Hiburan

Betulkan Niat Berkahwin Kerana Allah, Bukan Sebab Makhluk Dan Nafsu

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pasti diuji dengan bermacam ujian perkahwinan. Menanti zuriat antara salah satu ujian yang tuhan beri.

Pelakon terkenal, Adam Corrie Lee Abdullah, 51 dan pasangan, Fazema Mohd Fuad, 41 pun diduga rumahtangganya dengan penantian kehadiran cahaya mata.

10 tahun lamanya, mereka menanti kehadiran baby, Adam Fateh Lee. Sehinggakan ada yang pernah mencadangkan agar Adam Corrie berkahwin lain

.

Tapi bukan itu yang dicari dalam perkahwinan lelaki ini. Kesabaran dan ketenangan seorang suami itulah sebenarnya kunci bahagia sebuah rumah tangga.

 

Adam Corrie Pernah Diuji Allah 10 Tahun Ketiadaan Zuriat

Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.

Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagiaan Itu Akan Hadir Selepas Kita Berusaha

Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu Adam Fateh Lee. Sabar .. usaha.. doa..

Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat.
Jangan biarkan ia suram. .
Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.

Sumber/Foto : Adam Corrie

Published by
Netty Ah Hiyer