Bila dah mendirikan rumah tangga, sudah tentu kita mahukan pasangan kita memahami dan bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberikan. Malah, ada juga pasangan yang mengimpikan sedemikian tetapi tidak menjadi kenyataan. Sebenarnya, kekuarangan itulah yang membuatkan pasangan saling melengkapi antara satu sama lain.
Ada sesetengah pasangan terutamanya lelaki, bila sudah berkahwin, perasaan cinta semakin pudar dan yang ada hanyalah tanggungjawab pada keluarga. Sebab itulah, ada isteri yang mula merasa kecil hati dengan perubahan sikap pasangan. Tiada lagi sifat-sifat romantik yang sering ditunjukkan seelum berkahwin mahu pun sebelum mempunyai anak.
Dalam satu hadis Riwayat Bukhari & Muslim “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atas. Bila engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung & merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum ayat 21)
Hadis-hadis di atas ini dan penceritaan Allah di dalam Al-Quran jelas menunjukkan yang mana seorang lelaki memerlukan seorang wanita dalam hidup mereka. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan menjadi resah.
Ikuti ulasan lanjut oleh Abang Arjuna (Faizul Rohban).
Lelaki Pilih Isteri Yang Macam Mana?
Setiap lelaki yang ingin berkahwin pasti mendambakan rumah tangga yang dibina kekal bahagia untuk selamanya bersama isteri tersayang. Malah, setiap lelaki ada kriteria isteri idaman tersendiri. Mereka bukan hanya diharapkan untuk menjadi seorang isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Bagi mencipta keluarga bahagia ataupun mendirikan rumah tangga, ada beberapa ciri dan sifat wanita yang sentiasa diidamkan oleh lelaki:
Berpegang Pada Agama
Ads
Wanita yang berpegang pada agama mempunyai keperibadian unggul, batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya sekaligus mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah yang dicari oleh setiap lelaki. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu kerana harta.
Manja
Inilah aspek yang sangat diimpikan oleh setiap lelaki. Wanita yang manja tetapi tidak terlalu ‘over’ yang akan menampakkan seperti tidak matang.
Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
Wanita yang berakhlak mulia juga dikenali sebagai wanita yang solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
Ads
Memahami Lelaki
Lelaki mengimpikan seorang wanita yang mampu memahami situasinya dalam apa jua keadaan. Dapat bersikap terbuka dan mampu membaca setiap kehendak suami.
Taat Pada Suami
“Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.” (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
Jadilah wanita yang baik akhlak dan kuat imannya
Cara Isteri Nak Pikat Suami
Setiap suami mengimpikan untuk memiliki seorang suri hati yang baik dan penyayang yang paling penting ialah selalu manis pada matanya. Beberapa tip untuk isteri memikat hati suami:
Selalu berpakaian kemas dan menawan di hadapan suami walaupun di rumah.
Menjaga kebersihan rumah, pakaian dan makanan suami.
Tahu apakah keinginan suami dari segi makanan kegemaran dan minat suami
Faham keinginan suami melalui gerak badan. Kadang-kadang orang lelaki tidak berkata melalui lisan tetapi mereka berkata-kata melalui gerak badan.
Rumah tangga bahagia adalah sukar dicapai sekiranya pasangan masing-masing tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam dalam membina rumah tangga yang bahagia. Berikut adalah beberapa cara untuk membina rumah tangga bahagia:
1.Pasang Niat Dan Doa Untuk Jadi Suami/Isteri Terbaik
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami/isteri yang cemerlang. Setiap pasangan mesti berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Ini kerana, kita perlu sedar, apabila masuk ke alam perkahwinan, tanggungjawab yang dipikul akan semakin bertambah. Apatah lagi apabila dikurniakan anak.
Ads
2.Bersyukur Kerana Mempunyai Pasangan Hidup
Yakin bahawa suami/isteri adalah pasangan terbaik yang ditentukan Allah SWT. Jangan sesekali merendah-rendahkan kekurangan pasangan anda. Ingat, anda juga mempunyai kekurangan.
3.Tunjukkan Teladan Yang Baik
Suami menunjukkan contoh yang baik kepada isteri. Begitu juga isteri. Sebagai ibu bapa pula lebih utama untuk menjadi role model kepada anak-anak.
4.Sentiasa Bersikap Positif Dan Tidak Mudah Melatah Dalam Segala Hal
5.Jalinkan Komunikasi Yang Baik
Komunikasi adalah elemen paling penting dalam sesebuah perhubungan. Dalam sebuah keluarga adalah amat penting untuk mengetahui cara-cara berbicara dan berhubung yang efektif terutamanya antara suami dan isteri. Ini kerana seringkali terjadi perbalahan gara-gara salah cara atau tidak memahami bahasa isyarat yang diberikan oleh pasangan. Untuk itu, gunakan masa yang berkualiti untuk berhadapan dan berbicara dari hati ke hati mengenai diri masing-masing.
