‘Bestnya Pregnant, Dilayan Macam Princess’ Hamil 7 Bulan Mawar Rashid Bahagia

Orang kata, bila perut isteri hamil makin membesar inilah suami akan jadi prihatin, sayang lebih. Mintalah apa saja, pasti suami akan cuba usahakan. Bak perkongsian pelakon Mawar Rashid ini, yang bahagia dilayan macam puteri pada kehamilan kali keduanya.

Bestnya pregnant, dilayan macam princess.. hope lepas preggy pun dilayan sebegini.” tulisnya ringkas disertai dengan tanda pagar HatiBerSyurga.

Bahagia, Genap 3 Tahun Berumah Tangga

Istimewanya hari ini, Mawar juga meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2017.

Genap 3 tahun kita berumah tangga Radenku.

Happy 3 years anniversary Cinta hatiku. Tadi dah wish macam-macam kan. JazakAllahu khaira papalove. Kalini dapat surprise memang dia punya tersentuh tu, lain macam. Air mata tak stop tadi.. perasaan tak terungkap. Syukur Alhamdulillah.. Anja sayang abang @rafyaakob.”

IKLAN

Mawar dan Raf dikurniakan anak lelaki, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu. Mawar juga mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Hamil Tak Batas Mawar Aktif Bekerja

Hamil 7 bulan juga tak membataskan Mawar bergerak aktif seharian. Ligat berniaga, coaching dan shooting demi membantu mereka yang memerlukan.

IKLAN

Katanya penat itu ofcoslah penat. Dan mengandung tak halang Mawar untuk tak fokus dengan kerja hariannya. MAWAROSE SQUAD itu pun salah satu kekuatannya juga.

Sebab itulah, antara big why mawar terus gigih dan niat mahu bayar zakat RM1 juta.

IKLAN
‘Bestnya Pregnant, Dilayan Macam Princess’ Hamil 7 Bulan Mawar Rashid Bahagia
Mawar dan kakaknya, Lili sama-sama hamil.

Mengandung Sama-sama Dengan Kakak

Kehamilan kali ini pun lebih istimewa untuk Mawar, kerana hamil bersama dengan kakaknya. Maklum Mawar, kakaknya itu akan melahirkan bayinya dalam 1 ke 2 minggu lagi. Sementara dirinya, dalam tempoh dua bulan lagi.

Kakak.. nak amik gambar baby bump sama-sama.. nanti ada baby, boleh sama-sama ambil jugak.” pujuk Mawar ketika mahu kongsi gambar dengan kakak. Malah, Mawar mendoakan agar kakaknya, Lili dipermudahkan bersalin dan bayi dalam kandungan kakaknya sihat dalam perlindunganNya.

MW : Seronok bila sama-sama hamil sama adik-beradik ini.. nanti anak-anak sama umur, meriah usia sebaya.

Sumber/Foto : Mawar Rashid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI