Bertahun Angkut Tong 10 Liter Atas Motor, Lepas 30 Tahun Akhirnya Dapat Air Bersih

Warga emas ini, Ismail Hamat, 67 antara salah seorang daripada 150 orang penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu, Kelantan yang tak dapat menahan air mata kegembiraan. Selepas 30 tahun, impian mendapat bekalan air bersih, akhirnya tertunai juga.

Sebagai permulaan bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah pun mula disalurkan ke sembilan kediaman. Masing-masing yang menerimanya begitu teruja melihat air bersih keluar dari paip air di dalam dan luar rumah.

Bayangkan, sebelum ini, Ismail terpaksa berulang-alik beberapa kali membawa tong 10 liter atas motor. Semata-mata mahu ke mesin air bertapi syang jaraknya anggaran 300 meter dari rumahnya.

Semuanya demi dapatkan bekalan air bersih.

Kalau dulu, nak mandi pun sayang. Sudahlah air itu dibeli di mesin air. Jadi, cuma boleh guna untuk minum dan memasak saja. Dengan adanya air bersih ini, bolehlah keluarga ini mandi lebih puas.

IKLAN

Kadangkala, waktu belum ada air bersih ini.. Ismail dengan ditemani cucu perempuannya akan naik basikal. Ambil air dekat masjid.

Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini.”

30 Tahun Ini Susah Senang Keluarga Ismail Hadap

Waktu belum ada bekalan air bersih, kesukaran ini terpaksa mereka tanggung. Pinggan mangkuk jadi berkarat, sebab cuci guna air telaga tiub yang dibina di sekitar rumah. Basuh baju pun, baju jadi warna kuning. Telaga tiub ini juga sedikit berbau, masin dan payau.

Ismail juga bersyukur sungguh dengan air bersih inilah nanti mereka enam beranak dapat meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain.

Kalau tiba waktu hujan lebat atau motosikal rosak, tekanan nak dapatkan air bersih makin berganda. Boleh dikatakan, separuh dah usia Ismail ini digunakan untuk mengangkut air.

Duit pun banyak dihabiskan untuk tujuan itu. Disebabkan masalah air ini, anak cucu pun jarang datang melawat. Sebab mereka tak nak bebankan Ismail sama.

Lagi-lagi keluarga Ismail menjaga dua daripada anaknya istimewa. Ahmad, 39 yang ada masalah mental dan tak boleh bercakap sejak bayi. Dan Mohd Suhaimi, 31, sejak tiga tahun terlantar akibat alami strok haba.

Dengan bantuan dan ikhtiar kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society inilah. Kira-kira 150 penduduk kampung berjaya menikmati bekalan air bersih yang berpuluh tahun dinantikan mereka.

Gangguan bekalan air, mak ayah boleh guna cara ini untuk simpan awal-awal.

MW : Tak boleh bayang 30 tahun tanpa bekalan air bersih, baru sehari pun dah resahnya macam mana. Inikan bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah.. akhirnya kesukaran penduduk dapat diatasi.

Sumber/Foto : Harian Metro