Betul, Mak Ayah Mampu, Tapi Tak Salah Kan Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

Musim persekolahan semakin dekat. Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak-anak. Dari baju, kasut sampailah beg sekolah. Mak ayah mampu punya pilihan, sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya.

Guru ini, Noraniza Abd Rahim berkongsi pandangan. Satu nasihat daripada seorang guru yang berdepan kemungkinan permasalahan yang berlaku jika anak-anak sekolah rendah bawah 12 tahun dibekalkan dengan peralatan sekolah dalam kategori mewah.

Trend Mak Ayah Mampu Belikan Benda Mewah Dekat Anak-anak

Trend org sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat untuk anak kita.

Contoh kita bagi anak kita bawa bekas pensel smiggle yang mahal tu ke sekolah, dalam satu sekolah mungkin anak kita sorang je ada beg smiggle, bekas pensel smiggle.

Pastu anak kita pulak mesti la bagitau kat kawan-kawan dia, jenama smiggle tu tak jual kat kedai diy atau kedai eco rm2, hanya terdapat di KLCC dan beberapa kedai terpilih sahaja. Sedar tak kita dah mengundang rasa cemburu kawan-kawan kepada anak kita.

Mungkin kita boleh kata, “Aku mampu apa salahnya.”

Ads

Anak kita pun mungkin kata, “Mak abah aku mampu mewahkan aku apa salahnya.” Betul, memang tak salah.

Yang salahnya ialah bukan semua budak di bawah umur 12 tahun mampu hilangkan perasaan cemburu, keinginan memiliki dan faham akan erti tak mampu.

Dan lebih salah lagi bila budak-budak ini bertindak di luar batasan dengan menyorokkan, mencuri atau merosakkan.

 

Betul, Mak Ayah Mampu, Tapi Tak Salah Kan Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

Ads

Baca : Pilih beg sekolah anak, nak beli yang mahal atau yang murah

Ini Yang Jadi Bila Hilang Di Sekolah..

Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis- nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.

Cikgu nak tak nak terpaksa jalankan siasatan, untuk kesan pelaku. Guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah tiba-tiba dah seperti ketua polis negara.

Bayangkan semasa kes siasatan, banyak hati anak-anak akan terguris, banyak hati mak abah yang luka.

Ads

Anak aku baik, kenapa cikgu tuduh anak aku. Aku tak pernah ajar anak aku mencuri.”
Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat.

Rakan-rakan Pembaca..

Saya tulis ni sekadar nak bagi tahu kepada semua.. mungkin perkara tersebut kecil sahaja, tetapi ianya boleh mengundang perkara-perkara yang lebih besar.

Sayangi anak kita, jangan biarkan keselamatan dan emosinya tercalar. Belajar hidup susah dan sederhana tu bukan pembelajaran yang salah. Bahkan ramai orang-orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang asalnya susah.

Sumber/Foto : Noraniza Abd Rahim

Cari BEG SEKOLAH di sini : https://invol.co/cl9wrxa

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI