Sesetengah orang fikir, bila ada kematian, tentu iman masjid atau surau dan jiran-jiran yang datang membantu. Tetapi, bagaimana keadaan ini berlaku pada ahli keluarga secara tiba-tiba dan tiada orang yang dapat membantu. Jadi, itulah pentingnya dalam mengambil tahu tentang pengurusan jenazah. Siapa lagi yang akan Uruskan selain daripada kita sendiri.

Bersedia untuk kematian, topik ini menjadi kupasan yang menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Hos Siti Elizad dan co-hos, Amin Idris membincangkan tentang lebih lanjut bersama pakar, Ustaz Mohamad Salleh Abdul Saha (Pengurus Bahagian Harta Baitulmal, MAIS), Abdul Hadri Hakim (Setiausaha Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata dan selebriti jemputan Mawi. Turut mengundang Zee Avi dengan membuat persembahan di studio menyampaikan lagu Saya Kamu.

Antara perkara menarik yang dibincangkan dalam topik Bersedia Untuk Kematian ini adalah tentang persediaan dalam menguruskan jenazah dan persediaan diri kita sendiri dalam meletakkan wasiat untuk waris.

Mawi, salah seorang selebriti Malaysia yang secara langsung terlibat dalam Kursus Pengurusan Jenazah 2.0 dan mengendalinya sendiri dengan bantuan pihak-pihak yang terlibat bersama beberapa orang artis jemputan. Dia menjelaskan:

1.Dia mendapat ideal untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah 2.0 yang dilakukan di rumahnya sendiri adalah secara percuma untuk memberi kesedaran apa yang boleh dilakukan apabila berlaku kematian dalam ahli keluarga sendiri.

2. Baginya, mungkin ilmu pengurusan jenazah ini tidak popular tetapi sebenarnya ia amat
penting kerana ahli keluarga itu sendiri yang perlu mengurusnya, bukan orang lain. Orang
lain hanya sekadar membantu.

3. Menariknya dalam kursus yang dianjurkan oleh Mawi adalah kita dapat ilmu bagaimana ingin menguruskan jenazah orang dewasa, orang tua, kanak-kanak dan sebagainya.

4. Malah, yang paling penting, disarankan setiap rumah menyediakan satu set lengkap barang kematian seperti kain kapan, kapur barus, air mawar, kapas, cendana dan sebagainya yang memang ada dijual.

5. Hakikatnya, kematian tidak mengira tua atau muda mahupun pangkat. Kita adalah sama sahaja dan dibalut dengan kain kapan yang sama.

IKLAN

Bersedia Untuk Kematian – Penting Urus Jenazah Dan Peninggalan Wasiat

Bantu Golongan Kurang Kemampuan – Abdul Hadri Hakim (Setiausaha Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata)

1. Pertubuhan ini diwujudkan berdasarkan kepada pengalaman dan inspirasi yang dialami
sendiri ketika menguruskan jenazah. Sebagai salah satu usaha untuk membantu orang yang kurang kemampuan dalam menghantar jenazah di kampung sendiri atau tempat sepatutnya.

2. Dia turut menyarankan perkara wajib yang patut dilakukan semasa berlaku kematian pada saudara terdekat adalah:
* Memanggil doktor atau ambulans untuk mengesahkan kematian.
* Buat laporan polis tentang kematian.
* Bawa jenazah ke hospital.
* Dari situlah, hubungi pihak tertentu dalam menguruskan jenazah untuk memandikan dan pengkebumian.

3. Sebagai mewakili pertubuhan ini, bayaran bukan menjadi kepentingan kerana dia turut
menyediakan perkhidmatan percuma untuk golongan yang asnaf, miskin dan kurang kemampuan.

4. Pertubuhan ini tidak mempunyai dana tertentu sebaliknya, ia adalah sumbangan ikhlas
daripada orang ramai, infak barang daripada orang rama i dan sumbangan daripada syarikat-syarikat tertentu.

IKLAN
Wasiat – Terimalah Dengan Berlapang Dada: Ustaz Mohamad Salleh Abdul Saha (Pengurus Bahagian Harta Baitulmal, MAIS)

1. Perkara utama yang menjadi isu selepas kematian tentulah wasiat yang ditinggalkan oleh si mati yang boleh membawa kepada pergaduhan ahli keluarga. Sedangkan wasiat ini adalah pembahagian harta untuk waris mengurus dan menggunakannya.

2. Wasiat dilakukan sebelum kematian dan orang yang berwasiat adalah:
* Kena ada harta.
* Berkahwin
* Mempunyai anak angkat atau anak tiri.

Bersedia Untuk Kematian – Penting Urus Jenazah Dan Peninggalan Wasiat

3. Malah, perkara yang perlu diambil perhatian apabila si mati meninggal adalah:
* Wasiat – Dibuat sebelum kematian dan perlu ada wasi (orang pemudah cara) untuk memberi nasihat tinggallan harta untuk keluarga dan disedekahkan untuk diri sendiri.
* Faraid – Dilakukan selepas kematian apabila ingin dibahagikan secara sama rata pada ahli keluarga. Pada masa ini, segala wasiat terbatal sama sekali.
* Hibah – Dilakukan selepas kematian dan perlu diuruskan sebaiknya.

4. Walau bagaimanapun, apa sahaja wasiat, faraid, mahupun hibah, pewaris perlu manfaatkan sebaiknya harta yang ditinggalkan si mati.

IKLAN

Bersedia Untuk Kematian – Penting Urus Jenazah Dan Peninggalan Wasiat

Kesimpulannya:

Pembahagian harta pusaka adalah untuk penyambung dan menjaga silaturahim. Usah ada
pergaduhan di kalangan keluarga dan terimalah pembahagian harta yang ditinggalkan oleh si mati dengan berlapang dada. Malah, jika ada kekeliruan, hubungilah pihak yang berkaitan untuk lebih lanjut.

Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#mingguanwanitatalkshow

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimahb121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI