belanja isteri

Syoknya kalau suami sudi belanja isteri, nak-nak pula sempena Hari Wanita Sedunia ni. Biasanya mak-mak jarang nak minta lebih, dapat berita orang kata nak belanja makan pun dah cukup gemuk hati!

Sebenarnya wanita nak sangat suami manjakan, tetapi dia jarang suarakan apa yang ada dalam hatinya.

Hargai Pengorbanan Wanita

Sesekali bila ada peluang, cuba suami ambil kesempatan untuk menguruskan mandi dan makan anak-anak. Berilah peluang isteri berehat sebentar. Sekurang-kurangnya dia sedar, masih punya suami yang berkongsi susah senang. Bukan hanya tahu meminta anak saban tahun, tapi tak pernah pun basuh berak kencing anak, melayan keletahnya, memujuknya tidur apa lagi menyuapnya makan.

Tolonglah jangan biar isteri terdetik rasa dalam hati, suami ada atau tiada, sama sahaja. Balik hanya tahu menghadap telefon, tidur, dan lagi dahsyat asyik minta dilayan kehendak nafsu bagai raja di syurga.

Biasanya suami akan nampak anak-anak yang membesar, tapi lupa betapa banyak isteri sudah berkorban pelbagai perkara untuk membesarkan zuriat. Tidur makan pun kelaut. Jadi apa salahnya sesekali ambil peluang bahagiakan isteri dengan belanja isteri.

Eh, kalau encik suami tanya nak ke tidak, mestilah isteri akan jawab tak nak. Tak nak sebab tak mahu membebankan suami. Senang cerita, dia faham dan sebolehnya nak jaga kewangan suami.

Bahasa Wanita Susah Nak Difahami?

Tetapi kalau betul nak belanja isteri, cuba baca pernyataan si isteri dan tengok matanya.

Ads

“Bang, cantik kan baju ni?”

“Bang, dah lama kita tak makan luar.”

“Rindu nak tengok tempat sekian-sekian…”

Ya, itu lah gaya dia suka dan kalau dapat, memang lebih daripada bersyukur. Kehendak isteri ini tak sama, kalau dia jenis tak bekerja, lagilah dia terima seadanya. Orang kata, kalau suami belanja beli cendol pun bahagia.

Ads

Nampak macam perempuan ini jenis susah untuk difahami, tetapi janganlah cepat bersangka buruk kalau isteri tak menjawab soalan.

Dan paling penting, jangan berkira untuk sediakan keperluan asas mereka. Makan, minum, selesa tempat tinggal, pendidikan, pakaian, beli ubat. Kalau ada duit lebih, guna untuk keperluan mereka dahulu berbanding orang lain.

Ambil Peluang Belanja Isteri

Bukanlah nak suruh setiap hari belanja anak isteri makan sedap-sedap atau beli baju banyak-banyak. Tidak. Ikut kemampuan masing-masinglah.

Ads

Untuk lebih puas hati, cuba encik suami testing isteri hari ini dengan belanja sesuatu yang sudah lama dia tak dapat. Atau kalau ada rezeki lebih, mungkin anda boleh belanja isteri join Showcase Amal Dunia Raikan Wanita kali ini.

Nak tahu lebih jauh, baca info di bawah.

Jualan Meja Untuk Dua Rumah Kebajikan

Showcase amal yang bakal berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convention Centre ini turut dijayakan bersama selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Nabil Ahmad.

Haa… anda dijemput untuk menghadiri acara amal ini. Meja jualan sudahpun dibuka, datanglah bawa keluarga dan insan tersayang.

Hasil jualan meja ini nanti akan MW salurkan kepada dua rumah kebajikan, RUMAH KITA dan RAUDATUL SAKINAH.

Telefon talian ini untuk tempahan meja : 019 6753057 (Showcase Amal Dunia Raikan Wanita)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI