Beto kemalangan, “isteri tak sedap hati”. Naluri seorang isteri sangat kuat terhadap suaminya. Jelas Beto Khusyairy ketika kemalangan dirinya tidak memberitahu isteri dek kerana berada di luar negara.
Sejurus selepas memberitahu, ketika kejadian isterinya bagaikan dapat berasakan sesuatu berlaku kerana tidak sedap hati dan termenung seorang diri dalam keadaan jantungnya yang berdegup laju.
Beto Kemalangan “Isteri Tidak Sedap Hati”
Seperti mana yang diketahui umum baru-baru ini pelakon Beto Khusyairy telah terlibat dalam kemalangan ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak.
Namun pelakon itu sangat bersyukur kerana dirinya cuma mengalami cedera ringan. Malah dalam masa yang sama dia memanjatkan rasa kesyukuran juga apabila seorang lagi peserta konvoi yang dilaporkan kritikal sudah sedarkan diri.
“Saya dimaklumkan rakan mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri hampir seminggu. Namun, semalam dia sudah buka mata dan boleh duduk. Alhamdulillah.
“Saya pula tidak mengalami sebarang kecederaan teruk walaupun pada mulanya saya mensyaki ada bahagian anggota badan yang patah, tapi selepas menjalani ujian imbasan x-ray semuanya baik-baik saja.
“Cuma mengalami lebam di bahagian kiri badan,” ungkap Beto seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Isteri Berada Di Luar Negara
Pada waktu kejadian isterinya berada di luar negara. Beto tidak segera memaklumkan pada isterinya tentang kejadian namun selepas memastikan dirinya tidak apa-apa barulah dia menghubungi isteri. Malah Beto juga berasa sangat risau jika isterinya mengetahui berita tersebut lebih awal sebelum dirinya memaklumkan terlebih dahulu.
“Waktu kejadian isteri saya baru saja tiba di Geneva, Switzerland atas urusan kerja. Dia beritahu pada waktu itu dia tidak sedap hati sehinggakan dia duduk di hentian bas selama dua jam dan termenung seorang diri dalam keadaan jantungnya berdegup laju.
“Masa itu saya memang tak beritahu dia sebab nak pastikan saya tiada apa-apa. Selepas saya maklumkan saja, dia terus nak balik Malaysia, tapi saya tenangkan dia dan beritahu saya okey.
“Pada awalnya saya agak bimbang dan takut jika berita ini sampai lebih awal daripada saya. Tapi Alhamdulillah saya dah yakinkan dia, saya baik-baik saja,” sambungnya.
Baca Disini i : 14 Tahun Tak Dikurniakan Anak, Beto Kusyairy Terus Ingin Cipta Kenangan Berdua Dengan Isteri
View this post on Instagram
Sumber:Harian Metro
Foto :Instagram Beto Khusairy
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI