tabung harapan

Bukti prihatin rakyat Malaysia, Tabung Harapan Malaysia yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengumpul RM7.07 juta sejak mula dilancarkan semalam sehingga 3 petang tadi.

Kalau ditengok dengan mata kasar, jumlah kutipan itu mungkin nampak kecil tetapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cukup menghargai semangat rakyat dalam usaha untuk mengurangkan beban hutang negara.

Namun dalam kegembiraan meraikan semangat mengaut pahala ini, terselit keluhan dari sesetengah pihak yang rasa tak puas hati dengan kewujudan Tabung Harapan, walau hakikatnya rakyat langsung tidak dipaksa untuk menderma.

Untuk jernihkan keadaan di bulan yang mulia, jemput baca perkongsian Ustaz Ebit Lew...

Betulkan Niat Bila Memberi

Syukur pada Allah saya baru sempat nak transfer kerana Allah demi negara tercinta. Doakan supaya setiap ringgit kita belanjakan di jalan Allah akan digandakan 700 kali. Kita semua sebuah keluarga. Semoga negara dan setiap negeri di Malaysia ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

Ads

Mulakanlah bantu keluarga kita lepas tu kita bantu orang lain, semoga Allah maafkan kita semua. Jangan kedekut pada isteri dan pada mak ayah. Nasib semua orang tak sama. Doakan juga besar harganya.

Pengalaman baru memberi untuk negara kita. Bukan selalu dapat peluang begini. Memberi ini nikmat rasanya jika kerana Allah.

Ads

Bila waktu malam saya bungkus 300 bungkus nasi ayam. Dan air kotak dan lain-lain. Pusing KL lihat keadaan masyarakat duduk bawah jambatan, lapar dan sakit. Terfikir sedang saya makan kenyang dan tidur lena ada orang susah. Saya beri mereka motivasi. Lihat wajah, pakaian mereka rasa sedih. Selasa ni nak pusing lagi. Nak suap mereka dan peluk anak remaja ini. Mereka mesti rindu kasih sayang ibubapa dan keluarga, masa usap mereka saya sebak.

Paling sedih anak remaja kita ada yang tinggal sama sendiri. 18 orang dalam bilik kecil. Ada yang ada masalah keluarga dan kehidupan, kecil-kecil lagi. Saya teringin sangat nak siapkan resort untuk dijadikan tempat motivasi dan training untuk semua golongan. Beri mereka motivasi bulanan. Lepas tu dari situ hantar mereka ke tempat yang sesuai. InsyaAllah satu hari nanti jika ada kemampuan nak beli tanah untuk tujuan itu. Saya juga berdoa satu masa nanti dapat beri kursus untuk semua kementerian agar sama-sama kita belajar berjalan setiap malam melihat keadaan masyarakat kita dapat bawa semua berjalan dan melihat dengan rasa cinta sayang kerana Allah. Syukur ada beberapa kementerian ada nak buat training untuk staf mereka dan sama-sama membantu.

Ads

Sahabatku semua ingatlah dengan memberi membersihkan jiwa. Carilah orang miskin dan anak yatim. Ini bulan rahmat. Bulan sedekah..bulan kasih sayang. Bulan rezeki. Bersihkan hati dan lihatlah sesuatu dengan iman.

Yang Marah Mungkin Termasuk Dua Golongan Ini

Bagi pihak yang ‘panas hati’ dengan Tabung Harapan, anda mungkin boleh renungkan pandangan daripada Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

“Kelihatannya ada yang seakan marah dan tidak berpuas hati apabila Tabung Harapan Malaysia dilancarkan.

Saya membaca kenyataan media berkaitan isu terbabit. Tidak nampak pula ada ayat yang menunjukkan kerajaan mewajibkan setiap rakyat melakukan sumbangan.

Mereka yang tidak berpuas hati ini mungkin salah satu daripada 2:”

1. Sakit hati sebab sumbangan itu tidak diwajibkan. Mereka suka menyumbang pada perkata wajib.

2. Sakit hati melihat orang lain melakukan sumbangan untuk negara.

Jika ada sebesar zarah perasaan cinta negara, saya kira kita sepatutnya berterima kasih kepada rakyat yang menyumbang.”

Walau apa pun pilihan anda, moga keputusan anda memberikan kebaikan banyak pihak. Yang mana nak buat amal di bulan Ramadan, dialu-alukan. Cukup tak cukup Allah yang tentukan.

Selamat beramal!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI