
Isi Kandungan
ToggleMemang bertuah wanita yang merupakan ibu kepada lelaki ini. Masa kan tidak, demi rasa kasih dan tanggungjawab, seorang penghantar barang di China sanggup membawa bersama ibunya yang menghidap Alzheimer pergi bekerja tanpa rasa sukar atau mengeluh sekalipun.
Ubahsuai Motorsikal
Bukan itu sahaja, lelaki yang bernama Cai Yujun, 52, ini juga sanggup mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.
Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.
Sentiasa Memegang Tangan Ibu
Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran.

Bertuahkan! Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat terpuji sebegini. Sanggup berbakti, tidak mengeluh dan mahupun mengabaikan mak ayah bila sudah tua dan tatkala diri tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri lagi.
Sumber: ECNS
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kumpul Tenaga Didik Anak, Mak Kenalah Bertenang, Caranya Lupakan Gosip Di Alam Maya

Isi Kandungan
TogglePercaya kan zaman viral ini proses keibu bapaan makin mencabar. Paling terkesan sekali emosi diri yang kadangkala sukarnya nak dikawal. Nak bagi emosi mak-mak lebih bertenang, dan lebih fokus dengan anak-anak salah satunya adalah lupakan saja gosip alam maya.
Sebab otak yang tak dikelilingi dengan gosip pelik-pelik akan lebih mudah fokus untuk mendidik anak-anak jadi lebih cemerlang dan berjaya. Dalam masa yang sama, tenaga ibu jadi lebih besar dan tak dibazirkan untuk perkara yang tak penting.
Menarik sekali perkongsian Puan Nadiatul Ashikin Binti Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang mendapat intipati ilmu keibubapaan menerusi talk yang disampaikan oleh Dr Siti Rohana.
“Dah 6 tahun jadi ibu sekarang saya tahu. Aduhai.”
Ingatlah.. Mak Ayah Orang Pertama Anak Kenal Dalam Dunia
Ibu mesti bertenang supaya kita tak menyinga sepanjang masa. Supaya otak kita sempat berfikir dengan baik sebelum bertindak.
Bila anak pecahkan cawan, ibu berhenti sekejap. Rasa nak marah?
Tarik nafas dalam-dalam sampai kita rasa tenang dan otak boleh proses apa yang sedang berlaku dengan rasional.
Bila dah bertenang, baru otak boleh berfungsi sebagai manusia yang waras.
“Oh anak aku tak sengaja.”
“Oh anak aku nak tolong angkatkan.”
“Oh anak aku nak bagi aku cawan cepat-cepat.”
“Oh anak aku tangannya belum cukup kuat angkat cawan kaca yang berat.”
Bagi anak kecil, tiada siapa lagi yang paling dia cintai melainkan ibu. Orang pertama yang dia kenal di dunia ini.
Bayangkanlah kalau anak kecil asyik dimarah, diherdik dan dipukul?
Pada siapa lagi dia nak percaya dan bina kepercayaan diri sendiri kalau bukan pada ibu?
Di hati anak, ibulah segala-galanya.
Kalau ibu bunuh kepercayaan pada diri mereka dengan tempik, herdik dan pukul, kita ingat anak akan jadi orang yang percaya diri (high self esteem) bila perlu keluar hadap dunia luar nanti?
Ini Cara Ibu Belajar Bertenang
Ibu nak bertenang kena elakkan stress.
Lebih-lebih lagi stress yang tak perlu.
Yang tak penting pun. Yang langsung tiada kaitan dengan kita.
Salah satunya, stalk cerita gosip di alam maya ni. Perasan kan macam mana punya sakit hati bila kita baca kisah rumahtangga yang pelik-pelik, tak masuk dek akal? Padahal tu kisah orang lain. Tapi dah curi baaaaanyak tenaga kita.
Tanpa sedar kita stress. Lepas tu senang nak marah-marah. Hal kecil-kecil pun tak boleh nak toleransi.
Sebab? Kita tak bertenang. Otak kacau-bilau. Cloudy.
Teringat tuan Bukhari Ramli cakap.
“Otak ni tempat yang suci. Jangan masukkan sampah!”
Dulu saya tak faham juga apa yang tuan Bukhari cakap.
Lama-lama baru nampak, boleh kaitkan otak dengan mindset dan akhlak kita sebagai manusia.
Apa yang kita lihat dan dengar masuk ke otak. Tambah pula dengan emosi, memang dahsyat penangannya. Lalu tercipta belief system kita sendiri.

