Bergaduh dan berselisih faham dengan pasangan itu biasa. Kadang-kadang disebabkan perkara kecil pun menjadi punca pergaduhan antara suami, isteri gara-gara salah faham.
Sikap suami yang suka mengusik isteri tak kena tempat juga kadang-kadang menjadi perbalahan antara pasangan. Oleh itu, berselisih faham dengan pasangan limitnya cukuplah sehari semalam, jika dipanjangkan itu namanya ego.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan ketahuilah mengapa mak,ayah tidak digalakkan bergaduh atau berselisih faham lama-lama dengan pasangan:
Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam…
Kalau lebih dari itu, itu ego…
Bergaduh pagi, petang baik balik… Kemudian, bergaduh petang, malam baik… Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik… Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan itu sampai berhari-hari…
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain…
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang sudah buat macam biasa balik, maka dialah yang terbaik
sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia…
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dialah yang paling ego dalam rumah tangga…
Lelaki ada ego, perempuan pun ada ego…
Baca Juga Di sini:
Kena Saling Beralah, Tepis Ego Kalau Menantu Mentua Nak Hidup Aman
Masalah Umpama Sebiji Bola. Terpulang Macam Mana Nak Kawal Dan Menang
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Kena tahu ego ini kegunaannya untuk apa… yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri…
Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki Itu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami…
Bukan kita kena ego tinggi, baru isteri hormat dan taat kepada kita…
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan ego kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri…
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi…
Siapa salah, dia minta maaf… Kemudian, siapa yang silap, dialah yang perbetulkan… Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat…
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut…
Simple…
MW: Setiap kali bergaduh dengan pasangan, mak ayah jadilah orang pertama yang memujuk atau memohon maaf. Rendahkan ego untuk menjernihkan hubungan suami, isteri adalah sikap terpuji.
Sumber: Firdaus Shakirin