
Isi Kandungan
ToggleBukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!
Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka

Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak Lelaki “Kami Berdoa Sungguh-Sungguh Minta Kepada Allah”

Isi Kandungan
ToggleSelepas 9 tahun kahwin Taiyuddin & Zila timang anak lelaki. Setiap pasangan yang dah berkahwin tiada satu pun yang tidak ingin zuriatnya sendiri kerana kehadiran anak amat dinanti-nantikan oleh suami isteri.
Begitu jugalah dengan pasangan pelakon dan penggiat teater, Taiyuddin Bakar dan isterinya Norzila Zulkifli, anak ketiga pelakon terkenal Allahyarham Datuk Zulkifli Zain. Selepas 9 tahun berkahwin pasangan tersebut akhirnya menimang anak sulung menerusi perkahwinan mereka.
Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak
Malah Taiyuddin juga begitu gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.
“Alhamdulillah. Isteri saya dah selamat bersalin. Bayi kami lahir awal pagi semalam.
“Kami dianugerahkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram. Proses kelahiran secara normal di Hospital Serdang kira-kira jam 12.40 pagi. Alhamdulillah…Zila okay dan stabil,” kongsi Taiyuddin.
Zila Tak Pernah Mengandung & Keguguran Sebelum Ini
Pasangan sebaya usia 41 tahun itu juga sangat bersyukur kerana akhirnya Allah makbulkan doanya.
“Segala-galanya baik sahaja.
“Cuma Zila kena jalani sop prosedur bersalin dipantau doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Syukur rezeki kami.
“Zila tak pernah mengandung sebelum ini, apatah lagi keguguran. Berita gembira ini disampaikan kepada saya ketika kandungannya berusia dua bulan sekitar Mei tahun lalu.
“Bukan kata kami tak berharap kerana selalunya kami berdoa sungguh-sungguh minta kepada Allah.
“Tapi bila tiada rezeki, kami dah reda. Kalau ada kami bersyukur kalau tiada pun kita terima alhamdulillah” kongsinya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.
Sangat Suka Budak-Budak
“Allah SWT tahu segala-galanya. Kadang-kadang kita rasa kita dah sedia tapi sebenarnya kita tak sedia. Memang pasti ini aturan Allah.
“Saya sebenarnya tak pernah rasa rendah diri dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak. Sebabnya saya suka budak-budak.
“Dalam masa yang sama pun saya ada jaga dua anak buah usia tiga dan enam tahun. Mereka duduk dengan kami dan kami jaga mereka dari umur setahun setengah dan setahun. Jadi latihan itu (jaga kanak-kanak) dah ada.
“Apapun saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama, ada rasa gembira, risau dan bimbang adakah saya mampu jadi seorang ayah yang betul-betul baik untuk dia?
“Untuk persiapkan persiapan akhirat dia, benda-benda inilah yang difikirkan sebab kita berada dalam hidup dan persekitaran yang mencabar sekarang.
“Syukur Allah SWT tambah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW. Allah beri rezeki lahirkan atas muka bumi ini melalui rahim isteri saya seorang Da’i,” sambungnya.
Menarik Disini : “3 Tip Dari Mama Kalau Bergaduh Dengan Suami..” Dr. Norzizi Zulkifli Pegang Kemas Pesan Datin Normala Omar

Baca Disini : Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Sumber Foto Kredit : Instagram Zila Zulkifli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tebus E-Tunai Rakyat RM30, Daftar & Belanjakan SEBELUM 14 Mac 2020

Isi Kandungan
ToggleZaman dunia digital sekarang, tak perlu risau jika tak bawa duit. Segalanya boleh di buat menerusi pembayaran secara elektronik dan digital. Berita baik, bermula esok, 15 Januari 2020 menerusi etunai rakyat sebanyak RM30 bakal diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program e-Tunai Rakyat itu yang dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta akan disalurkan melalui tiga pengendali e-dompet terbesar di Malaysia iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go. Menurutnya, RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali yang terpilih.
Langkah Belanjawan 2020
“Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019.
“Inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor runcit. Oleh itu, Kementerian Kewangan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat sebelum 14 Mac 2020,” katanya.
Tarikh Luput 14 Mac
Selain itu, Guan Eng menjelaskan inisiatif e-Tunai Rakyat ini adalah komitmen kerajaan bagi memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.
“Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019.
“Bagi memastikan supaya inisiatif ini akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 tersebut perlu dibelanjakan oleh penerima bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac 2020.
“Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat ini. Ketiga-tiga pengendali e-dompet telah dipilih berdasarkan kepada kemampuan mereka untuk memastikan supaya inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan selewat-lewat pada bulan Januari 2020,” katanya.
Info Ekstra!

Sebelum itu, pastikan sudah memiliki akaun dompet digital tersebut. Caranya hanya perlu download, daftar dan buat pengesahan IC untuk menggunakannya.
Boost – Android, iOS
Grab – Android, iOS
Touch ‘n Go eWallet – Android, iOS
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Walaupun jumlahnya tak besar mana, rebutlah peluang Inisiatif e-Tunai Rakyat ini. Segera ‘Install’ aplikasi e-dompet Grab, Boost dan Touch ‘n Go dan e-Tunai RM30 tersebut boleh dibelanjakan dalam masa dua bulan sebelum 14 Mac 2020.
Sumber: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dikatakan Lebih Bijak & Kreatif, 13 Ogos Diiktiraf Hari Kidal Sedunia!

Isi Kandungan
ToggleMungkin ramai yang tak tahu bahawa pada setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Tak ramai yang dilahirkan kidal, istimewanya hanya 10 hingga 15 peratus sahaja daripada populasi dunia.
Antara selebriti dunia dan tempatan terkenal yang kidal seperti Justin Bieber, Angelina Jolie, Julia Roberts, Keanu Reeves, Lady Gaga, Nicole Kidman, Sarah Jessica Parker,Oprah Winfrey, Brad Pitt, Hugh Jackman, Scarlett Johannson, Tom Cruise,Gordon Ramsay, Yusry KRU, Lisa Surihani, Man Kidal, Rozita Che Wan, Azza Elite dan ramai lagi.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni. Antaranya dianggap unik dan kreatif, dikatakan memiliki IQ yang tinggi dan lebih bijak.
Jom semak fakta berikut;
- Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan,logik, matematik dan sains.
- Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5. Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6. Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7. Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8. Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.

10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
Baca lagi di Sini:
Kajian Dedahkan Individu Bertangan Kidal Risiko Alami Masalah Mental!
MW: Selamat Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Memang istimewa individu yang bertangan kidal ni.
Sumber: hello sihat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI