Bertenang, Kata Lelaki Ini Dataran Tawaf Kosong Sebab Kerja Pembersihan

Share

Berlegar di whatsApp malah media sosial, tentang gambar dataran tawaf yang kosong. Dan ada yang membuat pelbagai andaian yang silap.

Kata lelaki ini, Najmi Farisham yang menetap di Madinah dan banyak membuat perkongsian langsung mengenai umrah, haji di Makkah dan sekitar Madinah menjelaskan mengapa dataran tawaf ini kosong.

Ini penjelasannya,

 

 

Dataran Tawaf Dah Kosong?

Ada terima gambar ini di WhatsApp, Facebook atau mana-mana media sosial? Habislah, kawasan tawaf dah kosong. Arab Saudi dah tak kasi orang tawaf.

Stop!

Tenang kawan.

Dataran tawaf ini dikosongkan untuk kerja-kerja pembersihan saja. Pekerja masjid bersama batang mop dan kenderaan mereka dah masuk melakukan tugas. Sabun dicurahkan dan mereka berlari girang seperti kanak-kanak mengelapnya kering. Kerja pensterilan dibuat bagi mencegah segala kuman kotor.

Pasal orang tawaf? Alah tenang lagi sekali okeh. Tingkat 2, tingkat 3 dan tingkat 4 masih ada. Boleh buat di sana. Kalau penat nak jalan, motor skuter ada disediakan. Bayar dan tungganglah sambil tawaf.

Najmi juga menjelaskan kerajaan Arab Saudi mengeluarkan sekaran ibadah umrah untuk jemaah luar mahupun tempatan adalah untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar. Lagipun ketika ini beberapa negara sudah ada banyak kes melibatkan virus Covid-19.

 

 

Tulisnya lagi,

Teruklah macam ni, Arab Saudi dah tak benarkan orang tawaf Kaabah.” Banyak sekali aku terima pertanyaan dan persoalan berkaitan ini.

Jujurnya aku tak tahu daripada mana berita yang mereka dapat. Sumbernya mana? Biasanya kalau ditanya, jawapan mestilah grup sebelah. Takpun jiran daripada jiran kepada jiran. Fuh.

Gambar di bawah adalah suasana terkini di kawasan tawaf Kaabah, Masjidilharam. Orang duk berjalan mengelilingi Kaabah, itu tawaflah namanya.

Benar, Kerajaan Arab Saudi dah keluarkan arahan untuk menyekat sementara ibadat umrah sama ada daripada jemaah luar mahupun penduduk tempatan. Kami yang duduk di sini pun, tak dibenarkan untuk masuk ke Mekah, buat umrah.

Aku tak faham betul mereka yang cuba duk panaskan keadaan. Duk menyalahkan kerajaan. Duk buat orang panik dan gelabah. Haih.

Kerajaan terpaksa buat begini dek penularan virus bahaya ini. Sebabnya seluas-luas Arab Saudi ini, Mekahlah tempat tumpuan seluruh dunia. Mana ada orang Islam beriya datang ke Arab Saudi semata-mata nak ke Jeddah. Okey faham?

Sekatan Untuk Elak Mudarat Yang Lebih Besar

Ini bagi mengelakkan berlaku mudarat yang lebih besar. Duk berkeras nak lawan undang-undang, kalau terjadi benda yang tak diingini, mulalah menyalahkan orang di sekeliling.

Tenang, walaupun dah tak boleh nak buat umrah, penduduk Mekah itu sendiri masih boleh datang ke Masjidilharam untuk solat dan apa-apa ibadat lain. Bahkan tawaf sunat masih boleh dilakukan.

Nak buat tawaf ini, tak semestinya ketika umrah sahaja kawan.

Baiklah, aku jelaskan secara ringkas ya. Ibadat umrah ini adalah suatu ibadat yang merangkumi niat, tawaf di Kaabah, sai antara Safa dan Marwah kemudian bertahallul sama ada dengan bercukur atau menggunting rambut di kepala.

Kalau tak boleh buat umrah, macam mana nak tawaf? Ha, kita dibolehkan untuk buat tawaf sunat. Pusing saja Kaabah 7 kali macam biasa. Begitulah tawaf sunat.

Masih Ada Jemaah Berkunjung Di Kedua Masjid Ini

Kalian buka YouTube, taip Haramain Live di ruangan carian. Kemudian skrol ke bawah. Cari mana-mana video yang dibuat secara live (siaran langsung). Masjidilharam ada, Masjid Nabawi pun ada. Ha, itulah situasi semasa.

Memang benar kerajaan terpaksa sekat sementara kemasukan jemaah ke Mekah dan Madinah. Namun bukanlah maksudnya kedua masjid ini ditutup terus, tidak beroperasi.

Penduduk tempatan masih ada dan ramai yang datang berkunjung. Seperti yang aku katakan sebelum inilah. Di Madinah ada sebuah universiti yang pelajarnya mencecah 20 ribu ramainya. Mereka ini bukan jemaah, mereka merupakan penduduk. Tolak pelajar, penduduk setempat pun ramai yang ada.

Itulah.

MW : Jadi bertenanglah. Sememangnya ketika ini ujian virus Covid-19 ini merisaukan kita. Sentiasalah basuh tangan, elakkan pegang muka dan hidung selagi belum membasuh tangan dengan bersih. Dan ambil langkah berjaga-jaga cegah virus Covid-19 sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca sini : Lelaki ini kongsi cara download aplikasi Al-Quran secara percuma, lengkap terjemahan malah diiktiraf MCMC, KDN dan Jakim.

Sumber/Foto : Najmi Farisham, Wartawan Kegemaran Kalian.

Published by
Netty Ah Hiyer