselindung di sebalik anak-anak ramai atau faktor miskin biarkan rumah kotor. Rumah kotor banyak bakteria, macam mana nak buat ibadat kalau pampers sana sini, bau pun busuk.

Kalau dah dasar pemalas jangan salahkan benda lain!

Ok, dah ada jawapannya, bukan? Lepas ini pastikan anda masuk dalam kategori mak-mak yang rajin uruskan rumah tangga ya. Jangan pula tak ada masa nak sampai termasuk dalam dunia rumah pengotor!

Published by
Nadia