‘…Alamak! Naik lagi..Pakaian pun banyak dah ketat. Padahal aku dah berdiet nie...’
Baru masuk minggu pertama tahun 2018. Angan-angan berat badan boleh turun untuk tahun baru tetapi makin bertambah pula.
Kenyataannya…badan yang langsing, seksi dan menarik adalah idaman setiap wanita. Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk menurunkan berat badan. Malah, ada yang menggunakan jalan singkat dalam berdiet sehingga membahayakan badan.
Menurut sheknows.com, terdapat beberapa kesalahan diet yang dilakukan tanpa anda sedari. Mungkin anda juga sedar akan penyebabnya…
Badan anda kekurangan nutrisi selepas berpuasa selama lapan jam (tidur). Jika anda melambatkan makan pagi, mungkin badan anda tidak menerima jumlah nutrisi yang diperlukan.
Akhirnya, proses metabolisme tidak lancar dan membuatkan anda makan terlalu banyak pada waktu tengah hari.
Ketika anda dalam emosi tertentu seperti marah, stres dan risau, anda lebih cenderung untuk makan tanpa berfikir panjang. Makanan yang menjadi pilihan sudah tentulah makanan manis dan segera seperti coklat, piza, gula-gula dan sebagainya.
Sudah mengikuti program diet dengan sukses tetapi berat badan tidak juga turun. Adalah lebih baik jika anda memeriksa kualiti dan kuantiti tidur anda.
Akibat kurang tidur ini boleh membawa kepada stres dan meningkatkan pengeluaran hormon kortisol. Inilah yang membuatkan anda sukar untuk menurunkan berat badan.
Demi diet, anda sanggup tidak mengambil makanan kegemaran seperti coklat, aiskrim, keju, snek dan sebagainya.
Namun, ia mungkin hanya bertahan selama beberapa minggu sahaja dan lama kelamaan anda tidak sabar untuk memakannya. Akhirnya, anda pasti akan makan dengan sebanyak-banyaknya.
Sampai satu tahap, anda mula rasa bosan dengan diet yang anda lakukan. Sehinggakan anda terfikir untuk berhenti diet dan menyerah kalah.
Sesetengah berpendapat bahawa senaman tidak terlalu membantu dalam mengurangkan berat badan.
Tetapi, anda sepatutnya tidak boleh meninggalkan terus aktiviti ini terutamanya ketika berdiet. Selain untuk menurunkan berat badan, senaman dapat menambahkan tenaga, menguatkan tulang dan sebagainya.
Anda tidak boleh terus menghilangkan semua lemak dalam badan. Ini kerana, anda perlu mempunyai sumber lemak sihat untuk tenaga yang berpanjangan, memperlambat pencernaan dan rasa kenyang lebih lama.
Sememangnya lemak boleh membantu mengurangkan berat badan tetapi jangan mengurangkan lemak sembarangan.
Keadaan ini boleh menyebabkan diet Yoyo. Memulakan dengan diet ekstrem boleh mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini boleh menurunkan kadar metabolisme dengan cepat dan menimbulkan masalah yang lain pula.
Diet dengan mengurangkan karbohidrat dapat menurunkan berat badan secara drastik. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan anda kehilangan air dalam badan. Kesannya, boleh mengurangkan tenaga anda, tiroid yang rendah dan masalah lain.
Diet yang salah boleh menimbulkan pelbagai penyakit sehingga mengancam nyawa kerana badan tidak dapat nutrisi yang mencukupi. Beberapa akibat diet yang salah:
Keletihan
Anda yang menjalani diet salah mudah mendapat anemia kerana badan kekurangan nutrisi. Untuk mencegahnya, ambillah makanan sihat yang terdiri daripada protein, karbohidrat, zat besi dan mengurangkan makanan serta minuman yang berkafein.
Sembelit
Keadaan ini mudah dialami oleh anda yang salah berdiet dan tidak bersenam dengan cukup. Seseorang yang kekurangan cecair dalam badan mudah mendapat sembelit yang kronik. Hal ini boleh diatasi dengan air yang secukupnya, mengambil sayuran dan biji-bijian.
Hilang Ingatan
Hasil penelitian di Medical University of South California dan Arizona State University mengatakan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dan kolesterol boleh menyebabkan kurang ingatan. Ini disebabkan oleh peradangan otak dan kerosakan struktur protein yang berfungsi pada sel saraf.
Masalah Gigi
Bakteria yang ada dalam gula atau kanji akan menempel pada gigi dan akan merosakkan enamel gigi. Dengan diet yang mengurangkan nutrisi boleh membahayakan seluruh sistem imunisasi badan. Kesannya, penyakit gusi semakin parah dan sukar untuk disembuhkan.
Diabetes
Salah memilih menu diet menjadi penyebab utama peningkatan risiko obesiti dan diabetes.