6.Melakukan Aktiviti Bersama-sama
Suami atau bapa sebagai ketua keluarga perlu menyusun masa keluarga agar dapat beraktiviti bersama dengan lebih kerap. Seperti beriadah pada setiap hujung minggu, makan malam di restoran kegemaran sebulan sekali dan bermacam-macam lagi.
Keputusan Bersama
Sentiasa berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli keluarga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga. Biasakan berbincang atau meminta pendapat yang lain walaupun dalam masalah kecil.
Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
Anak-anak dari kecil lagi harus diperkenalkan mengenai Allah dan Islam. Ceritakan kepentingan mengetahui adanya Pencipta yang mencipta manusia. Suami terutamanya harus berperanan menjalankan tanggungjawab ini. Menegur isteri jika ada buat kesilapan, pada masa yang sama sentiasa terbuka apabila ditegur oleh isteri.
Jadikan solat berjemaah di rumah sebagai rutin agar hati setiap ahli keluarga dipertautkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Rahsia kebahagiaan rumah tangga Muslim itu terletak pada bagaimana kita mengendalikan keluarga kita mengikut syariat Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak sudah remaja tak boleh marah, tengking! Kena guna pendekatan nasihat dengan hikmah. Memang sungguh mencabar mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Setiap peringkat tumbesaran anak-anak ada cabaran yang tersendiri. Begitu juga dengan peringkat usia remaja, anak-anak tidak boleh dimarah sesuka hati, bimbang bila mereka mulai terasa hati mereka mula menjauhkan diri,
Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Bila Anak Sudah Remaja
Anak perempuan saya tunjuk tarian TikTok!
Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum-senyum seakan-akan hendak beritahu sesuatu.
” Abi, nak tengok tak? ”
” Nak tengok apa kakak?”, terpinga-pinga saya dibuatnya.
Tiba-tiba si Maryam ini angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu.
Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Tak Boleh Marah, Tengking!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat cepat saya rasionalkan balik diri saya.
Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepas ini Maryam tak akan beritahu saya apa-apa dah. Dia akan pendam sendiri saja semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari tiktok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram saja.
Hati saya tiba tiba kembali sejuk.
” Kakak belajar kat mana menari ni? ”
” Ada kawan kakak ajar. ”
” Yelah yelah. Lain kali boleh saja hendak menari tapi elakkan menari depan orang lain. Dan kalau boleh elakkanlah menari tiktok ni ”
Sambil nasihat, sambil saya buka 1 video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam 5 hingga 6 tahun yang tiba-tiba menari seperti kerasukan jin ketika mendengar muzik TikTok walaupun sedang lena tidur!
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan.
Bila anak nak masuk usia remaja ni kena nasihat dengan hikmah. Dah tak boleh sangat guna cara ‘Control & Dominance’ dengan cara marah-marah dan tengking.
Mereka sudah mula ada identiti. Dan mereka juga sudah mula ada circle sendiri. Di samping itu, mereka sudah mula ada kecenderungan sendiri.
Terpaksa Berlembut Dengan Anak-Anak
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar bila mereka mula buat kesalahan secara diam-diam di belakang kerana merasa tak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibubapa.
Ya Allah. Bantu kami didik anak perempuan dan anak lelaki kami Ya Allah dan jauhi anak anak kami daripada pengaruh buruk dunia dan rakan sebaya mereka. Amin Ya Allah.
Mingguan Wanita : Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah dalam zaman sekarang. Usahakan yang terbaik dan selebihnya berserah kepada Allah.
Sempena kedatangan lebaran tidak lama lagi, rupanya Stacy, penyanyi yang terkenal membawakan lagu-lagu rancak bukan sahaja pandai menyanyi malah cukup rajin buat kuih raya dan jahit baju sendiri termasuk untuk suami Akim Ahmad dan dua anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun.
Usaha Stacy ni wajar dipuji.Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata dia belajar menjahit menerusi YouTube dan buku jahitan sejak April lalu.Kira-kira dua bulan yang lalu.
“Ini semua atas permintaan Akim, selepas saya menjahit sendiri baju anak pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
“Sejak itu, dia minta saya buat lagi untuk baju raya. Jadi, dia belikan saya mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
“Nak tak nak, saya kena buat. Apatah lagi, dia sudah beli kain. Saya ingat sepasang, tetapi dua (pasang). Kalau sudah pakar, tidak mengapa. Sekarang jahitan pun belum kemas dan ada yang kena buka semula,” katanya.
Harap Sempat Siap Pagi Raya
Stacy yang muncul dengan single Raja berkata, dia mula menjahit sejak awal bulan ini dan berharap baju mereka sempat disiapkan sebelum pagi raya.
“Akim jenis teliti. Setiap kali saya jahit, dia akan periksa sama ada okey atau tidak. Kalau ada jahitan tidak kemas, dia suruh buka dan jahit semula. Pendek kata, menjahit bukan mudah dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.
“Pada mulanya, ia jadi minat baru. Tetapi, selepas melalui proses ini, saya terus jadi malas. Saya selalu berseloroh dengan Akim mengenai perkara ini, tapi dia cakap kena juga berusaha sebab saya sudah mula dari awal,” katanya yang menjahit baju kurung biasa dan baju Melayu teluk belanga.
3 Jenis Kuih Raya
Selain menjahit, sepanjang Ramadan ini Stacy turut membuat kuih raya antaranya Biskut Makmur, Tat Nenas dan Semperit.
“Memandangkan Ramadan ini saya tidak sibuk dengan kerjaya, jadi saya ambil peluang untuk buat sesuatu yang baru.
“Bukan saja menjahit, tapi juga buat kuih. Ia lebih kepada suka-suka. Semuanya belajar sendiri. Apa yang kelakar, ada kuih yang sudah siap dan habis dimakan. Jadi, kena buat lagi,” katanya.
Mak-mak boleh tiru cara Stacy ni, biarpun baru belajar dan tak berapa mahir, tetap usaha dan bersemangat buat kuih raya dan jahit baju sendiri. Biarpun kuih tak sedap mana, rekaan baju pun simple je, tapi yang penting puas hati bila kita buat sendiri. Malah ia salah satu cara juga jimatkan perbelanjaan musim raya ni.
Ada sebab kenapa seorang ayah itu kena ada dalam hati seorang anak perempuan. Bukan saja-saja meminta, atau mengada. Sebab alasan ini kuat untuk menjauhkan anak perempuan dari sebarang musibah kekusutan jiwa remaja hari ini.
Cikgu Hussayn, Guru Bimbingan & Kaunseling ini berkongsi pandangan sebab utama yang ayah perlu ambil kira. Mengapa penting meletakkan diri ‘seorang ayah’ itu dalam hati anak perempuan.
Ayah Kena Jadi Carta Pertama Di Hati Anak Perempuan
“A son is a son until he got married, but a daughter is a daughter for all your life.”
Begitulah bunyi kata-kata yang diberikan oleh seorang yang saya hormati. Ia sangat menyentuh hati saya sebagai ayah kepada 4 orang anak perempuan.
Inilah yang pernah Cikgu Hussayn kongsikan dalam ceramahnya kepada ibu bapa di sekolah. Terutama perihal anak perempuan.
1. Ayah-ayah, ketahuilah melalui pemerhatian dan pengalaman saya bersama mereka. Saya dapati anak perempuan (remaja) ini, sekiranya dalam diri mereka tiada seorang lelaki bernama AYAH. Maka akan ada seorang lelaki dalam hidupnya bernama KEKASIH.
2. Daripada pemerhatian beliau. Anak perempuan yang kurang rapat dengan ayahnya pada waktu kecil. Pasti akan lebih mudah jatuh cinta dengan lelaki lain apabila berganjak usia remaja.
Ada yang dalam pengetahuan saya, mereka sudah bermain cinta ketika di bangku sekolah rendah lagi.
3. Berbeza dengan anak yang rapat dengan ayahnya waktu kecil. Mereka lebih terjaga dan terpelihara sampai dewasa.
Sebab Itu..
Sebagai seorang ayah, saya berusaha menjadi seorang PUTERA di mana puteri-puteri saya. Marilah ayah-ayah lakukan perkara yang sama.
Jangan biarkan ada lelaki lain merampas kasih sayang dan berhatian mereka daripada kita sebelum waktunya. Ini kerana merekalah anugerah terindah yang Allah SWT berikan kepada kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Diharapkan akan ada lebih ramai ayah yang mampu berada dalam carta hati anaknya sebagai seorang lelaki yang disayangi dan disanjungi.
Bukan menjadi lelaki yang dibenci dan dimusuhi anak perempuan.
Semoga anak-anak perempuan kita terpelihara dari sebarang musibah dan akhirnya kita dapat bertemu pula mereka di Syurga apabila mata terpejam rapat buat selamanya.
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke Syurga.” [HR Al-Bukhari].”
Air Mata Seorang Ayah
Allahu.. mengalir juga airmata seorang ayah hari ini. Apapun syukur dapat abadikan memori bersama anakanda tercinta. Moga dia berjaya mencapai cita-citanya.
“Pergilah nak! Terbanglah setinggi yang kau mampu. Selagi terdaya abi akan pastikan dirimu tidak jatuh tersungkur dibumi. Abi yakin dirimu mampu terbang jauh lebih tinggi daripada abi.
“Sekiranya lelah, turunlah kemari pada abi disini. Abi menerima dirimu seadanya kerana dirimu adalah anugerah Ilahi yang begitu bermakna. Ketahuilah abi begitu menyayangi akan dirimu.” Iloveu!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...