Alangkah beruntungnya dikurniakan menantu baik menantu lelaki mahupun menantu perempuan yang tak berkira. Tak lokek belikan mak ayah mentua hadiah yang mereka inginkan.
Menantu lelaki ini, Abdul Muiez Ruslee akui bukanlah dirinya mahu tunjuk kaya apatah lagi berduit. Sebaliknya, apa yang dilakukan itu sebagai satu kenangan untuk dijadikan simpanan dalam kotak ingatannya.
Memandangkan ibunya sudah lapan bulan kembali ke rahmatullah. Cuma kasih pada mak mentua inilah untuknya sandarkan rasa sayang. Lagipun, menantu ini percaya akan keberkatan doa seorang mak kepada anak-anaknya.
Menantu Lelaki Belikan Cincin, Gelang Emas Pada Mak Mentua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun.
InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula.
Selesai dan saya bayar.
Pernah Janji Mahu Belikan Mak Sendiri Emas
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je.
Ads
Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Hadiahkan Pula Ayah Baju Baru
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa.
Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Ads
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Ads
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
Mingguan Wanita :Anak-anak yang menyantuni mak ayahnya dengan baik, pasti akan ada ganjaran terbaik untuk mereka.
Selalu kita dengar, bila bercinta ‘kentut’ pun bau wangi. Apa yang pasangan lakukan tetap menarik hati dan tak ada yang tak suka. Semuanya baik, cantik dan elok-elok belaka.
Bila sudah berumahtangga, awalnya masih lagi dalam mood ‘honeymoon’ dan sedikit demi sedikit sudah kenal hati budi masing-masing. Barulah tahu ‘warna’ sebenar pasangan.
Bila dah berkahwin bertahun-tahun, berpuluh tahun sekali pun, kalau ada perasaan sayang dan cinta, tidak sesekali pasangan akan cari lain. Tahu pengorbanan, susah senang pasangan.
Namun, bila tak suka, dari sedikit pun bole jadi banyak. Mulalah cari lain, curang dan alasan untuk memulakan bibit-bibit pergaduhan. Usah pertaruhkan perkahwinan dengan hanya untuk suka-suka.
Jangna hanya sebab tak suka, sanggup menduakan pasangan dan rasa orang lain lagi memahami. Kahwin bukan untuk suka-suka. Inilah antara perkongsian daripada Fadzli Aziz tentang yang dikatakan dengan rumahtangga bukan untuk suka-suka.
Kahwin pula dengan orang kita suka. Jadi bertambah suka.
Pasangan kita buat benda yang kita suka, maka kita makin suka.
Tetapi apabila pasangan kita buat benda kita tak suka, kita pun jadi makin tak suka.
Apabila perkara yang kita tak suka lebih banyak daripada perkara kita suka, makin hilang perasaan suka.
Bila dah tak suka, semua perkara yang dibuat pasangan kita, kita tak suka.
Walaupun perkara yang dibuat tu adalah perkara yang pernah kita suka.
Akhirnya tiada lagi suka. Masa ni kita lebih mudah untuk suka pada orang lain.
Walaupun orang yang kita suka itu sebenarnya jauh lebih teruk dari pasangan kita. Cuma kita tak akan sedar kerana hati sedang suka. Kelemahannya kita tak nampak selagi tidak tinggal bersama.
Bila dah tak suka, suka-suka tukar pasangan. Maka huru-haralah rumahtangga. Hanya kerana hilangnya suka.
Suka-suka je curang hanya kerana hilangnya suka pada pasangan halalnya.
Suka-suka je cerai hanya kerana pudarnya suka pada pasangan..
Bukan Untuk Suka-suka
Rumahtangga memang suka, tapi bukan untuk suka-suka.
Suka atau tak, tetap ada tanggungjawab yang Allah akan tanya.
Bimbanglah kita kalau-kalau kita masuk neraka hanya kerana hilangnya suka, tanggungjawab entah ke mana.
Jalankanlah tanggungjawab dalam rumahtangga walau tiada lagi suka.
Carilah kembali suka dalam rumahtangga kerana ianya pernah muncul dalam rumahtangga kita.
Tidak mustahil ia akan muncul kembali apabila kita mengambil keputusan untuk mencari suka dalam rumahtangga.
Cuma hanya kita yang culas dalam menjaga dan mengekalkannya.
Rumahtangga bukan SUKA-SUKA.
Mingguan Wanita : Sentiasalah berusaha untuk mejadikan rumahtangga bahagia selamanya. Insya Allah.
Benarlah disebalik kejayaan dan rezeki mencurah seorang suami, adanya seorang isteri sebagai penguat semangat dan membantu dikala kesusahan. Apatah lagi jika terlibat dalam bidang perniagaan, jatuh bangun dunia bisnes bukan calang-calang dugaannya.
Namun demikian, jika dah berjaya dan berjaya mengharungi cabaran tersebut janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan isteri yang sanggup bergolok gadai demi membantu suami suami tersayang. Jika isteri ada membuat kesilapan, berlapang dadalah dalam memaafkan. Ini kerana tak terbalas jasa dan pegorbanan seorang isteri.
Perkongsian daripada Usahawan berjaya Syukor Majidini semoga menjadi panduan;
“Awak pergilah jual gelang saya.”
Di awal usia perkahwinan dulu, ada satu ketika abang betul-betul susah, bisnes jatuh, duit tak ada, tak tahu nak pergi mana, tak tahu nak minta tolong siapa.
Bila isteri offer jual barang kemas untuk bantu abang, rasa macam guruh berdentum atas kepala.
Abang taknaklah sampai jual barang kemas dia. Suami jenis apa abang ni sampai gadai harta isteri. Ini masalah abang, bukan tanggungjawab dia. Abang tolak.
“Takpe, saya bukan pakai sangat pun. Nanti kalau ada duit, awak belilah semula.”
Aduh, abang betul-betul dipersimpangan dilema. Hidup perlu diteruskan, bisnes kena terus berjalan.
Gantikan Barang Kemas Dalam Masa 6 Bulan
Lepas beberapa hari pertimbangkan, abang tak sanggup tapi terpaksa terima cadangan dia. Abang janji akan gantikan semula barang kemas tu dalam masa 6 bulan.
Esoknya semua barang kemas dia abang jual. Ada lebih kurang 400g. Masih segar lagi babak-babak pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk dapatkan harga terbaik. Betul-betul rasa macam dalam drama.
Alhamdulillah dengan duit tu dapat abang kembali bernafas, dan teruskan perniagaan.
Dipendekkan cerita tak sampai 6 bulan, ya tak sampai 6 bulan abang bawak dia pergi Poh Kong Jaya Jusco Bukit Raja, belikan dia gelang emas 100g. Bukan takat gelang emas, abang juga hadiahkan dia 500g pamp suisse goldbar sebagai tanda terima kasih, sebagai tanda abang dah tebus kembali apa yang abang ambik dulu.
Selepas insiden itu, abang betul-betul particular bab saving. Cash reserve sangat penting. Orang bisnes bukan sentiasa di atas, adakala terbenam sampai ke bawah tanah. Jadi kena sentiasa bersedia, sentiasa hati-hati.
Sebab tu lah abang sayang sangat isteri abang yang nombor satu ni. Dia sajalah saksi hidup yang tengok abang jatuh, saksi abang bangkit, saksi abang susah saksi abang senang.
Sebab tu abang tak marah dia bawak kereta abang masuk longkang. Apalah sangat kereta ni kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang abang pada dia.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami. Bila dah berjaya tempuhi waktu sukar ingatlah segala jasa dan pengorbanan isteri yang sama-sama menempuhinya.
Sumber: Syukor Majid
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri akan dengan rela hati mengeluarkan duitnya bagi membantu keluarga bila mana suami pun tidak kedekut belanja keluarga. Isteri akan lebih menghargai, silap-silap isteri pula nak balas kebaikan suami, belanja suami makan makanan sedap pula. Lagi-lagi bila suami tiada duit tunai di tangan.
Isteri Akan Rela Keluar Duit Bila Suami Tak Kedekut Belanja Keluarga
Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Suatu ketika dulu, pernah tak ambil kisah pun pasal kewangan isteri. Tak nak ambil tahu isteri ada duit atau tak. Dia juga tak peduli sama ada isteri dapat beli apa yang dia idamkan atau tak.
Sampailah datang kesedaran, tak kedekut dengan isteri. Barulah dia nampak, murah rezekinya selepas itu. Makin berganda-ganda.
Kebetulan Saya Memang Tak Ada Tunai
“Sayang teringin nak makan kek Indulgence kat Secret Recipe. Tolong belikan boleh? Untuk anak-anak sekali, kakak suka Chocolate Fudge. I belanja, I bagi kad ye”. Kebetulab saya memang tiada tunai. Sekarang dah jarang sangat bawa duit tunai. Semua pakai e wallet.
Bila nak masuk parking tu, ternampak ada kedai bakeri baru bukak. Sementara diorang tunggu dalam kereta, saya ke kedai bakeri tu dulu.
Kebetulan saya belum makan tengahari lagi, diorang dah makan kat rumah ipar tadi. Kedai bakeri tu ada ayam grill. Tengah offer pulak sebab baru bukak. Roti, egg tart dan donut pun tengah offer. Dengan senang hatinya saya pakai kad bank dia kat situ.
Lepas tu baru pergi beli kek kat Secret Recipe dekat je dengan kedai bakeri tu. Siap je beli kek, bila bukak je pintu kereta untuk masuk, saya terus tergelak besar sambil cakap “hahaha… Bestnya belanja pakai kad orang lain”. Muka bangga semacam. Perasaan dia lain betul. Seronok semacam.
Isteri Balas Kebaikan, Bila Suami Tak Kedekut
Menjerit orang tu kena scam. “Padan mukeee” kata saya. Selalu saya je yang kena scam. “Takpelah abang, sayang ikhlas” katanya. Tapi muka dia macam tak ikhlas je?
Tapi bila pikir-pikir balik, syukurnya rasa. Dulu isteri saya sampai terlupa nak guna ATM macam mana. Punyalah lama akaun dia takde duit. Memang sedih betul bila terkenangkan.
Saya tak malu mengaku, dulu kurang kesedaran. Saya letak benda sebegini di tangga terbawah keperluan dalam keluarga. Kalau ada, adalah.
Sebenarnya janganlah buat macam tu. Letak kepentingan dia di atas. Barulah selesaikan yang lain. Sebabnya, bila kita bagi pada isteri, kita akan dapat berkali-kali ganda lagi. Dulu letak di bawah sebab takut duit tak cukup. Tapi bila letak keperluan dia di atas, cukup pula nak buat semua benda. Magik kan?
Inilah namanya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain terutamanya isteri kita. Jangan kedekut dengan isteri. Bila kita tak kedekut, rezeki tu akan datang dengan lebih banyak lagi.
Bila dah sampai kat rumah, saya pun masukkan semula duit yang digunakan tadi. Jadi, isteri saya dapat, saya pun dapat. Best kan?
Sekadar perkongsian kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu. Kongsikan untuk manfaat semua.