Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

Share

Cuti kemerdekaan bertukar tragedi, bapa lemas ketika selamatkan anak. Niat seorang bapa yang membawa keluarga bercuti di Pulau Pinang sempena cuti kemerdekaan bertukar menjadi igauan ngeri apabila dilaporkan lemas ketika cubaan menyelamatkan anak lelakinya yang dilihat tergapai-gapai ketika mandi di Pantai Miami, Jalan Batu Feringgi.

Dalam fb terakhirnya, Ustaz Haryadi Salleh dilihat sempat memuat naik gambar keluarga sebagai kenang-kenangan sempena cuti kemerdekaan sebelum terjadinya tragedi menyayat hati ini.

Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan

Gambar terakhir dimuat naik arwah di fbnya sebelum lemas dalam cubaan menyelamatkan anak keduanya yang dilihat hampir tenggelam ketika mandi manda di pantai Miami, Batu Feringgi
Inilah gambar kenangan akhir mereka bersama seisi keluarga

Memetik laporan Harian Metro, kegembiraan tiga beranak berkelah sempena cuti Hari Kebangsaan di tepi Pantai Miami di Jalan Batu Feringgi, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa, Haryadi Salleh, 43, tenggelam sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang berusia 13 tahun yang hampir lemas.

Anak mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam.

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

Dilaporkan arwah membawa keluarga bercuti untuk mengurangkan tekanan belajar dan memenangkan anak sulungnya yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini selain mahu menghantar anak keduanya ke asrama sebuah sekolah agama di Kedah.

Semua  barangan juga sudah dibawa namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila arwah yang juga guru agama mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Itam, Kedah.

Jenazah arwah akan disemadi berhampiran pusara anak mereka yang meninggal selepas dilahirkan 10 tahun lalu

Seorang rakan arwah, Nurul Husna yang juga kawan baik kepada isteri Ishafinaz Ismail yang ditemui di di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini berkata, jenazah arwah akan disemadi berhampiran pusara anak mereka yang meninggal selepas dilahirkan 10 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Tanjung Bungah (PA) Leftenan Mohd Lili Ibrahim berkata, mangsa ditemukan kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan empat anggota penyelamat mengambil masa hampir 20 minit untuk membawanya ke pantai.

Beliau berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal dan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Kes diserah kepada polis sebelum mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bagi tindakan lanjut,” katanya memaklumkan mangsa yang berasal dari Kedah dikatakan datang bercuti ke Pulau Pinang bersama isteri dan anaknya.

Dalam kes berasingan, Mohd Lili berkata, pihaknya turut menyelamatkan dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun yang hampir lemas di Pantai Bayu Senja di Batu Feringgi.

Kejadian berlaku jam 2.50 petang dengan kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, lapan anggota termasuk dua dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi sejurus menerima panggilan.

“Keadaan ombak ketika itu tidak bergelora walaupun selepas hujan dan pantai dipenuhi pengunjung yang berkelah serta mandi manda,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan

“Arwah Sempat Tekan Saya Sebelum Lemas” Kongsi Detik Sedih Gagal Selamatkan Sahabat

Pergi Ke Sungai Untuk Mandi, Dua Beradik Lemas Ketika Mahu Selamatkan Ibu

Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!

Bayi Lelaki LEMAS, Terlepas Daripada Pegangan Ayah Ketika Berkayak Di Sungai

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bila Ayah Jaga Anak…
Ginilah gamaknya kalau ayah yang kena jaga anak. Dianak-anakkan pula.
Boleh pula dia mainkan ayahnya, buat olok-olok tidur, bila intai dia boleh menyengih je. Gerammm..

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros