Betulkan Suami! Seharian Jaga Anak Ibu Tetap ’Steady’, Tak Dan Mengeluh

Share

Bab jaga anak ni memang kaum mak-mak lah yang paling tinggi ‘skill’ mereka. Biar lah seharian hadap kerenah anak-anak, dia masih lagi ‘steady’. Boleh handle kerenah lintang pukang anak-anak. Itu belum hero-hero bergomoi sesama sendiri.

Mak-mak cuma bertukar jadi ‘hijau’ je. Itu pun anak-anak dah kecut perut. Cuba beri ayah tugasan ‘nampak senang di mata, tapi seksa nak buat ini’. Belum sejam, ayah dah angkat kaki. Tak sanggup.

Walaupun, di bibir kata ‘kacang je jaga anak..’ sudahnya mencari juga isteri untuk selesaikan apa yang terbengkalai tadi. Yang lagi hebat mak-mak ini. Bukan setakat jaga anak, nanti rumah pun kemas bersih, anak-anak kenyang bersuap. Jaranglah dengar anak mengadu lapar kalau duk dengan mak dia.

Dan hebatnya mak-mak inilah juga diakui Ariff Ismail dalam postingnya. Sebab katanya, mak-mak ini ada ilmu dan kesabaran yang special dalam bab menjaga anak-anak.

Tulisnya,

Senang Saja Jaga Anak

Siapa kata susah nak jaga anak? Mana ada susah senang je. Bagi makan, bagi susu, bawa pergi taman permainan dan tidur kan anak. Mudah kan?

Mudah sebab kita cakap je bang! Cuba kita buat, baru tahu langit tinggi ke rendah. Ambil peluang sehari jaga anak tanpa ada bantuan isteri, baru kita tahu macam mana hebat nya seorang wanita yang bergelar ibu.

Kita akan bernasib baik bila masa kita jaga anak dalam emosi yang baik. Cuba jaga masa anak tengah ” cranky ” IRONMAN pon boleh menangis. Sebab itu, kita boleh nampak hebat nya golongan wanita menguruskan anak 365 hari setahun.

Hargai para isteri dan golongan ibu ibu yang memang secara semula jadi mempunyai “skill ” menguruskan anak.

Kita jaga sehari masih ok lagi, cuba bayangkan kita jaga 365 hari. Masa tu controller PS 4 pon tak sempat nak pegang.

Sebab Sabar Ibu Tak Mengeluh Hari-hari Dengan Anak

Anak ni dia ada mood dia sendiri, ada masa dia ok untuk mandi, ada masa dia akan mengamuk bila nak suruh mandi. Anak saya memang juara amukan setiap kali nak mandi kecuali bawak mandi di kolam renang yang ni dia suka.

Bila bawa ke taman permainan yang ini memang favorite dia, bawa pergi ok lagi, nak balik mesti akan ada drama tangisan dan jeritan. Kena pandai cara untuk kawal emosi anak. Kalau ikut kan anak main sampai malam la jawab nya.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjaga anak. Kena ada ilmu dan kesabaran. Silap hari bulan boleh bertukar jadi HIJAU. Kawalan emosi ibu bapa juga penting dalam penjagaan anak.

Jangan mudah nak jerit kan anak atau pukulan manja tanpa sebab yang memerlukan kita melakukan demikian. Kerana anak akan mengingati dan mula takut dengan kita.

Bagi saya memang saya “salute” golongan ibu! Anda semua memang hebat dalam bab penjagaan anak.

MW : Sebab itu wahai suami, tak mudah sebenarnya nak menjadikan anak-anak itu jadi ‘khalifah’ Nya. Sokongan suami dan orang sekeliling pun membantu sama beri kekuatan emosi buat mak-mak ini. Sokonglah!

Sumber/Foto : Ariff Ismail

Published by
Netty Ah Hiyer