Berserinya wajah ahli syurga, selamat tinggal mama papa. Moga bertemu lagi di dunia abadi. Tiada apa ujian yang paling menyesakkan dada kecuali diuji dengan kehilangan orang disayangi buat selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi.
Yang tinggal hanya rindu yang tak tertanggung dan akan terus kekal di sanubari mereka yang diuji. Bila menyebut bab kematian, tidak cepat sesaat atau terlewat seminit bahkan tak mengira usia. Apabila saat itu tiba, ia pasti datang.
Jika anak-anak merasakan kehilangan ibu ayah saat paling memeritkan dalam hidup, hal yang sama dirasai oleh ibu bapa yang diuji dengan kehilangan anak yang selama ini membesar sihat di depan mata. Rezekinya, anak-anak kecil ini akan menunggu ibu bapa di pintu syurga kerana mereka bebas dari dosa.
Satu perkongsian seorang bapa, Ahmad Nazree Mohamad yang diuji kehilangan anak bongsunya, Nur Qaireen Dahiyah semalam akibat jangkitan kuman membuatkan ramais sebak. Sebagai bapa, dirinya mengakui hatinya cukup rindu namun redha dengan ujian Allah nan satu ini.
Pelajar darjah dua di SK Pulau Indah 2 telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat jangkitan kuman. Ia bermula dari muntah dan demam sebelum dibawa ke kecemasan hospital dan tidak berapa lama, Allah lebih menyayanginya.
Tulis bapanya,
Allahuakhbar..Allahuakhbar..
Sukar diri untuk menerima kenyataan apa yang berlaku dan mohon kekuatan daripada Allah untuk saya sekeluarga meneruskan sisa hidup ini tanpa anak tersayang di sisi.
Bahkan di fb Mr Wan Cai yang banyak membantu umat islam dalam urusan fardu kifayah ini khususnya dalam penyediaan van jenazah percuma, dapat terlihat wajah anak kecil ini seakan tidur nyenyak sewaktu dikafankan. Berseri-seri wajah seorang ahli syurga yang menanti ibu bapanya di akhirat kelak.
@mrwancaiofficialIbu Ini Kehilangan Anaknya Yang Berusia 8 Tahun Asbab Jangkitan Kuman. Pemergian Adik Nur Qaireen Pasti Meninggalkan Kesan Kepada Ibunya😭♬ Kenangan Terindah – SAMSONS
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
.“Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan.” Kanak-Kanak Meninggal Jatuh Kondominium
Berehatlah sayang. Syurga adalah tempatmu. Berlarilah di syurga Firdausi.
Betapa beruntungnya kerana memasuki syurga indah ini kerana pergi pada usia belum baligh.
Ini kerana anak-anak orang Islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Sepakat para ulama dalam hal ini. Berkata Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Syarh Muslim:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.”
Berkata al-Imam Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة وهذا هو المشهور بين الناس (أي عامة العلماء) وهو الذي نقطع به
Maksudnya:
“Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perselisihan di kalangan ulama (tentang mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang diceritakan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan.”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.