Zaman kegawatan ini, bijaklah mengatur kewangan. Jika tersilap langkah dari sekarang, bimbang kesannya panjang hingga ke masa hadapan. Simpanlah dulu niat nak tukar telefon lama itu ya. Sekarang inilah masa untuk gandakan simpanan.
Sungguh, sekarang ini harga barang semua naik. Tak ada lah yang tak naik. Jangan panik, kerana di luar negara juga alami perkara yang sama. Malah, ada yang mula melancarkan mogok.
Mana yang ada simpanan itu, aturlah kewangan sekemasnya. Usahlah berbelanja untuk membeli barangan mewah lagi. Bertahanlah. Walaupun, ketika ini anda ada peruntukan untuk itu.
Hadamkan pesanan yang disampaikan Chief Agency Manager EBG Zurich Takaful, Mohd Shukur ini. Bertenanglah ketika hadapi kenaikan harga barang. Yang penting, elak dari lakukan dua hal yang dinyatakan ini.
Bukan minyak masak sahaja.
Sekarang di luar negara seperti UK, semua barang-barang dah naik harga.
Petrol, Diesel, Gas dan Elektrik pun naik.
Akibatnya harga makanan, barang-barang semua naik.
Minggu ni dah 3 hari pekerja-pekerja train network di sana melancarkan mogok ( strike ) sebab demand naik gaji.
Lepas ni cikgu-cikgu di UK pun nak buat mogok juga.
Gelombang kenaikan harga ini akan berlaku di Malaysia very soon.
Petang tadi (ketika status dimuatnaik pada 23 Jun) ketika mengopi dengan rakan bisnes takaful saya, dia minta saya advise sket.
Saya ringkaskan simple advice saya tadi :
1) Jangan terburu-buru beli kereta baru ada pengecualian SST hingga 30 Jun ni, kecuali anda terdesak sebab takde kereta.
Sebabnya ialah susutnilai kereta baru
jauh lebih tinggi dari penjimatan SST tu. Dalam tempoh 2 tahun susutnilai ialah 30%, so jika puratakan ialah 15% setahun.Katakanlah kereta itu nanti dapat bulan November, baru pakai sebulan dah susut nilai 15%
So bertahan 6 bulan lagi, beli awal tahun nanti anda jimat 15%. Tapi jika anda book sekarang untuk dapat pengecualian SST tapi kereta nya dapat next year dan year made 2023, so itu OK.
Tapi next year, banyak model baru akan keluar.
Baca sini : ‘Selagi Kereta Tak Ada Masalah, Jangan Sibuk Nak Tukar Baharu Di Zaman Gawat Ini’ – Jurujual
2) Jangan beli iPhone baru.
Bertahanlah pakai phone lama.
Gambar yang cantik tidak ada dividen.
Tapi kalau duit tu simpan dalam ASB ke… akan ada dividen.
Next year belilah iPhone baru tu guna duit dividen yang dapat January nanti.
Setiap 100K jika 5% dividen anda dapat 5K.
Belilah iPhone anda nak tu nanti.
Lain betul rasanya jika jentik duit dividen jer beli iPhone berbanding guna duit gaji atau duit komisen susah payah kerja anda.
Haaa….banyak lagilah tadi citer beli rumah kediaman, rumah investment, income-tax dan lain-lain lagi, sampaikan saya nak bayar minum petang tadi dia tahan dan cepat-cepat dia bayarkan siap ucap terima kasih sebab sharing.
Untung jugak sharing tips ni, dapat free minum petang. Tak pasal2 saya pulak yang jimat belanja
Mingguan Wanita : Jika tak mulakan menyimpan dari sekarang, bila lagi nak mula. Jangan bernanti-nanti.
Sumber/Foto : Mohd Shukur