Nak Tak Nak.. Ibu Mesti Bertenang
Ibu, tak kita yang berubah, siapa lagi?
Anak tak ada orang lain untuk diharapkan, melainkan pada ibunya sendiri. Tak mungkin ibu orang lain tiba-tiba datang nak offer diri.
“Meh sini meh. Acik boleh jadi ibu yang bertenang untuk awak, nakkkk.”
Ibu, mesti bertenang.
Anak kecil tak lama mana.
Sampai masa dia dah pandai buat keputusan sendiri. Dah keluar pergi belajar, tak lama tu akan bina rumahtangga dengan orang lain. Tinggallah kita sendiri.
Sekarang ni masa untuk kita cipta sebanyak mungkin memori yang indah dan baik dalam hidup mereka.
Kita cuba, ya.
Tak jadi sekali, buat sampai sejuta kali.
Tak dosa pun. Asalkan kita tak putus asa. Tuhan nampak usaha kita.
Nadia Bakar : Paksa diri cuba tenang setiap masa walau banyak lagi cacat celanya.
Sumber/Foto : Nadia Bakar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sebelum Ajalnya, Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua.’ Jangan Sampai Yang Tinggal Hanya Penyesalan

Isi Kandungan
Toggle‘Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua.’ Jangan sampai yang tinggal hanya penyesalan. Lupakan segala sengketa dan dendam, pulang berhari raya bersama orang tua.
Mak ayah kita meniti hari-hari tua dan belum tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Apa saja yang berlaku, maafkan saja dan binalah bahagia untuk untuk orang tua.
Artikel Berkaitan: Tak Mampu Beri Duit Atau Hadiah, DOAKAN Orang Tua Cara Balas Kembali Jasanya
Sebelum Ajalnya
Kongsi Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik, tidak ada mak yang sempurna.
Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.
Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua
Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.
Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.
Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.
Baca DiSini : Jangan Sibuk Menghitung JASA Pada Mak Ayah Sampai Pertikai Sumbangan Adik Beradik Lain
Jangan Sampai
Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkan mu.
Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia.
Myra Natasha berkongsi kisah bagaimana ibunya seorang ibu tunggal membesarkan dirinya dari kecil hingga dewasa.
Yang Tinggal Hanya Penyesalan
Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga.
Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:
Mingguan Wanita : Hargailah detik waktu selagi orang tua masih ada. Bersyukurlah dan hargai saat indah bersama.
Sumber : Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azhan Rani Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata, Tersentuh Dengan Keprihatinan & Sikap Pemurah Rakyat

Isi Kandungan
ToggleAzhan Rani terharu sehingga menitiskan air mata, begitulah reaksi pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur, Azhan Rani yang sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir.
Banjir yang telah melanda beberapa lokasi di Malaysia telah membuatkan ramai selebriti turun padang untuk menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada mereka yang terkesan.
Sejak pagi Ahad, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Lembah Klang dan lokasi-lokasi lain yang dilanda banjir.
Azhan Rani Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata
Menerusi perkongsian Azhan Rani menerusi akaun rasmi Instagramnya mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan hasil sumbangan para pengikutnya di laman Instagram.
Seperti yang diluahkan pada awalnya dia hanya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian pakaian untuk kegunaan mangsa banjir terlibat. Namun apabila berkongsi hasrat tersebut di Instagram, ramai pengikutnya yang ingin turut serta membantu dan menyalurkan bantuan.
“Sebenarnya saya tak rancang beriya pun kerana saya hanya buat seorang sahaja. Pada awalnya saya hanya ada satu kotak baju yang saya rasa boleh bagi pada mangsa banjir.
“Bagaimanapun saya kemudiannya terfikir, kenapa saya nak bawa satu kotak baju saja, sedangkan kenderaan saya boleh memuatkan lebih banyak barang lagi.
“Jadi saya panjangkan kepada rakan-rakan media sosial, kalau ada orang nak tumpang barang,” kongsi Azhan.
Puji Sikap Pemurah Rakyat Malaysia
Malah dia juga sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia.
“Saya tak sangka rakyat Malaysia sangat-sangat pemurah. Masing-masing laju DM (Direct Messege) untuk berikan sumbangan sehingga saya tak sempat nak membalas semuanya kerana terlalu ramai yang nak membantu sama.
“Ada juga orang dari Singapura yang minta nombor akaun kerana nak menyumbang dan membantu orang Malaysia yang dilanda musibah banjir. Jadi saya sangat-sangat terharu sehinggakan menitiskan air mata pada tadi. Hari mereka, mungkin satu masa nanti hari kita pula.
Baca Disini Juga;
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir
Harap Semoga Dipermudahkan
“Saya harap semuanya dipermudahkan. Kepada petugas-petugas di pusat pemindahan banjir, harap semuanya selamat.
“Dalam masa sama, kita jangan lupa Covid-19 masih lagi ada dan kita sama-sama jaga diri. Terima kasih dermawan-dermawan yang menyumbang,” ungkapnya lagi.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Azhan Rani

Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI