Istighfar adalah permohonan ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang kita lakukan. Maka, ia perlu disertai dengan niat bertaubat yang ikhlas serta dilafazkan dengan penuh harapan supaya dosa tersebut dapat diampunkan Allah SWT.
Kita boleh mengucapkan istighfar seringkas ‘Astagfigrullah hal Azim‘. Manakala lafaz istighfar yang lebih sempurna adalah ‘Astagfirullah al-‘Aziim, al-lazi la ilaha illahu, al-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih’.
Bagaimanapun, ada lagi yang lebih sempurna dan afdal. Ia dinamakan ‘Sayyidul Istighfar’
iaitu mengucapkan;Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari)
مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.
( Riwayat Imam al-Bukhari )
Sangat besar manfaatnya ‘Saiyidul Istighfar’ ini apabila diamalkan dengan yakin setiap hari iaitu termasuk dalam penghuni syurga. Patutlah ia juga menjadi salah satu amalan buat selebriti popular Neelofa, 31 yang turut mengamalkannya terutama jika terjaga sebelum masuknya waktu Subuh.
Perkara ini dikongsikan oleh usahawan berjaya ini sendiri dalam [LIVE] Eksklusif bersama NEELOFA – Power Of DOA yang dikelolakan oleh Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad baru-baru ini.
Baca Lagi Di Sini:
Next To Neelofa, Perkongsian ILMU Prof Muhaya Menusuk Ke Dada, SEBAK!
Ini 10 Khasiat Jus Celery, Patutlah Neelofa Jadikan Amalan Minum Setiap Hari!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita merebut manfaat yang dijanjikan dengan mengamalkan dengan yakin ‘Saiyyidul Istighfar’ ini setiap hari.
Sumber: Prof Dr Muhaya