Bersyukurlah Isteri Masih WARAS, Buat KERJA Tanpa Henti, HADAP Karenah Pasangan

Share

Setiap hari dari celik mata sampailah pejam mata, isteri lakukan kerja rumah, uruskan rumah tangga tanpa henti. Seawal pagi siapkan apa yang patut untuk keluarga, kemudian terus ke tempat kerja. Balik kerja sambung pula kerja rumah yang terbengkalai.

Bersyukurlah jika isteri masih waras, buat kerja tanpa henti dan hadap karenah pasangan yang menduga perasaan. Itu belum lagi dikira dengan perangai orang sekeliling. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik :

Bersyukurlah isteri kita itu tak gila…

Dia pergi kerja, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang-hutang kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur…

Dia jaga anak-anak, uruskan anak-anak, dia jaga suami, uruskan suami… Dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak kerja sekolah…

Dia tidur 3,4 jam sehari…

Selepas itu kembali bangun untuk buat kerja-kerja dan perkara-perkara yang sama berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri…

Baca Juga Di Sini:

Bergurau Dengan Isteri Berpada-pada, Jangan Sampai Dia Terasa Hati

Kongsi Akaun Bersama Bukti Kepercayaan Suami Isteri Tapi Ada Baik Buruknya

Itu belum kira dengan dia terasa hati disebabkan perbuatan kita… Itu belum kira dia menangis sebab perangai kita… Itu belum kira dengan apa yang dia pendam, apa yang dia simpan, apa yang dia tak luahkan kepada kita…

Kena pula berhadapan dengan mertua yang selalu membanding-bandingkan dia, yang selalu mencari salah dan silap dia… Kena pula berhadapan dengan ipar duai biras yang suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang…

Maka, bersyukurlah sebab DIA TAK GILA lagi…

Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat… Cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? Sampai bila dia akan sihat untuk buat semua perkara itu?

Akan tiba hari di mana dia akan “meletup” disebabkan dia sudah buat sesuatu yang di luar kemampuan dia dan dia sudah tanggung sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya ditanggungnya.

Kalau tak nak isteri “MENGGILA”,maka…

Tolonglah dia… Kerja dia banyak… Kalau kita kata kita sudah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama… Kalau kita nak berehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yang hendak buat kerja-kerja itu kalau dia rehat dan tak buat? Sama-samalah pikul dan bahagikan beban dan urusan rumah tangga kita itu…

Selepas itu tak perlulah buat masalah atau cari masalah dengan dia… Banyak saja lagi benda dia hendak kena fikirkan… Jangan tambahkan benda yang di dalam otak dia itu…

Jaga perbuatan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga tingkah laku…JADI BAIK…

Kau jarang tolong buat kerja-kerja rumah pun tak apa asalkan kau tu bukan jenis yang buat masalah…

MW: Jadilah suami yang menyenangi dan bukan yang membebankan. Jika tidak mampu membantu meringankan beban, memadai pandai menjaga hati. Sesekali sebagai tanda terima kasih pada isteri, hadiahkanlah sesuatu yang istimewa buatnya. Klik saja di sini. 

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Syazwani Mehat