4 hari bergelar pengantin baru, pelakon Elly Mazlein yang baru sahaja disatukan dengan cinta hatinya, Mohamad Azlan baru-baru ini telah diundang menjadi tetamu jemputan dalam rancangan MeleTOP yang disiarkan malam Selasa.

Bertemu Majlis Akikah, Azlan Beranikan Diri Bagi Nombor Telefon Atas Kertas

Punca Rahsiakan Identiti Suami

Hampir setahun pelakon dan pengacara Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu. Namun, ramai yang tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan ini.

Elly Mazlein menjelaskan dakwaan merahsiakan bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah Cikgu Azlan yang juga merupakan seorang guru geografi berusia 29 tahun di media sosial.

“Sebenarnya kerana suami saya seorang cikgu. Dia tak biasa dalam line kita (industri hiburan). Dia segan dan tak biasa serta perlukan masa untuk sesuaikan diri dalam bidang hiburan,” ujar Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pompom.

Bertemu Majlis Akikah, Azlan Beranikan Diri Bagi Nombor Telefon Atas Kertas
Pasangan pengantin baru ini diundang menjadi tetamu jemputan dalam program rancangan meleTOP.

Jumpa Di Majlis Akikah

Menceritakan bibit perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja pada majlis Akikah di rumah sahabat mereka. Mohamad Azlan menceritakan, dirinya jatuh cinta pandang pertama dan memberanikan diri memberikan nombor telefon yang ditulis diatas kertas kepada pelakon ini.

IKLAN

“Saya bertemu Elly di majlis Akikah anak kawan saya. Secara kebetulan wife kepada kawan, adalah rakan Elly. Selepas itu saya tengok dia dan saya jatuh cinta. Saya memang meminatinya.”

“Kita cikgu takde name card, saya ambil sekeping kertas, tulis nombor telefon dan beri pada Elly,” ujar Azlan

Jelas Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,39 pula berkata, suaminya itu memberanikan diri memberikan nombor telefon yang ditulis di sekeping kertas.

“Kami mula berkenalan dalam satu majlis akikah rakan cikgu. Kebetulan suaminya seorang cikgu jadi ramai la tetamu daripada kalangan cikgu.

IKLAN

“Kemudian Azlan ternampak saya dan memberanikan diri memberi nombor telefonnya yang ditulis pada sekeping kertas atas dasar meminati saya sebagai seorang pelakon.

“Maklumlah cikgu mana ada business kad, tapi lama juga nak tunggu saya contact dia semula. Alhamdulillah akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” ujar pelakon utama Kampung People ini.

Bertemu Majlis Akikah, Azlan Beranikan Diri Bagi Nombor Telefon Atas Kertas

Tambah Cikgu Azlan, bukan mudah untuk menawan hati Elly. Sebenarnya ambil masa juga sebelum melangkah ke fasa yang serius.

IKLAN

“Berbulan-bulan juga menanti Elly menghubunginya.Namun dirinya tak berputus asa untuk memulakan perkenalan.Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius,”

“Ketika dalam fasa berkenalan, saya bersikap jujur dan berbincang latar belakang diri. Saya bukan dalam dunia dia. Berasal dari kampung, jenis kerja, keadaan keluarga orang biasa dan bukan orang kaya, anak datuk dan sebagainya. Dan Alhamdulillah selepas bawa balik kampung, mak pun suka. Kami pun mula serius” ujar Azlan lagi.

Bertemu Majlis Akikah, Azlan Beranikan Diri Bagi Nombor Telefon Atas Kertas

Penuh kesyukuran keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan pasangan ini.Terdahulu, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 18 Januari 2020 dengan majlis bertemakan ‘Bagai Bulan Di Pagar Bintang’ yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

MW: Mingguan Wanita mengucapkan selamat Pengantin Baru buat Elly Mazlein dan suami. Selamat berbahagia dan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI